Aku nampak Dhia dan Amira sedang berbual sesuatu. Err, Amira bagitahu Dhia hal sebenar ke? Aku harap tak. Memang aku terpaksa bagitahu Amira yang sebebarnya Syahmi bakar, ok sebenarnya TERbakar rumah ni masa malam tu. Sebab aku nak Amira dan geng dia berhenti buat cerita tak betul tentang cik Rul.
Syahmi pun satu. Kalaulah dia jujur dari awal, kan senang. Telefon di kocek aku capai, nombor Syahmi aku dail.
"Hello! Haa nak apa?"
"Hello. Mi... please? Aku rasa dah tiba masanya..."
"Tapi Man, aku takut... kalau kena marah ke belasah ke cemana?"
"Tak mungkin. Cik Rul baiklah." Aku cuba memujuk Syahmi. Cik Rul patut tahu kebenaran bahawa dia tak bersalah. Aku minta Syahmi beritahu sebab Ayah aku kata cik Rul masih diselubungi rasa bersalah yang teramat pasal kes tu. Aku yang tahu akan perkara sebenar lagilah dihurung rasa bersalah yang teramat!"Hm... okay lah. Kat mana?"
"Rumah cik Rul lah. Pukul 8. Ok?" Tanyaku lagi. "Ok." Jawab Syahmi. Panggilan dimatikan. Mujur kalini Syahmi setuju. Kalau dia tak setuju, aku sendiri akan beritahu. Bukan apa, aku takut cik Rul pergi dengan nama yang tidak baik."Hilman. Ada apa-apa yang awak sorok dari saya ke?" Tegur Dhia yang datang entah dari mana. "Err. Malam ni eh?" Balasku terus berlalu ke kereta kerana cik Rul dan Iman dah pun tunggu. Dhia hanya menurut.
>>>
Seperti yang dijanjikan, aku dan Syahmi tiba di rumah cik Rul lebih kurang jam 8:30 malam. Sengaja kami lambat kerana khuatir cik Rul, Dhia dan Iman sedang makan malam bersama.
"Assalamualaikum." Aku memberi salam. Kedengaran Iman menjawab dan tapak kakinya semakin hampir dengan pintu depan. Pintu dikuak. "Eh abang." Tegurnya. "Ayah! Kakak! Abang Hilman dengan abang..." sambung Iman dengan ayat gantung sambil tangan sebelah menuding ke arah Syahmi. Seolah faham maksud Iman, Syahmi terus menyebut namanya sendiri. "Syahmi." "... dengan abang Syahmi datang!!" Teriak Iman dan aku pasti jiran sebelah pun boleh dengar.
Nampak kelibat cik Rul dari dapur. "Eh masuklah." Jemputnya. Aku memandang Syahmi, Syahmi memandang aku. "Kat luar je boleh tak cik? Ada nak bincang hal sikit lah." Aku mengatur kata. Pandang pelik dilemparkan, akhirnya cik Rum setuju. Kami pun duduk di gazebo depan rumah cik Rul.
"Haa apa yang nak dibincangkan?" Tanya cik Rul setelah kami mengambil tempat masing-masing. "Saya Syahmi. Saya nak minta maaf kat pakcik." Akhirnya Syahmi membuka mulut. "Minta maaf? Pasal apa pula ni?" Tanya cik Rul kehairanan. Aku terlihat sesusuk tubuh manusia di balik dinding sedang mencuri dengar pebualan. Yang pastinya, tubuh itu ialah Dhia. Aku hanya membiarkan sahaja dan buat-buat tak nampak.
"Sebenarnya soal rumah anak yatim terbakar dulu tu, saya dan kawan-kawan punca... tapi Hilman tak terlibat." Ya, memang ketika itu aku tidak bersama mereka. Aku memang berkawan dengan Syahmi tapi tidak serapat aku dengan Ikram dan Nas. Jadi aku tidak bercampur dengan kawan-kawan Syahmi di luar sekolah yang perangainya agak... entahlah.
"Kami masatu kat belakang rumah tu. Hisap... rokok dan... er benda lain. Sedang kami seronok, tak perasan lilin jatuh dan terkena wayar yang berselirat di belakang rumah tu..." Syahmi berhenti sekejap. Nafas dihela panjang. "...lepas nampak api makin marak, kami terus lari. Tak tahu pula pakcik ada kat dalam rumah tu..." Syahmi diam. Lama. "Saya nak minta maaf sebab pakcik pula yang dipersalahkan orang ramai. Kalau pakcik nak buat laporan polis, saya terima saja." Sambungnya lagi. Tak sangka Syahmi seberani ni. Dia memang tak kisah ke kalau cik Rul tetiba buat report?
Cik Rul yang diam lama tadi mula bersuara. "Tak apa nak, benda dah lepas. Pakcik maafkan." Ucapnya diikuti satu senyuman ikhlas. "Betul ke ni pakcik?" Tanya Syahmi seolah tidak percaya. "Betul. Kamu pun bukan sengaja." Lega aku dan Syahmi apabila cik Rul memaafkan Syahmi dan tidak bawa cerita ini ke muka pengadilan! Ok cuba baca intonasi Papazola! Hahahaha!!
"Kenapa Ayah maafkan dia?!" Bentak Dhia yang muncul dari sebalik dinding. Kami semua tersentak. Cik Rul memandang kami berdua dan bersuara. "Hilman dan Syahmi balik dulu." Kami bersalaman dan terus berlalu. Terdengar Dhia teriak "Hilman! Kau pun sama je!" Aku memandangnya sekilas. Tampak wajah Dhia sedang menahan marah. Cik Rul hanya memberi isyarat pergi kepada aku. Kereta aku pecut laju meninggalkan rumah itu.
"Man, Dhia marah kau. Macam mana?" Syahmi bersuara. Jelas riak bersalah. "Tak apa, nanti aku cakap lah kat dia baik-baik." Balas aku. Sebenarnya aku dah buntu. Dhia ni cepat sangat naik angin. Kepala batu! Haih. Nasib baik aku terus pergi, kalau tak mesti aku akan marah dia macam haritu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Aku: Dhia
Aku mencuri dengar perbualan Ayah bersama Hilman dan Syahmi dari balik dinding. Perbualan mereka kuran jelas tapi aku dapat tangkap apa yang dibualkan.
Jadi, selama ni Syahmi lah yang salah? Tak guna! Sebab dia taknak mengaku, Ayah yang kena fitnah, Ayah yang dipersalahkan. Ni lah yang Amira cakap tadi siang? Kiranya Hilman tau? Betullah kata Amira, lelaki pentingkan kawan daripada kebenaran ataupun kebaikan. Tak guna!
"Kenapa Ayah maafkan dia?!" Aku yang menahan sabar dan marah dari tadi terus menerjah. Mereka semua nampak terkejut. Huh! Kisah pula aku?! Waktu ni aku rasa nak berlari kat budak Syahmi tu tetus tendang!
Ayah tiba-tiba suruh diaorang balik. What the?! Hilman dengan Syahmi pun terus je blah. Aku lagi geram sebab Hilman tahu tapi dia taknak bagitahu aku dan ayah sedangkan dia rapat dengan Ayah. "Hilman! Kau pun sama je!" Teriak aku sewaktu Hilman melangkah masuk kereta. Dia memandang aku sekilas. Muka aku mesti buruk gila tengah tahan marah.
"Ayah! Kenapa Ayah maafkan dia?" Aku bertanya kembali soalan yang sama. "Dhia, benda dah lama sangat lepas. Tak apa lah. Lagipun dia tak sengaja." Balas Ayah tenang. "Tapi... tapi..." "Dah tak apa, Dhia janganlah marah Hilman. Kalau Ayah kat tempat dia pun, Ayah akan buat benda yang sama." Sambung Ayah lagi. Aku mengalah. Betul kata Ayah. Hmm...
Aku melangkah masuk rumah dan mencapai telefon. Aplikasi whatsapp di buka, conversation dengan Hilman aku cari. Dah jumpa!
Assalamualaikum. Saya nak minta maaf. Tak patut marah-marah awak tadi. Kawan?
Lima minit kemudian...
Wasalam. Tak apa. Normal lah tu. Okay, kawan :)
Fuhh, lega. Nafas aku tarik panjang dan dalam. Badan aku lemparkan ke atas tilam empuk dan memaksa diri untuk tidur.
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
RandomPenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...