Bab 14: Aku, Si Rebelion

54 5 0
                                    

"Ayah?" Aku memecahkan kesunyian. Ayah berpaling. "Eh, Dhia. Mana Dhia tahu Ayah kat sini?" Ayah bertanya terus. "Err, tadi... tadi Dhia keluar dengan Hilman beli barang sikit. Lepastu cari Ayah kat kedai tak ada. Hilman terus bawak Dhia ke sini." Terangku. Ayah hanya mengangguk tanda faham. Ayah berpaling kembali dan menyambung kerja melukisnya.

Aku hanya diam. Berkira-kira sama ada aku perlu meminta maaf atau berdiam diri sahaja.
"Ayah... okay?" Aku bertanya. "Hmm" sahaja yang Ayah jawab. Aku mendekati Ayah. Tangannya ku tarik kemas dan menciumnya. Dalam esak aku memulakan bicara.

"Ayah, Dhia nak minta maaf sangat-sangat. Dhia tak patut cakap macam tu kat Ayah. Sepatutnya Dhia kena jadi matang. Sepatutnya Dhia tak payah masuk campur hal Mama dengan Ayah. Dhia minta maaf sangat Ayah. Dhia salah. Selama ni Dhia ikutkan perasaan sangat sampai tak dengar cakap Ayah. Dhia minta maaf." Lafazku dalam sedu dengan wajah disembamkan ke tangan tua Ayah.

Ayah mengusap lembut kepalaku. Ah.. rindu benar dengan usapan ini. "Dhia tak ada buat salah apa pun. Kalau ada, dah lama Ayah maafkan. Dhia tak salah. Tak apa. Lagi pun kisah lama Ayah dan Mama dah lama berakhir. Sekarang kami pun dah berbaik. Dhia jangan khuatir ye nak." Jawab Ayah. Aku mengangkat wajah. Ayah hanya tersenyum memandangku. Hatiku semakin tenang.

Ayah kembali menyiapkan lukisannya. Aku memerhatikan seluruh rumah itu. Dua tingkat. Rumah ini bukan rumah teres. Rumah dibina sendiri jadi memang besar. Tingkat atas siap ada ruang boleh lari-lari. Bilik sangat banyak. Tiba-tiba aku teringat kata-kata Amira. Aku terus menuruni tangga dan mendapatkan Ayah.

"Ayah, ni rumah siapa?" Tanyaku. Aku tidak mahu terus bertanya perihal yang dikatakan Amira tempoh hari. Hubungan aku dan Ayah baru sahaja baik semula. Tak mungkin aku nak rosakkannya.

Ayah menarik nafas. Dalam. Dan dihembus perlahan. "Rumah Puan Naimah." Jawab Ayah. Tu je? Siapa Puan Naimah? "Kenapa besar sangat ni yah? Anak dia ramai ke?" Tanyaku lagi.

Ayah duduk di sofa lama dan mengajakku duduk sekali. "Ni sebenarnya rumah anak yatim. Puan Naimah yang punya. 2 tahun lepas rumah ni dah siap. Kawan Ayah yang dapat projek buat rumah ni tapi ayah tak dapat. Ayah tak kisah pun. Kawan Ayah tu minta Ayah lukiskan mural. Macam yang Ayah buat ni. Ayah okay je. Jadi Ayah tolonglah dia." Jelas Ayah. Nafas ditarik lagi. Dan dihembus perlahan. Aku hanya memerhatikan Ayah dan mendengar sahaja. "Masatu dah nak pembukaan rumah ni. Jadi Ayah duduk sampai malam nak siapkan lukisan. Wiring belum siap sepenuhnya jadi Ayah guna spotlight dan lilin je. Ayah tak tahu apa jadi lepastu, tahu-tahu je Ayah sedar dah kat bahu jalan seberang sana. Dan rumah ni masa tu..... terbakar." Ayah terus tertunduk.

Sekarang baru aku faham apa maksud Amira. "Mungkin Ayah terlanggar lilin tapi Ayah tak perasan. Entahlah Ayah tak tahu. Tapi ramai orang tuduh Ayah macam-macam termasuklah kawan Ayah yang dapat projek rumah ni. Dia kata Ayah tak puas hati sebab dapat projek ni. Dan masatu, 50 buah basikal untuk anak-anak yatim yang akan duduk sini terbakar sama. Tu yang Ayah buat 50 buah basikal baru. Sebagai ganti." Sambung Ayah.

Nampak riak bersalah dan sayu di wajahnya. Aku hanya mendiamkan diri. Aku sandarkan kepala di bahu Ayah. "Tak apa Ayah, sabar eh?" Senyuman manis aku ukir. Ayah membalasnya.

>>>

"Good morning Princess." Sapa Hilman. Happy semacam dia harini dah kenapa? "Morning?" Jawabku dengan muka pelik. "So how was your day?" Tanyanya lagi. "Bad." Jawabku sepatah. "Bad? But, why?" Tanya Hilman lagi. Malas nak layan. Tapi tetap nak layan. K.

"Awak suruh saya siap awal harini dan baru pukul 7 awak dah ambil saya. Sekolah mula lagi dua jam. Awak expect apa dari saya?" Jelasku panjang lebar. Memang aku geram. Tadi malam Hilman telefon dan minta aku untuk siap awal esok dan kami akan bergerak awal. Kenapa aku tak tahu. Tapi hati ni nak sangat ikut cakap Hilman. Jadinya, aku berada di dalam kereta Hilman sekarang ni pada jam 7:03 pagi.

Hilman hanya tersenyum nakal. Tidak menjawab soalanku, kereta terus dipandu dan memasuki perkarangan sekolah. Too early isn't it? Aku bersoal sendiri. Aku khayal dan bingung. Pintu kereta dibuka dari luar tanpa aku sedar Hilman dah tak ada kat sebelah. "Jemput turun princess." Pelawanya. Ah! Malu!

Aku pun turun. Beg tote corak handmade aku capai. Hilman jalan dihadapan dan aku ikut langkahnya. Kami berhenti di sebuah bilik yang cerminnya semua digelapkan. Orang di dalam sahaja nampak orang di luar. Hilman membuka kasut dan masuk ke dalam. Aku hanya menuruti. Di dalam bilik yang aku rasa bilik Seni itu terdapat lagi empat orang pelajar di dalamnya. Dua lelaki dan dua perempuan. Mereka mungkin sebaya Hilman kerana bukan dibatchku.

"Dhia?" Tegur seorang daripada mereka. Aku hanya mengangguk. "Hai. Saleha." Sambungnya dan terus tersenyum. "Ni kakak Sarah yang sekelas dengan awak tu. Kenalkan?" Celah Hilman. Oh. Kakak Sarah rupanya. Bila Hilman cakap baru aku sedar ada iras-iras sedikit. Aku hanya mengangguk. "Terima kasih tau sebab Dhia backup Sarah masatu. Kita pun memang tak suka budak Amira tu. Belagak. And Sarah kata Dhia tumbuk Amira ya Selasa haritu? Wah.. berani sangat Dhia ni. Tapi baguslah kalau tak sampai bila dia nak pijak semua orang. But, I'm so sure dia takkan lepaskan Dhia macam tu je. If you know what I mean... Tapi Dhia tak payah risau. Dia tu mengada je lebih." Wah panjang betul Saleha ni bebel. Err. Or should I call her Kak? Since she is older than me kan? Takyah kot.

"Eh panjang pula kau bebel. Pergi sambung buat kerja sana." Tegur Hilman. Saleha hanya membuat muka. "Okay Dhia, yang pendiam tu Aina, yang tengah melukis tu Ikram dan sebelah dia Nas." Sambung Hilman lagi. Oh okay. Aku hanya senyum kepada tiap mereka.

"Kenapa bawa saya ke sini?" Tanyaku bingung. Ya, memang ini yang aku nak tahu dari tadi. Awal betul kena pergi sekolah. Jap, yang lagi empat ni lagilah awal. Dah kenapa?

"Can you do me a favor?" Tanya Hilman. Kening sebelah aku angkat. Hilman memulakan penerangan tanpa aku suruh. Seolah mengerti maksud aku mengangkat kening tadi. "Macam ni, lagi dua minggu, sekolah ada buat karnival seni. Memang setiap tahun sekolah jadi tuan rumah. Tahun tahun sebelum semuanya okay sampailah ke tahun ni, kitaorg tak sempat nak siapkan lagi beberapa hasil seni. Sebab yang ambil seni batch kitaorg hanya sepuluh orang. Semua kena terlibat. Lagi empat kejap lagi sampai. Lagi seorang memang taknak join langsung. Penat pujuk tapi degil juga taknak. Jadi, saya nak minta tolong awak. Boleh tak?" Tanya Hilman bersungguh. Matanya merayu seperti mata kusing dalam cerita Shrek. Comel. Ya, comel. Sangat.

"Haa, yang degil kepala batu taknak join tu kakaknya Amira. Adik beradik sama je perngai." Celah Saleha. Hilman menjeling tajam. "Apa? Memang betulkan?" Tanya Saleha selepas pandangan maut diberi. Hilman masih menjeling. Saleha mengangkat tangan tanda surrender dan menyambung kerjanya. Hilman kembali berpaling ke depan. Matanya tepat merenung anak mata aku.

"Tapi saya dah lama tak melukis." Jawab aku cuba meminta simpati. Jujur aku sudah lupa cara dan tekniknya. "Awak berbakat bukan minat. Berbeza antara bakat dan minat. Bakat tu, semula jadi. Minat pula kita belajar." Terang Hilman. Aku mendiamkan diri. Lama.

Hilman kelihatan tidak senang duduk kerana aku memakan masa tujuh minit untuk berfikir. "Saya cuba. Kalau tak lawa jangan marah." Pesanku bersahaja. Hilman tersenyum gembira.

Aku pergi kemeja yang penuh alat melukis. Apron plastik aku pakai. Tangan mencapai berus warna dan mula menggerakannya di atas kertas putih. Contengan demi contengan dibuat. Hasilnya agak memuaskan.

Aku pandang keliling. Semua melopong melihat hasil lukisanku. "Wow Dhia wow!" Ucap Aina yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Nas hanya menepuk tangan diikuti Ikram dan Saleha. Hilman dibelakang mereka hanya tersenyum penuh makna.

Aku juga mula rasa gembira dan seakan tak percaya. Tidak sabar ingin bertemu kekasih hatiku untuk menceritakan perihal ini. Senyuman bangga terukir dibibir.

Lukisan TerakhirWhere stories live. Discover now