"Sejak bila pandai merokok ni?" Tanya aku dalam perjalanan ke Mydin. Dhia hanya diam dan tidak menoleh aku. "Hello? Dengar tak?" Tanyaku lagi sambil memetik jari. "Oh mak kau!" Latahnya. Comel. "Eh err sorry. Awak tanya apa tadi?" Tanyanya pula. "Sejak bila awak pandai merokok ni?" Aku mengulang soalan tadi.
"Hm... awak tak marah kan?" Tanyanya. Aku menggeleng. "Sekolah menengah. Saya kalau stress je mmg hisap rokok. Saya ada spare sentiasa. Tapi saya bukannya tegar. Saya rokok pun sorok sorok." Jawabnya serba salah. "Oh, hisap rokok kat taman, sorok sorok ke?" Tanyaku kembali. Dhia hanya diam.
"Dhia, saya bukan sesiapa nak marah awak. Tapi cukuplah awak tahu, benda tu tak elok. Sama ada tak elok dari segi kesihatan ataupun tak elok dari segi pandangan umum. Okay? Awak perempuan bukan masalahnya. Masalahnya, benda tu tak elok untuk kesihatan. Awak tak sayang diri awak ke?" "Sayang." Jawabnya sepatah. "Kalau macam tu, jaga lah diri awak. Okay?" Dhia mengangguk lemah. "Lepasni janji dengan saya, awak takkan hisap lagi?" "Ya, janji." Jawabnya bersungguh sambil mengangkat tangan kanannya seperti berikrar. Aku hanya tersenyum.
"Awak ni sebenarnya lembut hati kan?" Tanyaku sengaja mengusik. "Awak tak tengok my true colours lagi." Balasnya sambil tersenyum sinis. "Oh! I thought I knew you well. Hmm." Balasku. Dhia hanya mendiamkan diri.
Fuhh. Susah nak dapatkan hati dia ni. Lepas apa yang dah jadi selama ni, aku ingat Dhia dah berubah. Tapi tak, tu semua harapan. "Hahaha! Gurau je lah." Dhia tiba-tiba bersuara. "Apa bukti saya lembut hati?" Sambungnya lagi. Oh god this girl buat suspend je!
"Nanti makan saya sambung. Dah sampai. Jom turun." Balasku. Kami pun masuk ke dalam Mydin dan pergi ke foo courtnya yang di dalam. Selepas membeli makanan, kami mengambil tempat yang agak jauh dari orang dan mula makan. "So?" Dhia membuka bicara. Aku hanya memandangnya dengan kening sebelah terangkat.
"Tak ada lah. Awak melatah, suka haiwan, vegeterian sebelum ni. Lembut lah tu, kan?" Dhia hanya diam. "Ingat waktu kecik dulu? Saya selalu kacau kucing, nanti awak mesti marah saya. Saya kena rotan dengan Ayah saya dulu sebab mandi sungai, tapi awak yang nangis. Rindu tak?" Sambungku. Kenangan lalu itu semua bermain semula di minda. Betapa rapatnya kami dulu. Tapi itu semua dulu.
"Haa ingat. Sikit." Jawabnya terus tertunduk dan makan. Malu barangkali? "Dhia, again thanks untuk karnival seni haritu." "Tapi saya tak dapat nak fokus sangat. Sorry..." kata terima kasih dibalas dengan maaf. Memang hari tu Dhia banyak mengelamun dan tak menjawab soalan yang diberi pengunjung. Sebab hatinya jauh memikirkan keadaan cik Rul yang ketika itu masih dalam koma. Aku hanya senyum kepadanya. "Ingat tau, kena tabah. Ok?" Pesanku. Dhia hanya tersenyum kelat.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
"Saya tak fahamlah. Kenapa orang ramai otak cetek eh?" Dhia melepaskan kemarahannya. Barusan tadi dia menumbuk seorang budak lelaki kerana menuduh Ayahnya yang membakar rumah anak yatim dahulu dan kini Ayahnya terlantar di hospital merupakan balasan. Syahmi yang memberitahu aku perihal tersebut. Syahmi ni pun satu. Ya, dia memang satu. Tapi bila nak mengaku? Dhia ni dah lah panas baran. Kepala batu. Tekad. Kalau rasa dah marah tu, terus je belasah. Haih...
"Saya tak." Jawabku pendek. "Kak Dhia, cikgu Mashitah nak jumpa." Pengawas perempuan sekolah memberitahu. "Sorang." Sambungnya lagi apabila terlihat aku mula mengatur langkah di belakang Dhia. Dhia hanya terus berjalan manakala aku termangu di situ. "Kenapa pula?" Tanyaku. Budak tadi hanya mengangkat bahu.
>>>
Aku tunggu Dhia di kereta seperti biasa. Kerana kami akan terus ke hospital. Memandangkan esok tidak bersekolah, Dhia bercadang untuk menemani cik Rul malam ini. Apa yang dibincangkan dengan Puan Mashitah pun aku tak tahu lagi.
"Sorry lambat." Dhia muncul di depan mata. Aku hanya diam dan menyaksikan tingkah lakunya. "Harinu Ayah dah boleh keluar hospital. Dah dua minggu dia kat sana. Kalau ikut cakap doktor..... lagi....." "Awak nak makan apa?" Belum sempat Dhia menghabiskan ayatnya, aku terus memintas. Dhia menyeka air matanya. Nafas ditarik panjang. "McD?" Tanyanya sepatah. Aku hanya mengangguk.
"Tadi Puan Mashitah cakap apa?" Tanya aku setelah keadaan menjadi sunyi. "Oh. Dia cuma cakap saya tak boleh nak lepaskan marah macam tu. Saya kena kawal." Terangnya tanpa intonasi. "Pastu?" "Saya nak berhenti belajar." Jawabnya lagi. "Oh... eh jap. Apa? Awak nak berhenti belajar?" Tanyaku agak terkejut. Dhia hanya mengangguk. "Awak jangan nak terkejut sangat. Saya nak luangkan masa dengan Ayah... walaupun dalam masa yang singkat ni.." jelasnya sayu.
Aku hanya menerima sahaja keputusan Dhia.
>>>
"Maaf cik Dhia, Ayah awak belum boleh pulang." Beritahu seorang jururawat perempuan di situ. Dhia kelihatan marah. Baru sahaja dia hendak memulakan kata, aku dah potong. "Tapi kenapa ya?" Tanyaku. "Saya tak tahu encik. Encik kena tanya sendiri pada doktor." Aku hanya mengangguk dan membawa Dhia ke ruang menunggu.
Mataku melilau mencari kelibat Doktor Nur.
Hampir dua jam menunggu, akhirnya muncul juga doktot Nur. "Doktor!" Teriak Dhia terus bangun mendapati doktor. Aku yang tidak perasan Dhia bertindak begitu terus bangun membintutinya. "Ya saya?" Tanyanya. "Kenapa Ayah saya tak boleh balik?!" Tanya Dhia dengan nasa yang ditinggikan. "Mari ikut saya ke bilik." Pinta doktor apabila melihatkan orang ramai mula tidak senang dengan perwatakan Dhia.
Doktor Nur terus berjalan menuju ke biliknya dan diikuti aku dan Dhia.
"Maaf, saya hanya menjalankan prosedur. Tunggu sehingga lagi dua atau tiga hari, baru Encik Khairul boleh di bawa pulang." Terang doktor dengan senyuman. "Tapi kenapa?" Nada Dhia telah diturunkan. Aku hanya memandang wajah sugulnya. "Maaf cik Dhia. Encik Khairul perlu menerima rawatan penuh dan sentiasa di jaga." Terangnya lagi. Dhia hanya mengangguk lemah.
"Tapi saya boleh teman Ayah sayakan doktor?" Tanya Dhia. Doktor Nur hanya mengangguk dan masih tersenyum melihat kami berdua. Senyum sebab nak Dhia tabah atau senyum sebab aku kacak? Entahlah. Mungkin kedua-duanya? Huhuhu.
>>>
"Awak! Iman tak ada kat bilik dia." Terdengar suara Dhia apabila panggilannya ku jawab. Baru 10 minit yang lalu aku menghantarnya pulang. Aku terus bergegas ke rumah Dhia bersama ayahku.
Setibanya di rumah Dhia, hanya esakkan yang kami dengar. Sejak cik Rul masuk le hospital, kami meminta jiran Dhia menghantar dan mengambilnya pulang sekali kerana anak kepada jiran Dhia juga masih bersekolah rendah.
"Dhia? Iman?" Panggil Ayah tapi tiada sahutan. Kami berjalan menuju ke belakang rumah. Iman sedang duduk menangis manakala Dhia cuba menenangkannya."Dhia?" Tegurku. Dhia langsung menolah dan ke tepi. "Iman, kenapa ni?" Tanya Ayah. "Iman... iman... nak Ayah." Jawabnya sambil menangis tersedu-sedu.
"Ayah nanti balik. Iman jangan lah nangis macamni." Ayah masih cuba memujuk. "Kesian Ayah. Basikal dia tak siap lagi." Balas Iman. Sayu aku mendengarnya. "Kita siapkan sama-sama ya?" Balasku pula. "Abang tau ke? Kak Dhia? Tau? Pakcik pun mesti tak tau. Kakak sebok sangat dengan diri sendiri. Langsung tak ada masa untuk Ayah!" Balasnya dengan nada marah. Kami bertiga hanya membatu.
Aku menghampiri Iman dan berkata. "Iman ajar kami. Boleh?" Tanyaku sambil mengenyitkan mata. Iman tersenyum terus mengangguk laju. Kami berlaga penumbuk konon brother hood. Eh, mestilah. Tak lama lagi aku jadi brother Iman. Brother-in-law. Hahaha!
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
RandomPenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...