Aku rasa sedikit terkilan dengan perangai anak sulung aku. Tapi tak apa, salah aku juga dulu. "Assalamualaikum." Lamunan aku terhenti tatkala mendengar orang memberi salam. Pantas aku bergerak mendapatkan pintu dan memulas tombol "Waalaikimusalam." "Pakcik." "Oh, Hilman rupanya." Hilman terus menghulurkan tangan tanda mahu bersalam. Aku memang gemar dengan sikap Hilman yang menghormati orang tua. Dia juga selalu membantu aku di kedai jika ada masa lapang. Bagus betul Mahmood dan Siti didik anak mereka. "Ada apa ni Man?" Tanyaku kerana terkejut juga tiba-tiba Hilman muncul. "Ni, Ibu suruh hantar makanan kat rumah Pakcik. Ibu kata hari ni anak-anak Cik Rul datang harini. Tu yang Ibu beriya masak lebih ni." Jawab Hilman. "Oh iya ke? Susah-susah aja lah Ibu kamu ni. Terima kasih ye. Kirim salam sekali Ibu dan Ayah." "Baiklah Cik. Saya minta diri dulu." Balas Hilman sambil menghulurkan tangan. Aku menyambut dan dia pun terus berlalu ke Vespanya. Jarak rumah kami agak jauh kerena berbeza lorong.
>>>
Aku ke dapur dan menghidangkan lauk-pauk yang dibawa Hilman tadi. Ada Ayam masak kicap, sayur masak capcai dan salad camput tomato. Ni mesti dia sediakan khas untuk Dhia. "Pelik juga dengan anak aku tu. Kepala batu boleh tahan, tapi vegeterian." Aku bermonolog sendiri sambil menggelengkan kepala dan tersenyum kecil apabila memikirkan balik apa yang aku monologkan.
"Ayah?" Tegur Iman. "Iya nak?" "Ayah cakap dengan siapa?" "Cakap dengan ayam ni." "Ayam?" "Takdalah, mari makan. Panggil kak Dhia sekali." Iman terus berlalu ke bilik Dhia. Aduh.. terlupa pula aku kena panggil dia Syara. Eh kenapa pula. Itu pilihan aku. Lagi sekali, aku tidak faham dengan anak sulung aku.
>>>
"Kakak?" Panggil Iman sambil mengetuk pintu bilik kakaknya. "Apa?" Jawab Dhia/Syara malas dari luar. "Ayah panggil makan tu. Jom le." "Kejap lah. Sibuk betul." Balas Dhia malas. Sudahlah dipaksa duduk di situ. Mungkin itu apa yang Dhia fikirkan.
Dhia keluar bilik dengan penuh rasa malas dan meluat. Dia duduk di meja makan. Dilihatnya lauk pauk yang ada. Matanya tertumpu pada sayut capcai dan salad sahaja. "Nah," aku hulurkan bekas salad kepada Dhia. Muka Dhia masa sambut betul-betul tunjuk rasa benci. Haih... "Thanks." Jawab Dhia semasa menerima bekas salad dari aku. Meja makan sunyi sepi. Kipas seakan mengerti keadaan itu lalu mengeluarkan sedikit bunyinya yang tidak enak didengar tetpi tidak mengapalah. "Ayah, esok kan Iman daftar sekolah baru?" Iman memecah kesunyian. "Eh, lusa lah. Esokkan Ahad. Melaka cuti Sabtu Ahad. Johor lain." Balas aku. "Oh iya, lupa pula. Esok kita keluar ya Ayah?" Iman memberi cadangan. Kalau Iman tak ajak pun, aku sendiri yang akan bawa anak aku keluar. "Boleh. Dhia ikut sekali ya?" Tanya aku kepada Dhia. Jelas muka tak puas hati sebab aku masih panggilnya Dhia. "Malas lah. Baru sampai sini." Jawabnya malas. "Takpa Ayah, kita keluar berdua je." Iman menambah. "Iman betul nak keluar?" Tanya aku. Iman mengangguk laju macam burung belatuk tebuk pokok. "Boleh, dengan syarat kak Dhia ikut." Aku memberi jawapan terus berlalu ke sinki. Entah dari mana aku dapat idea macam tu pun aku tak tahu. Tujuan aku minta Sofea, bekas isteriku hantar mereka adalah kerana aku ingin berbaik dan rapat dengan anak aku sendiri. Apa salahnya, mereka anak aku. Anak kandung. Bukan anak orang lain. Aku memandang dua cahaya mata aku. Iman sedang membuat muka comel ke arah Dhia dengan harapan Dhia setuju. Geli hati aku melihat gelagat Iman. Dhia masih ego. Biarlah, pandailah Iman settle. Sofea pernah cerita, persamaan Dhia dengan Iman cuma satu, kalau nak sesuatu tu, gigih juga dia nak dapatkan. Dengan apa cara sekali pun. Kalau bergaduh, dua-dua selalu betah nak berebut menang sampai salah seorang mengaku kalah. Aku tanya juga selalu siapa menang? Sofea jawab Dhia. Pelik juga. Selalu yang lagi besar mengalah. Sofea kata dia pernah tanya Iman kenapa selalu mengalah. Jawapan Iman senang. Sebab dia sayangkan Dhia. Aku terharu bila dapat tahu jawapan Iman. Aku terus berlalu ke luar rumah dan duduk di gazebo sambil melukis. Dulu sewaktu kecil, aku dan Dhia sering melukis bermacam gambar dan pemandangan. Bakatku yang satu itu turun kepada Dhia. Banyak lukisan hasil aku dan Dhia yang aku simpan kemas di dalam bilik aku. Itu sahajalah kenangan yang aku dan Dhia ada sewaktu dahulu. Ada satu lukisannya yang paling aku suka, aku tampalkan di atas katil bilikku. Setiap malam aku lihat dan amati lukisan itu. Sangat membanggakan. Anak sekecil 7 tahun mampu menghasilkan sebuah lukisan yang penuh makna.
Tapi perkhabaran sedihnya, Sofea memberitahu aku bahawa Dhia sudah tidak minat lagi melukis. Dhia buang semua set perkakas melukisnya entah kemana. Aku agak terkilan tetapi tidak mengapa, aku redha.
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
RandomPenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...