Bab 3; Aku, Si Rebelion

101 4 0
                                    

Iman masih tak berhenti memujuk aku. Kalau ikut sangat perasaan ni, dah lama terbalik budak ni aku buat. Tapi dalam hati ada sekelumit rasa kasihan. Gigih sangat budak ni pujuk, maksudnya betul-betul nak keluar lah ni. Selepas membuat kira-kira, "Oklah, akak ikut." Tiba-tiba saja ayat tu terlepas dari mulut. Baru nak tarik balik tapi Iman dah senyum sampai telinga. Ahh, ikut je lah. Bukan ada apa pun.

"Terima kasih kak Dhia! Sayang kakak!" Aku dah malas nak tegur bila orang panggil aku Dhia. Biar lah sana. "Haa pape je lah, pergi cuci tangan sana." Jawab aku. Iman pun betul-betul pergi basuh tangan je. Pinggan semua ditinggalnya. Aku jugak yang kena kemas.

>>>

"Dhia, dah subuh ni. Bangun nak." Terdengar sayup-sayup suara Ayah dari luar pintu bilik. Subuh? Aku bukan lah tak solat langsung, tapi jarang. Lagi lagi ranbut dah warna macam ni, kau rasa? "Period" jawab aku malas. Rasanya Ayah dah pergi kot. Bagus lah.

>>>

"Kakak!!!" Jerit Iman buat aku terjaga. "Kau nak apa!?" Marah aku. Pantang betul aku kalau orang kejut jerit-jerit. "Kakak, kan kita nak keluar, bangunlah siap kakak." Iman jawab dengan suara perlahan. Takut lah tu. "Kejap lah." Balas aku sambil bangun terus mencapai tuala dan berlalu ke tandas. Nasib baik Ayah bagi bilik yang siap tandas dalamnya. Senang sikit.

Usai mandi, aku pun cari baju yang sesuai. Skinny jeans, sweatshirt hitam dan snapback jangan lupa. Entah lah, aku memang minat pakai something atas kepala. Tapi bukan tudung. Tudung hanya untuk ke sekolah ataupun kenduri. Tu je.

>>>

"Kita nak ke mana Ayah? Tengok wayang ke?" Iman memecah sunyi dalam kereta. "Hmm, nak tengok wayang ke? Apa kata kita beli barang sekolah apa yang patut untuk kak Dhia, esok dia nak daftar Pra-U." Okay aku agak terkejut, terkujat dan segala ter lagi. Benda ni belum ada dalam perancangan. Ish. Suka betul buat keputusan tak tanya aku. Tapi sebab aku jenis tak suka bercakap sangat, biar je lah daripada kena duduk rumah sepanjang hari. "K." Balas aku menandakan aku setuju. Dalam kepala otak aku, nak cepat sampai dan nak cepat balik. Tapi kalau dah Iman ni ngada-ngada, memang tak lah semua tu cepat. Haih...

>>>

Sampai pun rumah. Keluar pagi, sampai rumah dah nak Maghrib. Merepek betul. "Dhia?" Panggil Ayah. Aku awkward lah nak berbual takkan tak faham. "Ye yah?" Jawab aku. "Esok Dhia bangun pagi ye, pukul 8:30 Dhia dah kena siap dah sebab Pra-U dekat sekolah tu, sesi pembelajaran dia mula jam 9. Esok Ayah keluar awal, sebab nak aturkan sekolah Iman dan ada nak jumpa client kat kedai. Nanti Dhia siap je, Hilman ambil." Jelas Ayah. Otak aku agak lembab nak memproses. Ambil masa berminit juga aku diam sebab nak cuba faham. Aku macam ada dengar nama orang lain tadi. "Apa Man?" Tanya aku. "Hilman. Anak kawan baik Ayah. Nanti dia bawa Dhia pergi sekolah dan selesaikan pendaftaran Dhia. Apa-apa, Dhia tanya dia je ye." Ayah jawab. Okay, who the hell is this Hilman? Kenapa dia yang kena jaga aku bla bla bla. Urgh! "Ha ok." Jawab aku dan terus berlalu ke bilik. Malas nak duduk dengan Ayah lama lama. Aku bukan tak suka. Jujur, aku rindu nak rapat dengan Ayah. Tapi, ego aku yang tinggi melangit ni, buat aku jadi macam ni. Awkward.

>>>

Sebelum tidur, aku kena lah siapkan barang-barang untuk sekolah esok. Ayah kata sekolah ni tak kisah pakai baju apa, macam budak U. Tapi tudung tu wajib. Lemah sikit tapi aku bukannya tak pandai pakai langsung. Bagi je aku apa-apa jenis tudung, takda hal lah nak gayakan. Barang-barang Iman pun aku kena siapkan. Mama takda, jadi aku lah yang kena ironkan baju dan apa-apa yang patut.

Usai menyediakan apa yang patut, aku pun lelapkan mata. Hari ni banyak sangat benda jadi. Bagus juga aku ikut keluar tadi pagi, kalau tak, nak bawa apa pergi sekolah esok? Dengan pen takda, buku nota. Oh ya, aku masih belum pilih pakej yang aku nak. Esok je lah, boleh tanya sekali kat that Hilman yang Ayah sebut-sebut tu.

Lukisan TerakhirWhere stories live. Discover now