Bab 10: Aku, Si Rebelion

55 6 4
                                    

"Kakak ni kenapa cakap macam tu kat Ayah dengan abang tu?" Tanya Iman kepadaku. Soalannya mendatar bunyinya. Tiada intonasi marah. Tetapi hari ini aku jadi cepat marah.

"Nama laki tu Hilman. Kau tak tahu apa-apa, kau diam eh!" Marah ku. Soalan yang Iman tanya langsung tak berjawab.

"Kalau gitu, kakak bagitahulah Iman." Jawabnya kembali. Banyak bunyi pula adik aku ni.

Aku tak tahu kenapa tapi aku menangis. Mungkin kerana terlalu marah ataupun sedih atas sikap aku sendiri. Aku terus berlalu ke bilik dan menghempas pintu dengan kuat. Tak tahu kenapa tapi rasa puas!

>>>

Sejurus aku keluar dari tandas, pintu bilik diketuk. Aku membuka. Iman terpacul di depan pintu bilik aku. "Nak apa?" Tanyaku dengan nada malas. "Kak, Iman lapar." Terangnya. Riak wajahnya jelas tampak sedih. Iman ni memang jenis tak boleh lapar, nanti mesti nak nangis.

Aku menghela nafas panjang. Jam di dinding bilik aku jeling. Suda pukul 8:30 malam. "Ayah tak balik lagi?" Tanyaku. Iman hanya menggeleng. Haih, mana pula Ayah ni.

Aku terus berjalan menuju ke dapur. Ingin melihat jika ada apa-apa yang boleh dimasak untuk Iman.

Peti sejuk dibuka, yang ada hanyalah bawang, sayur dan air mineral sejuk. Peti bahagian freezer dibuka, yang ada hanyalah ketulan-ketulan ais. Hampa.

Puas aku geledah rak-rak dapur. Penuh dengan rempah ratus sahaja. Meggi pun tak ada. Roti juga tak ada. Kedai yang dekat aku tak tahu kat mana.

Aku tiada pilihan. Telefon ku capai, nombor Ayah didail.

Lama aku tunggu tapi tidak berjawab. Lebih 10 kali aku cuba hubungi tapi tidak berangkat. Merajuk ke? Bukannya apa sangat yang aku cakap kat dia kalau nak dibandingkan dengan apa yang Ayah buat kat Mama.

Tiba-tiba teringat pada Hilman. Aku terus menghubunginya. Tidak sampai 3 saat, Hilman menjawab panggilanku. Amboi, kemain laju.

"Assalamualaikum." Hilman menyapa. "Waalaikumusalam." Jawabku. "Dhia, awak marahkan saya ke?" Tanyanya. Aku jadi malas nak layan. Tujuan aku telefon pun cuma nak minta dia bawa Iman pergi makan. Tu je. Tak lebih, tak kurang.

"Adik saya lapar, awak datang rumah ambil dia lepastu bawa pergi makan eh? Thanks." Balasku. Soalannya langsung tidak dijawab. Kenapa dengan aku pun, aku tak tahu. Aku tahu, tidak sepatutnya aku bertindak demikian. Sebenarnya Hilman dah cukup baik dah cuba nak tegur sikap aku terhadap Ayah siang tadi.

"Okay." Hilman menghantar pesanan ringkas. "Iman, pergi siap nanti abang tadi siang datang bawa Iman pergi makan." Arahku. Iman terus berlalu ke bilik, begitu juga aku.

Not RM20 aku keluarkan dari purse dan menghulurkannya kepada Iman. "Ni nanti buat bayar makan. Kalau tak tahu nak bayar, bagi kat abang tu suruh dia bayarkan. Kalau dia tak nak ambil, tinggalkan je dalam kereta dia. Jangan lama sangat. 30 minit je. Kalau boleh kurang lagi bagus."

Iman terkedu mendengar arahanku. "Mana sempat 30 minit nak makan. Perjalanan dah lama, tunggu waiter datang dah berapa minit, nak tunggu makanan sampai lagi. Nak menikmati makanan belum kira." Jawabnya. Ada je nak jawab lah Iman ni!

"Okay, 45 minit." "1 jam." Jawabnya kembali. Ish! "Dah, tak payah balik terus lah Iman. Duduk kat kedai makan tu!" Marahku. "Okay, 45 minit." Iman mengalah.

Terdengar bunyi kereta di luar pagar. Aku melihat dari balik langsir. Kereta Hilman. Iman keluar dari pintu dan terus ke arah kereta Hilman. Hilman melambai tetapi aku buat tak nampak dan terus masuk dalam rumah.

Aplikasi Whatsapp aku buka dan menghantar pesan kepada Ayah. Aku memberitahu Ayah tentang Iman keluar makan bersama Hilman. Ayah hanya bagi bluetick. Sakit hati. Tapi at least, Ayah dah baca.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku: Hilman Akmal

Dhia meminta aku bawa adiknya keluar makan. Eh suka hati je! Tapi disebabkan aku ni baik budak nya, jadi aku setuju. Lagipun aku tidak pernah kenal dengan adiknya. Nama pun aku tak tahu.

Aku ambil peluang ini untuk bertanya perihal Dhia di rumah. Hehe.

Aku tiba di rumah Dhia. Adiknya terus meluru ke keretaku. Aku melambai Dhia yang berada di depan pintu rumah. Tapi dia tak lambai semula. Sombong!

"Hai abang!" Tegur adiknya ceria. "Hai. Nama siapa?" Soalan pertama aku ajukan. "Iman. Iman Syarizad. Nama abang?" Adik Dhia lagi peramah dari Dhia sendiri. "Hilman Akmal." Jawabku kembali.

"Eh, nak dekat samalah nama kita. Man Man belakangnya." Balas Iman. Memang betul pun. "Iman nak panggil abang, abang je boleh?" Tanya budak comel disebelah aku ni. "Boleh je." Balasku.

"Abang, kita nak makan kat mana?" "Kita makan kat bisik-bisik." Balasku. "Eh? Kenapa nak kena bisik pula? Bukan ada orang lain pun dalam kereta ni." Iman berseloroh. Dahi ku tepuk.

"Nama kedai makan ni, Bisik-bisik. Bukan abang nak bisik kat Iman." Jawabku sambil tersengih. Iman mengangguk tanda faham.

Aku pun tak tahu kenapa Tuan kedai ni bagi nama Bisik-bisik. Letaklah nama sendiri ke, apa ke. Haha. Kurang dari tiga minit dah sampai. Kedai ni belakang blok rumah Dhia je.

>>>

"Okay so... Iman abang nak tanya sikit boleh?" Tanyaku. "Erm boweh bang boweh." Jawabnya dengan makanan yang penuh di mulut. "Tanya apa bang?" "Hm.. kakak memang garang ke?" Tanyaku jujur. "Haah bang. Tapi Iman tau dia sebenarnya lembut dan sayang Iman." Balas Iman. Masih ceria.

"Tapi dia sombong lah dengan abang." Jawabku mencebik. "Ala, dia memang gitu bang. Sebebarnya dia kat luar je sombong, keras kepala. Tapi dia hati lembut." Jawab Iman beriya. Lembut? Yeke? "Lembut? Bukti?" "Dia vegeterian, kuat melatah, cepat nangis, pencita haiwan. Haa, maksudnya sebenarnya kak Dhia lembut lah kan hati dia?" Iman memberi bukti. Kukuh juga.

"Dulu masa kat Johor dia pernah gaduh dengan sorang budak sebab budak tu terpijak ekor kucing. Terpijak je. Lagipun kucing tu tak mati. Dia punya marah, fuh..." Sambung Iman sambil menggelengkan kepala. "Percaya lah bang, dia tu hati lembut. Cuma mungkin dia tak ramai kawan, tu yang dia nampak sombong kot?" Sambungnya lagi sambil bahu dijungkitkan.

Aku hanya mengangguk.

Lukisan TerakhirWhere stories live. Discover now