Dah berapa kali aku telefon Dhia. Tapi tak diangkat. Nak pergi sekolah ke tak ni? Nak dekat 15 minit juga aku tunggu depan rumah ni. Haih... "Huarghh..." Ngantok juga. Tadi malam lewat aku tidur patutlah baru pukul berapa dah menguap ni. Tunggu dalam kereta lah. Tengah siap kot.
Okay apa kata tidur jap. Nanti kalau dia sampai mesti ketuk tingkap kan.
>>>
"Tuk tuk tuk." Aku terjaga. Tingkap kereta aku diketuk. Eh, Iman? Aku pun membuka pintu dan keluar. "Iman tak ke sekolah?" Iman hanya menggeleng. "Mana kakak? Dah siap belum?" Tanyaku terus. "Kakak kat tandas tengah siap." "Lah kalau gitu abang tunggu lah. Nak pergi sekolah japgi." Balasku. "Bang, dah pukul 12 nak pergi sekolah apanya?"
"Hah???!" Aku terus mencapai telefon dan lihat pada skrin sudah jam 12:05 tengahari. Lamanya aku tidur...
"Ergh tak pergi sekolah lah ni. Haih..." Bebel aku sendiri. Tapi kenapa Dhia bersiap?
"Kenapa kakak bersiap? Iman pun kenapa pakai lawa-lawa?" Tanyaku. "Kakak cakap nak ajak abang pergi makan sebagai tanda minta maaf." Oh... tapi dia ni suka hati je tak cakap awal-awal.
Aku hanya mengangguk. Memandangkan nak gi sekolah memang tidaklah, jadi ok je lah. Dhia ni pelik gila. Suka hati dia je. Hahaha... getus ku sendiri sambil menggeleng dan tersenyum. Iman memandangku dengan kening sebelah yang ternaik. Aku buat-buat tak nampak.
Dhia menghampiri kami. "Sekejap eh." Pintanya lalu menarik Iman ke dalam garaj. Perbualan mereka tak aku dengari tapi nampak serious sahaja. Dhia tampak manis hari ini. Pakaiannya feminin berbanding dua hari lepas.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Dhia POV
Apasal Iman pakai kemeja pulak ni? Dia nak g mana? "Sekejap eh." Pintaku lantas menarik Iman ke garaj.
"Iman nak pergi mana ni?" Tanyaku serious dan agak blur. "Kita kan nak keluar makan." Jawabnya berseloroh. "Kita? Siapa kita?" "Iman, kakak dan abang lah." Balasnya selamba terus melangkah ke kereta Hilman semula. Aku menarik kolar belakang kemejanya. "Iman, kita untuk hari ini hanya kakak dan abang Hilman. Okay?" Terangku. Ya, itulah niat aku. Aku nak berbaik dengan Hilman. Dan jauh di sudut hati aku, terbit rasa gembira tatkala ternampak Hilman.
Iman terkejut. "Sampai hati kakak... tadi kata nak keluar makan. Hmm." "Kakak ada ajak ke?" Tanyaku taknak kalah. Iman menggeleng lalu tertunduk. Kasihan juga. Tapi aku tetap tak boleh bawa Iman bersama memandangkan ada banyak hal aku nak tanya Hilman.
"Ok camni... kakak nanti belikan Iman KFC dengan mainan. Okay tak?" Tanyaku. Iman diam dan masih tertunduk. "Please Iman? Kasi lah kakak chance. Tadi malam Iman dah keluar berdua dengan abang kan, sekarang kakak lah pula." Pujukku lagi. "Janji?" Iman bertanya sambil mengangkat jari kecilnya. Aku menyambut. "Janji." Jawabku dan tersenyum.
Iman masuk ke dalam rumah. Selepas memastikan pintu dan pagar dikunci rapi, aku melangkah ke kereta Hilman.
"Iman? Tak ikut?" Tanyanya saat aku melabuhkan punggung. "Dia... err... sakit perut." Jawabku menipu. "Okay..." balas Hilman pelik dan terus mula memandu.
"So kita nak pergi mana?" Tanyanya. "Bandar?" Balasku bertanya. Jujur aku sudah lupa keadaan bandar Melaka. Dulu masa kecil aku memang duduk Melaka kerana Ayah dari zaman bujang dia duduk di sini. Tapi dulu rumahnya kecil sahaja. Rumah teres satu tingkat. Bukan di sini. Rumah Ayah sekarang jauh lebih baik. Lot banglo tetapi kawasan taman. Satu tingkat juga tapi besar. Aku sebenarnya sukakan usaha Ayah untuk berjaya. Ya, aku sudah mula menerima Ayah. Cuma aku perlu meminta kata maaf atas kesalahan aku berkata sesuatu yang aku sudah lupa.
"Okay. Boleh. Tapi jauh sikit, dalam 45 minit kalau jalan lengang." Terangnya. Aku hanya mengangguk. "Hilman. Kedai Ayah saya kat mana?" Tanyaku. "Dekat je dari rumah awak. Nak pergi?" Tanyanya. Pantas aku menggeleng. Aku taknak pergi dengan tangan kosong. Aku mahu membelikan Ayah sesuatu agar dia rasa dihargai.
"Saya ada banyak soalan nak tanya pada awak. Saya harap awak boleh jawab." Pintaku tiba-tiba. Hilman mengerling ku sekejap dengan muka pelik. Dia kembali fokus pada pemanduan. "Okay." Balasnya pendek.
"Semalam saya cakap apa kat Ayah sampai dia marah?" Tanyaku telus. Jujur aku sudah lupa. "Awak lupa ke?" Tanyanya sedikit terkejut. Aku hanya terdiam. "Awak cakap awak malu ada Ayah macam dia." Jawab Hilman. "Betul ke?!" Tanyaku terkejut. Aku cuba memproses ingatan. Oh ya, Hilman tak menipu. Ergh!
"Apa yang Amira cakap semalam tu betul ke?" Tanyaku lagi. Aku inginkan kepastian kerana jujur aku termangu tatkala disergah Amira begitu. Hilman memandangku dan nafas panjang ditarik sebelum menghembus perlahan. "Soalan ni awak tanya Ayah awak je lah ya?" Balasnya sambil tersenyum pasti menghadapku. Aku tidak membalas senyumannya yang cukup mencairkan itu.
"Next, kenapa awak cakap macam tu kat saya semalam?" Tanyaku. Ya, soalan ni yang bermain di benak fikiranku sedari malam tadi. Mama tak mahu menjawab soalan itu, jadi aku ikhtiar cara lain. Hilman tidak terus menjawab. Nafasnya ditarik lagi. Lebih panjang dan dalam. Dihembus perlahan. Benda yang sama diulang beberapa kali. Dia seperti mengumpul kekuatan, mungkin?
"Saya bukan orang yang layak untuk ceritakan hal ini. Benda dah sangat lama." Jawab Hilman. Jawapan yang aku harapkan tidak terungkap. "Dhia, awak tak perlu tahu semua tu. Masa lalu mereka. Awak sekarang pun dah besar. Cubalah menerima dan memaafkan. Tak kisah siapa salah, yang penting sekarang keadaan dah lebih baik. Kan?" Terang Hilman. Aku agak keliru.
"Okay macam ni. Saya tahu susah untuk awak terima semua ni. Tapi, awak kena cuba lupakan. Okay? Memaafkan dan menerima kan lebih baik." Sambungnya lagi. Aku dah dapat tangkap. Maksudnya aku tak perlu tahu lagi hal orang tuaku yang dulu. Aku harus menerima dan memaafkan. "Saya dah cuba, tapi tak tenang. Nak tau juga." Jawabku jujur.
Keretanya berhenti tatkala lampu isyarat bewarna merah. "Awak kena cari keredhaan-Nya." Balas Hilman. Dia memandangku dan memberikan senyuman yang maknanya lebih mendalam. Senyumannya seakan memberi cahaya dan nafas baru untuk aku. Aku terdiam apabila otakku mula memproses ayatnya. Hilman betul, hidupku sudah jauh dari landasannya. Aku harus berpatah balik sebelum terlambat.
Perjalanan seterusnya hanya ditemani lagu kegemaranku. Lagi. Dear God oleh Avenged Sevenfold. Perasaan ingin nyanyi sama hilang entah kemana. Pandanganku hanya dilemparkan keluar tingkap. Melihat apa, aku tidak pasti. Tapi menyenangkan.
>>>
Sebaik sahaja kami tiba di Aeon Bandaraya, aku meminta Hilman membawaku ke kedai ToyRus. Aku sudah janji untuk membelikan Iman mainan. Mujur Hilman tidak diam seperti tadi. Dia lebih ceria dan bercakap banyak. Sangat banyak. Tetapi sedikit pun aku tidak bosan, malah lebih aku suka. Aku hanya mengangguk apabila dia menceritakan semua tentang mainan kegemarannya. Jantungku bergerak pantas. Senyumku tidak lekang. Adakah ini cinta? Otakku memberi persoalan. Tetapi hati tidak menjawab tapi berbunga.
Setelah puas berjalan dan membeli apa-apa yang patut, aku mencari sesuatu untuk Ayah. Aku ke kedai buku. Aku mencari kala air yang biasa kami gunakan dahulu. Ya, sudah jumpa. Terus aku membelinya dan meminta pekerja di situ membungkuskannya dengan cantik.
>>>
Kami tiba di kedai Ayah. Tetapi Ayah tiada. Barangkali sudah pulang ke rumah.
Hilman memandu pula kerumahku. Tetapi Ayah tiada juga di rumah. Aku jadi tidak keruan. Panggilanku tidak Ayah jawab. Kami buntu.
"Saya rasa saya tahu mana nak cari Ayah awak." Hilman tiba-tiba bersuara. Aku mengangkat muka dan memberi riak wajah yang penuh tanda tanya. Hilman memulakan pemanduan keluar dari perkarangan taman perumahan kami. Dia membelok satu simpang. Aku memerhatikan kawasan itu, kereta Hilman berhenti di sebuah rumah yang agak besar yang kelihatan baru dibuat.
Hilman membukakan pintuku dan berkata "Ayah awak ada kat dalam." Sambil jarinya menuding ke kereta Ayah. Aku hanya mengangguk dan berkata "Awak balik lah dulu. Terima kasih ya untuk hari ni." Senyuman manis terukir kembali. Hilman membalasnya.
Mujur kami sudah pulang ke rumah dahulu meletakkan barang dan makanan untuk Iman. Kalau tak, kebulur lah budak sorang tu.
Aku membuka pintu rumah itu. Terlihat sesusuk tubuh yang amat aku kenali. Itu Ayah. Ayah sedang asyik melukis mural di dinding yang bertentangan dengan pintu. "Ayah?" Aku membuka bicara.
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
RastgelePenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...