Sedih, hiba, sentap dan bermacam lagi rasa bercampur baur. Aku tahu Dhia tak bersalah tapi aku masih lagi sedih. Tak mengapalah, aku akan cuba sedaya upaya untuk menjadi Ayah yang terbaik dengan sisa baki masa yang hanya tinggal sekejap saja. Aku akan cuba.
"Uhukk uhukk, ergh!" Batukku keluar darah lagi. Perit terasa ditekak ini. Walaupun ini bukan benda asing pada aku, tapi masih perit. Aku tiba dikedai basikal ku. 10 buah basikal lagi untuk disiapkan. Aku duduk termenung di meja sebelum memulakan aktiviti memasang basikal. Terimbau kenangan silam yang tak boleh hilang dari ingatan. Nafas ku tarik dan dihembus perlahan...
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
3 tahun yang lalu.
"Maaf encik Khairul, tapi kami telahpun memilih kontraktor lain untuk projek Rumah Anak-anak Yatim ini." Jelas Puan Naimah, pengasas Rumah Anak-anak Yatim Seri Bakti yang ingin membuka cawangan barunya di Kampung Krubong ini. Mendengarkan kata-katanya itu jelas membuatkan aku hampa. Mestilah. Tapi aku rasa itu semua tak jadi masalah. Mungkin rezekiku ditempat lain.
"Oh, tak mengapa Puan. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk mengemukakan cadangan saya ini." Balasku dengan senyuman dibibir. Lagipun kontraktor yang akan membina projek ini kenalan aku juga, Riduan. Jadi tak ada masalah pada aku. Malahan, aku harus terus menyokongnya agar lebih maju.
Perniagaan basikal aku juga makin maju. Jadi, aku tiada masalah jika proposalku ditolak. Menjadi kontraktor hanyalah sambilan jika ada kelapangan. Kebanyakan masa aku habiskan di kedai basikal ku yang satu itu.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Dua tahun kemudian.
"Wah, cantik Rumah Anak Yatim ni! Pandai kau reka ya Riduan." Puji Mahmood kepada Riduan. Aku sekadar mengangguk tanda setuju. Terdapat wayar-wayar yang berselirat di bahagian belakang rumah. "Eh Riduan, ini bahaya ni. Jika terkena petir, boleh terbakar rumah ni." Aku bersuara. Sememangnya amat bahaya jika ianya dibiarkan. "Ala, sikit je tu. Tak apa kot." Jawabnya selamba. Dahiku berkerut.
Mahmood memandang aku dengan wajah yang penuh persoalan. Kami kemudian melihat dalaman rumah itu pula. Aku rasa kagum dengan hasil kerja Riduan dan anak buahnya. Tetapi kekemasan kurang dititikberatkan. Deretan 50 buah basikal untuk anak-anak yatim di sini juga sudah disusun kemas oleh pekerja Puan Naimah. Basikal-basikal ini tajaan dari sebuah syarikat pengeluaran basikal terkemuka. Aku tahu betapa susah payah Puan Naimah mendapatkan tajaan ini. Pasti anak-anak yatim itu nanti akan gembira.
"Rul, aku nak minta tolong sikit. Boleh?" Tanya Riduan memecah kesunyian. Dahiku berkerut. Lagi.
"Tolong apa? Serious je bunyinya?" Tanyaku kembali. "Aku ada janji sekali kat Puan Naimah yang aku akan terus sediakan sekali lukisan kat dinding sebelah sini. Tema dia hutan belantara. Tapi, aku mana pandaj melukis. Sebabtu aku minta tolong kau." Terangnya. Haih... "Aku bukan tak nak tolong Riduan, tapi aku agak sibuk minggu ni." Jawabku cuba berdalih.
Riduan membuat wajah seposen. "Boleh lah Rul." Pujuknya. Aku ni lembut hati sedikit orangnya. Terus sahaja aku setuju. Mahmood hanya menggelengkan kepalanya sahaja.
Ada masa lebih kurang seminggu sahaja sebelum pembukaan secara rasmi rumah ini. Itu juga tempoh yang aku ada untuk menyiapkan mural hutan belantara. Aku mengambil keputusan untuk bermalam di sini memandangkan banyak yang perlu dilakukan.
Aku melukis dengan khusyuk. Aku kerling jam. Wah! Dah dekat 4 pagi. Aku masih melukis dan tak tidur lagi. Aku duduk dikerusi malas memikirkan apalagi hidupan yang boleh aku masukkan dalam mural ini. Dengan bertemankan lilin beberapa batang dan spotlight yang tidak membantu sangat, aku melakar semula di kertas lukisan.
>>>
Aku tidak tahu bila aku terlelap, yang penting waktu aku sedar keadaan sedang riuh rendah dan aku berada di bahu jalan seberang rumah itu. Asap berkepul-kepul dan cahaya oren menerangi pagi itu. Seorang ahli medic menghampiriku dan bertanya beberapa soalan.
"Encik dah sedar?" Aku angguk. "Encik okay?" Aku masih mengangguk. "Encik ada rasa tak sedap badan atau cedera?" Kali ini aku menggeleng. "Nama encik siapa?" "Khairul." Jawabku ringkas. "Okay Encik Khairul, encik sila ikut saya. Encik jangan risau, keadaan semuanya baik-baik sahaja." Kata medic itu dan membawa aku ke van dan memberikan aku sedikit air dan seorang pegawai polis meminta aku menjelaskan keadaan sebenar.
Aku hanya menceritakan apa yang aku ingat sahaja. Tiada apa yang aku selindungkan. Semuanya tulus dan jujur. Sememangnya bukan aku yang bertanggungjawab atas kebakaran yang berlaku ini. Tapi, siapa? Memang aku seorang sahaja yang berada di situ tadi. Jadi, siapa lagi kalau bukan aku? Mungkin lilin terjatuh sewaktu aku tertidur? Atau aku tidak sedar aku membakar rumah ini? Ah! Tak mungkin!
>>>
"Sampai hati kau Rul! Kau tak puas hatikan aku yang dapat projek ni! Kau memang dengki dengan aku sejak dulu lagi!" Bentak Riduan sambil tangannya mengenggam penumbuk. Aku tidak memandang wajahnya. Aku rasa sangat bersalah. Bila aku fikirkan segala usaha Riduan menyiapkan rumah itu, usaha Puan Naimah mencari dana dan mendapatkan tajaan basikal aku jadi makin serba salah.
"Awak tahu tak saya tebalkan muka minta 50 buah basikal untuk anak-anak yatim itu nanti? Apa saya nak jawab? Mana saya nak cari baru? Apa masalah awak ni Encik Khairul?!" Marah Puan Naimah pula. Makin lah aku rasa bersalah. Wajah kutunduk. Tiada kata yang mampu aku luahkan. Kata maaf juga tidak kesampaian.
"Aku tak nak pandang lagi muka kau Rul!" Marah Riduan dan terus berlalu pergi.
"Saya kecewa. Adat pertandingan dan bekerja ada yang lebih ada yang kurang. Encik kata tidak kisah kerana tidak dapat projek itu tapi kenapa encik buat macam ni? Saya mahukan 50 buah basikal!" Sambung Puan Naimah terus membuntuti Riduan.
Mahmood memujukku dan memberikan kata semangat.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
6 bulan kemudian. Sekarang.
Penghasilan 50 buah basikal masih lagi dalam proses. Tinggal 10 buah sahaja untuk aku siapkan. Memandangkan rumah anak yatim itu oun memakan masa lagi sebulan lebih untuk siap sepenuhnya. Jadi aku punya banyak masa. Jam ditangan aku jeling. Sudah pukul 5 pagi. Lama juga aku mengimbau kenangan lalu. Perasaan bersalah terbit semula. Hubungan rapat antara aku dan Riduan juga aku ingat kembali.
Sayu.
Riduan, Riduan. Bukan aku yang buat semua ni... Haih.
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
AléatoirePenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...