Aku tersenyum apabila Dhia datang ke kelas dan mencari aku. Lagi aku tersenyum apabila aku mendapat nombor telefonnya.
Diamati gambar profile whatsappnya. Oh, dia free hair rupanya. Tak kisahlah, benda boleh belajar. Tapi lagi cantik bila ada sehelai kain yang melitupi kepalanya.
Jauh aku mengelamun, aku angkat kepala Dhia dah tak ada dihadapanku. Eh, bila masa pula dia pergi? Tak kisahlah.
>>>
Jam sudah menunjukkan pukul 2:50, aku jadi tak keruan sebab ya lah, nak jumpa lagi bidadari hahaha.
Pukul 3. Akhirnya.
Aku melangkah keluar pagar dan menunggu. 'Lamanya, mana dia ni?' Getus aku. Aku pun mencapai telefon dan mendail nombor Dhia.
Tidak berjawab. Aku cuba lagi, masih tidak berjawab. Panggilan entah keberapa kali baru di jawabnya.
"Sorry sorry. Saya on the way ni." Jelas Dhia tanpa diminta. Panggilan dimatikannya. Aku membuka tali leher dan butang kemeja aku buka satu. Terik panas mula terasa.
Aku kerling jam fossil di tangan, pukul 3:50. Mana Dhia ni aduhh. Baru aku mangaduh, nampak Proton Preve ku parkir di depan bus stop.
Turun Dhia dengan skinny jeans biru lusuh, t-shirt pink lembut lengan panjang, cap hitam dan sling bag hitam. Nampak macam budak-budak. Oh, tak ketinggalan sneakers hitamnya.
Dhia menghampiriku dengan muka bersalah. "Saya minta maaf sangat, saya tertidur. Saya bangun sebab awak call saya. Sorry, again." Terang Dhia jujur. Aku hanya tersenyum dan mengangguk kecil.
Dhia tersenyum "Jom teman saya pergi supermarket? Tadi masa saya balik rumah, sebelum tidur saya tengok peti sejuk Ayah, saya vegeterian jadi tak jumpa sayur pula. Ingat nak beli....... kalau awak nak teman lah..." ngomel Dhia.
Untuk Dhia, abang sanggup! Abang? Ok tah pape.
>>>
"Thanks sebab sudi teman! Jumpa esok!" Sempat Dhia berkata sebelum bayangnya hilang masuk ke rumah.
Aku tersenyum sendiri.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Dhia POV
Sebab lapar, aku pun sanggup tebal muka minta Hilman teman aku pergi pasar raya. Kalau tak, nak bercakap pun malas.
Pintu rumah diketuk. "Kakak!!!" Jerit Iman dari luar. "Kakak cepatlah!" Aku yang tengah potong salad terus terhiris jariku. "Aduh!" Aku mengaduh.
Tak jerit tak boleh ke! Kan dah terhiris jari. Siap kau!
"Kau memang tak boleh kalau tak jerit eh? Tak boleh nak bagi salam? Tak boleh nak sabar kejap? Kau tengok jari aku apa jadi!" Marah aku pabila aku membuka pintu. Aku menunjukkannya jari aku yang mula menitiskan darah. Jelas muka Iman terkejut tatkala aku memarahinya. Mukanya hampir menangis. Ayh dibelakang menunjukkan reaksi terkejut. Lantak lah sana!
Aku kembali ke dapur dan membasuh tanganku. Aku menyediakan salad aku dan duduk di dapur. Ayah datang dan duduk di hadapan aku.
"Dhia... ayah nak cakap sikit." Ayah memecah kesunyian. Mestilah pasal Iman. Muka aku berubah riak malas.
"Macam mana sekolah tadi?" Tanya Ayah. Sangkaan aku meleset. "Okay je." Jawab aku malas. "Lambat Dhia sampai rumah?" Tanya Ayah kembali. "Pergi supermarket. Beli salad." Terang aku. Macam mana Ayah tahu pun, aku tak tahu. Malas nak tanya.
"Oh..." balas ayah. "Dhia, dalam dunia ni, lepas Ayah dan Mama tak ada, Dhia cuma ada Iman je. Dhia janganlah berkasar sangat dengan dia ya?" Haih, dah dia kurang ajar, buat apa nak berlembut?
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
De TodoPenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...