"Kami balik dulu. Terima kasih! Esok macam tadi juga." Pesan Hilman sebelum masing-masing hilang dari pandangan. Jam tangan aku kerling. Pukul 5. Ewah dah lah kena datang awal, balik lambat pula. Banyak cantik Hilman ni! Tak, kalau Hilman handsome. Hehe.
"Dhia terima kasih sangat tau sebab awak boleh tolong. Kalau tak, mungkin pihak sekolah akan batalkan karnival ni." Ucap Hilman sewaktu kami berdua masuk ke dalam kereta. Aku hanya tersenyum ikhlas. Ya, dengan Hilman senang sahaja senyumanku terukir. Adakah aku sudah...... err, no way Dhia, no way!
"Tapi kan, mana awak tahu saya ada bakat melukis ni?" Tanyaku. Ya, memang pelik sebab dia macam tahu je aku dulu pandai melukis. "Awak dah lupa ke?" Tanyanya pula. Soalan dijawab soalan. Bagus. Ergh! "Lupa apa?" Aku pun jawab dengan soalan. Ni main spontan ke? Soalan dijawab soalan. Siapa jawab ayat penyata dia kalah. Okay kita tengok siapa kalah. "Ayah awak tak cakap apa apa?" "Kenapa pula Ayah saya kena cakap apa-apa?" Nice one Dhia. Go Dhia go! "Awak ni amnesia ke apa?" Tanya Hilman lagi. Okay... amnesia? Apasal pula tetiba je mamat ni. "Apa masalah awak ni?" Tanyaku lagi. Nada sudah sedikit tinggi. Hilman hanya menggelengkan kepala. Nafas ditarik dalam dan dihembus perlahan. Perbuatan yang sama diulangi beberapa kali.
"Dulu kan awak duduk sini dengan Ayah awak kan sebelum awak pindah Johor. Ingat?" Hilman menutur kata. Hahaha Hilman kalah! Dia mula guna ayat penyata dulu. Tapi sekarang bukan soal kalah menang, tapi soal apa yang Hilman nak cerita. "Okay betul. Jadi?" "Kan awak ada kawan masa kecil kan yang selalu main dengan awak. Ingat?" Otak aku ligat memproses setiap butir kata Hilman. Kawan masa kecil? Kawan? Hm... oh! "Okay ada. Kejap... awak lah kan kawan saya masa kecil tu?" Tanya ku. Intonasi aku meminta kepastian dan wajah ku masih lagi menunjukkan riak pelupa.
Lama Hilman diam. Akhirnya dia mengangguk perlahan. Tapi dia tak kenal aku. Dia tanya aku nama siapa masa pertama kali jumpa. "Tapi awak tak kenal saya. Sebab awak tanya nama saya masa kita mula mula jumpa haritu." Duga aku. Ya, memang dia ada tanya nama kan? Tak mungkin dia kawan aku masa kecil tu. "Awak boleh lupa saya, kenapa saya tak boleh lupa awak?" Tanyanya. Sentap. Ya, menusuk ke dada. "Saya terlupa nama awak. Tapi bila lama-lama saya dah ingat dah kita rapat masa kecil. Dan awak hadiahkan saya sebuah lukisan. Sebab tu saya ingat awak ada bakat melukis." Terangnya lagi. Oh... okay...Akhirnya, sampai juga kat rumah. "Hilman saya nak minta maaf." Eh kenapa tetiba aku minta maaf ni? "Sebab?" "Er.. takda apa lah. Thanks! Jumpa esok." Balasku. Baru aku nak keluar, pintu kereta Hilman kunci. "Bagitahulah." Pintanya. "Saya... err.. saya... saya nak minta maaf sebab baru kenal tak sampai seminggu saya dah tunjukkan the other side of me. Termarah awak, buat awak macam driver. Err... sorry eh?" Jelasku. Hilman hanya memberikan senyuman yang sangat ikhlas dan dia mengangguk kecil. Pintu kereta dibuka kembali. Aku terus keluar dan meluru masuk rumah tanpa menoleh kebelakang.
>>>
Usai makan malam, kami semua menonton television sambil Iman menyiapkan kerja sekolahnya. Aku tidak sabar untuk memberitahu Ayah mengenai lukisan aku siang tadi. Ya, Ayahlah kekasih hati aku.
Ayah bangun dan masuk kebilik lukisan. Aku membuntutinya. "Ayah? Dhia nak cakap sikit." Aku memecah kesunyian. Ayah hanya memandang dan mengangkat kening. "Tadi kat sekolah... Dhia... em... Dhia me... me... melukis." Tergagap gagap aku bak bagitahu Ayah. Muka Ayah berubah riak. Riak gembira! Ayah terus memeluk dan mengusap kepalaku.
Hari-hari aku seterusnya banyak dihabiskan bersama Ayah di dalam bilik itu.
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
De TodoPenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...