"Baiklah Pakcik, nanti saya ke sana ye sebelum ke sekolah...... lah tak apa bukannya susah. Sekali jalan pun........ ha ya lah..... sama-sama...... waalaikumusalam." Perbualan terhenti. Cik Rul minta aku ambil anak dia esok pagi sebelum nak ke sekolah. Khabarnya anak dia nak daftar Pra-U. Baguslah. Lagipun esok memang hari pertama pendaftaran kalau tak silap aku.
"Hilman cakap dengan siapa tadi? Serious je Ibu dengar?" Ibu bertanya. "Oh, dengan Cik Rul. Esok dia minta Hilman tolong ambil anak dia sebab nak daftar Pra-U." Jelas aku. Ibu mengangguk tanda mengerti.
Cik Rul ada cakap, anak dia yang sorang ni perangai lain macam sikit. Keras kepala. "Hmm... esok kita tengok kerasa mana kepala dia hahaha." Aku bermonolog sendiri.
>>>
Pukul 8:15 aku dah terpacak depan rumah Cik Rul. Takut lambat pula nanti. Tapi bayang hidung orang pun aku tak nampak. Kejap lagi kot...
15 minit kemudian...
"Lama tunggu?" Tanya seorang gadis yang pastinya anak Cik Rul sambil masuk ke dalam kereta dan duduk. "Takda lah." Jawab aku menipu. "Okay." Balasnya sepatah. Sumpah aku ingat bidadari sesat mana tegur aku tadi. Cantik sangat. Rasa taknak berkedip. Setiap kerdipan tu pembaziran. Haa gitu. Nampak tak betapa lawanya dia ni? Tapi sayang nama aku tak tahu pun HAHAHA.Perjalanan nak ke sekolah ambil masa 20 minit juga. Tu pun kalau takda manusia-manusia yang kurang cerdik mencetuskan kesesakan lalu lintas. Kalau tak, lebih 30 minit lah kot.
Aku mula bosan. Buka lah radio, tekan play. Lagu-lagu yang aku burnkan sendiri dalam CD pun berputar. Lagu pertama, Avenged Sevenfold- So Far Away. Aku ikut nyanyi sekali lagu kegemaranku ni. Tiba-tiba aku dengar ada suara lain yang turut ikut nyanyi. Pelik juga. Dalam kereta ada aku dengan tah siapa nama bidadari ni. Takkan dia yang nyanyi? Sekali aku pusing.... tekaan aku tepat. Bidadari ni lah yang nyanyi. Takkan mak lampir pula siang-siang macam ni.
"Layan Avenged?" Tanya aku memecah ke-awkward-an. "Yup. Favorite." Jawabnya dua patah. "Oh... by the way nama apa?" Tanyaku kembali. Berdebar pula rasa nak tahu nama bidadari ni haha. "Dhia Syarafana." Jawabnya agak perlahan. Nama dah kena sangat dah dengam muka. Sama cantik. Sedapnya nama. "Oh.. sedap nama macam orangnya." Balas aku memuji. Biasa perempuan suka kalau kita cakap macam tu kan? Tapi dia ni lain. Dia boleh buat bodoh je muka. Hmm... something wrong somewhere dia ni.
Lama aku tunggu. Dia ni taknak tanya balik ke nama aku? "Hilman. Muhammad Hilman Akmal." Tetiba je aku introduce diri tanpa disuruh. "Oh..." balasnya acuh tak acuh. Hmm betul cakap Cik Rul, pelik sikit dia ni. Pendiam kemahen lagi. Cepat-cepat lah sampai sekolah. Awkward sangat dah ni. Malu pun ada bila kita puji orang tak suka.
Dari jauh aku dah nampak dah bangunan sekolah tersergam indah. Syukur. Tapi macam mana pun, aku rasa aku macam mula minat kat Dhia ni. Bukam sebab dia cantik, aku rasa ada sesuatu dalam diri dia yang perempuan lain takda. Ceh beriya pula aku ni.
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
RandomPenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...