Bab 16: Aku, Dhia

57 6 0
                                    

"Ayah nak buat satu permintaan kat Dhia." Ayah bersuara. Permintaan? Macam serious je. "Apa dia Ayah?" Tanyaku sambil tangan ligat menyusun beberapa lukisanku masuk ke dalam kotak untuk karnival seni. "Lukiskan Ayah satu lukisan yang penuh makna. Boleh?" Tanya Ayah. "Tapi kan, semua lukisan Dhia ada makna?" Tanya aku kepada Ayah. Lagi dua hari sebelum karnival seni. Jadi aku perlu menyediakan semuanya. Dah seminggu sejak kejadian aku berbaik bersama Ayah. Malah sekarang, aku makin rapat.

"Memanglah. Tapi Ayah nak yang special untuk Ayah. Boleh?" Tanya Ayah lagi. Pelik. "Untuk Ayah semua boleh." Balas aku sambil tersenyum girang.

Tiga hari aku habiskan masa kat rumah sebab tak boleh langsung jejakkan kaki ke sekolah. Jadi, semua bahagian aku untuk karnival sudah pun siap. Seronok juga kena gantung sekolah. Tak payah ke sekolah tapi kena bebel dengan Mama. Biasalah tu. Ayah langsung tak marah sebab apa aku tak tahu.

Tak sangka aku Amira buat aduan. Betul apa Saleha kata, Amira mesti akan buat lebih. Dan, ya dia dah pun buat. Jadi aku dah kena gantung. Tak sangka Hilman rupanya YDP MPPU kat sekolah. Seboleh-boleh dia merayu kat Puan Mashitah, guru Pra-U, Pengetua dan cikgu Harun. Walaupun Pengetua merupakan ibu saudara Amira, tapi dia tidak berat sebelah. Malah Amira juga kena gantung sekolah tiga hari. Sepatutnya aku kena gantung seminggu. Tapi sebab Hilman tolong dan janji pada cikgu aku takkan ulangi lagi benda sama, jadi denda aku diringankan. Huhuhu.

"Bila Ayah nak lukisan Dhia?" Tanyaku lagi sambil perhatianku penuh tertumpu pada kotak-kotak dan lukisan di hadapan. "Secepat mungkin?" Tanya Ayah. "Tapi lepas karnival eh Ayah? Sebab Dhia busy sikit." Jawabku. Ayah hanya diam sahaja. Aku anggap Ayah setuju.

"Ayah, sebelum tu Dhia nak cakap sesuatu..." sambung aku. Ayah hanya diam. Aku masih lagi menganggap Ayah sudi mendengar. "Since Dhia tak ada kawan rapat kat sini.. err ada, Sarah. Tapi apa-apa Dhia cerita kat dia nanti dia mesti share dengan kakak dia. Kakak dia kepoh tau! Ergh!" Adu aku. Ya, Saleha tu memang kepoh orangnya. Tapi kadang kadang senang bekerja dengannya.

"Hukk hukk... ehermm. Dhia ni hahaha biasalah tu. Perempuan." Balas Ayah diselangi batuk-batuk yang pada aku tiada bermakna apa-apa. "Tapi Dhia tak okay!" Balasku tak puas hati. "Dhia rasa kan... em... Dhia macam sukalah kat Hilman. Apa pendapat Ayah?" Ayah hanya diam. Tidak membalas. Aku dengar Ayah berdehem kasar. Mungkin mahu mengusik aku? Mujur aku membelakangi Ayah. Jadi, Ayah tak boleh lihat muka aku yang dah merah tahan malu ni. Perihal Hilman tidak lagi aku sambung.

"Ayah, cantik tak lukisan yang ni?" Tanya aku sambil lukisan itu aku angkat tinggi. Hanya lukisan yang aku tunjuk pada Ayah. Manakala aku membelakanginya. Diam. Ayah tidak memberi sebarang respon. "Ayah, Dhia tanya ni." Masih lagi diam. Pelik. Aku pun pusing.

"Ayah?!"

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku: Hilman Akmal

Dhia mundar-mandir di kaki lima hospital. Iman pula sudah tertidur diribaku. Sudah seminggu cik Rul terlantar dan tidak sedarkan diri di hospital. Tapi hari ini doktor panggil kami kerana katanya cik Rul dah sedar tapi belum membenarkan kami masuk.

"Dhia, duduklah." Arahku tapi Dhia tak patuh. Dia malah terus menerus mengintai bilik cik Rul. Aku hanya menggelengkan kepala. Kami masih lagi tak tahu apa penyakit yang dihidapi cik Rul. Dhia cuma kata masatu dia tunjuk lukisan tapi cik Rul diam. Sekali dia pandang, cik Rul dah pun jatuh terjelepuk di lantai sambil mulutnya keluar darah banyak dan badannya sejuk. Segera dia hubungi aku. Seminggu cik Rul koma, setiap hari aku bawa Dhia ke sana untuk melihat keadaan ayahnya. Selebihnya, Ayah aku yang menjaga cik Rul kerana Dhia perlu ke sekolah.

Dhia duduk di kerusi berhadapan dengan aku. Sudah hampir dua jam kami menunggu. Tapi tiada apa khabar. Dhia tertunduk dan akhirnya tertidur. Iman bangun dan duduk disebelah kakanya. Juga terus tertidur. Air mata di tepi mata Dhia semakin mengering.

"Waris Encik Khairul?" Tanya seorang doktor wanita. Dhia membuka matanya. "Saya." Dhia bersuara. Iman masih lagi nyenyak disebelahnya. "Sila ikut saya." Pinta doktor perempuan itu. Dhia bangun lantas mengejar langakah doktor itu.

"Hilman pergi ikut. Ibu tengokkan Iman." Arah Ibu. Aku pun bangun mendapatkan rentak doktor dan Dhia.

>>>

"Saya harap awak sabar ya? Memang dah tiada apa dapat kami bantu. Encik Khairul hanya menunggu waktunya sahaja. Awak mesti Dhia kan? Sejak dia bercerita mengenai kedatangan awak ke mari, Encik Khairul minta kami agar berhenti menyediakan ubat untuknya. Mengapa, saya tidak pasti. Yang saya tahu, dia amat menyayangi awak dan adik awak." Terang doktor Nur pada Dhia. Dhia hanya mendiamkan diri. Tidak menangis atau meraung. Dia hanya diam.

"Terima kasih doktor. Tapi, berapa lama yang doktor jangkakan?" Tanya aku pula memandangkan Dhia hanya membatu. "Dalam... 2 minggu. Mungkin." Jawab doktor. "Mana boleh! Ayah saya ada lagi beberapa buah basikal nak siapkan untuk anak-anak yatim! Siapa doktor untuk menentukan ajal seseorang?!" Bentak Dhia tiba-tiba. Tersentak aku dan doktor.

"Minta maaf ya doktor." Aku bersuara lantas menarik Dhia keluar.

"Dhia awak kenapa ni? Kenapa cakap macam tu? Doktor hanya menjangkakan je." Aku cuba memujuk. Dhia sudah mula menangis teresak-esak. "Kau diam Hilman! Dia Ayah aku! Kau tak rasa apa yang aku rasa. Kau diam!" Jeritnya. Semua oran yang berada di ruang menunggu itu memandang kami.

"Kau blah lah!" Dhia menolak aku. Aku yang berada di dalam keadaan tidak bersedia terkebelakang beberapa langkah. Dhia terus berlari keluar hospital.

>>>

"Abang, kakak Iman pergi mana?" Tanya Iman. Aku menghantarnya pulang selepas dapat berjumpa cik Rul sebentar. Alu tahu, Iman sedih walaupun dia kelihatan gembira dan tidak menangis pada zahirnya.

"Nanti abang cari ya? Iman duduk rumah diam-diam ya? Makanan yang abang belikan tu makan tau!" Pesanku sambil mengusap kepalanya. Setelah memastikan pintu dan pagar dikunci, aku mula memandu kereta. Sedang aku memandu di kawasan rumah anak yatim, aku mendapat panggilan dari Syahmi. Dia mengatakan bahawa Dhia berada di tepi tasik taman perumahan kami. Aku bergegas ke sana.

Kelihatan Dhia sedang menghisap rokok di sebuah bangku bawah pokok. Ya, dia menghisap rokok. Aku terus menghampiri dan duduk di sebelahnya.

"Setahu saya, maksud nama Dhia Syarafana ni, seorang yang menghargai diri. Tapi kenapa Dhia yang sebelah saya ni langsung tak hargai diri dia ya?" Bicara aku. Sengaja aku mengambil rokok ditangannya dan campak jauh. Dhia hanya menjeling.

Keadaan sunyi buat seketika. Kami hanya memerhatikan kerenah orang orang yang lalu lalang di tepi tasik pada hujung minggu itu.

"Saya tak tahu nak buat apa." Dhia bersuara tiba-tiba. Aku hanya memandangnya meminta dia menyambung bicara. "Saya... saya... taknak kehilangan Ayah. Saya sedih." Apa yang terbuku akhirnya diluahkan jua. "Kalau awak sedih, saya lagi sedih." Jawab aku. Dhia memandang pelik. "Kenapa awak lagi sedih?" Tanyanya.

"Ye lah, nanti kita kahwin, siapa nak jadi wali awak? Dah lah awak tak ada abang. Ayah awak anak tunggal. Mama awak pula anak sulung. Macam mana? Nanti saya kena kahwin dengan orang lain pula. Kan sedih tu." Jawab aku selamba. Waktu macam ni, aku taknak menyedihkan lagi keadaan Dhia.

Dhia hanya memukul bahuku dan senyum menampakkan giginya. "Hm... saya kena kuat. Betul tak?" Tanya Dhia kepadaku. "Betul. Kalau awak tak kuat, macam mana awak nak hadapi semua ni. Kan?" Jawabku. Dhia hanya mengangguk lemah. "Tapi.. kalau saya tak boleh kuat macam mana?" Tanyanya lagi dan mula menangis. "Memang takkan boleh awak nak kuat. Sebab perasaan sedih dan takut kehilangan tu mestia ada. Tapi awak kenalah sentiasa doa pada Allah supaya dia cekalkan hati awak agar awak tabah dan menerima. Ye?" Aku cuba menenangkannya. Aku hanya sabar menunggu Dhia reda. Kasihan aku padanya.

Dhia bangun. "Hantarkan saya balik. Kesian Iman, lapar." "Tadi saya dah belikan dia makanan sebelum hantar dia balik. Sekarang ni, awak tak lapar ke?" Tanyaku. Dhia menggeleng laju. "Jangan tipu. Dari pagi awak tak makan. Dah petang sekarang ni. Jom kita pergi makan." Pintas aku terus berjalan ke kereta. Dhia hanya menurut. Kereta ku pandu menuju ke Mydin Mitc.

Lukisan TerakhirWhere stories live. Discover now