Bab 18: Aku, Dhia

46 3 0
                                    

Selepas Hilman menghantar aku ke hospital, dia akan kembali kerumah aku untuk bersama-sama Iman dan ayahnya menyiapkan lagi beberapa buah basikal. Mujur Iman tahu, bolehlah ringankan sikit beban Ayah.

Kalau diikutkan perkiraan Doktor Nur, Ayah hanya ada masa lagi seminggu lebih. Ah... Doktor hanya buat spekulasi je. Tak betul pun! Jadi aku tak perlu percaya. Tapi... macam mana kalau... betul? Hmm...

Harini aku akan temankan Ayah di hospital. Aku ada bawakan lauk untuk Ayah. Ye lah, makanan kat hospital kan tak sedap! Hahaha.

"Assalamualaikum." Sapaku setelah tiba di bilik Ayah. Kelihatan Doktor Nur dan Ayah sedang berbual sesuatu. Nampak serious. Sebab bila aku beri salam je diaorg berhenti dan Doktor Nur minta diri.

Aku menarik nafas panjang dan dalam. Pesanan Hilman tadi masa dalam kereta aku ingat semula.

"Awak jangan buat Ayah awak stress. Kesian dia. Sakit. Penat. Buatlah dia happy ya Dhia. Awak sayang Ayah kan?"

"Ayah!" Teriakku terus meluru ke arah ayah dan bersalam. Ayah tersenyum dan mencium ubun-ubunku. "Ni Dhia masak sikit untuk Ayah. Bubur, lauk kangkung belacan, ayam goreng kunyit, telur masin, sambal kicap dengan favorite Ayah, lobak putih." Terang aku teruja. Sememangnya itu masakan set kegemaran Ayah dan juga kegemaran aku. Ayah tersenyum lagi.

"Ayah nak makan sekarang ke nanti?" Tanyaku. "Kejap lagi ya?" Jawab Ayah masih tersenyum. Aku mengangguk kecil dan duduk di bangku sebelah katil Ayah. Keadaan sunyi. Ayah membaca surat khabar dan aku bermain game di telefon.

"Dhia..." Ayah memecah kesunyian. "Ya Ayah?" Jawabku seraya berhenti scroll timeline twitter. "Ayah minta maaf tak bagitahu awal." Jawab Ayah pendek. Jujur, terus mula rasa sebak dan hendak menangis. Tapi aku kena kawal. "Eh Ayah ni, Dhia ok je. Maksudnya, Dhia tak marah pun." Jawab aku tipu sambil tersenyum sebaris.
"Ayah nak makan lah." Ayah menukar topik perbualan. Fuh.. aku pun menghidangkan makanan yang aku bawa dan Ayah mula makan dengan berselera. Ahh! Makin sebak!

"Sedap tak?" Tanyaku sambil tersenyum lebar. "Hm.. biasa je." Jawab Ayah. Seriously? Sedih! "Taklah, kalau Dhia masak, mestilah sedap." Jawab Ayah lagi. Aku terus tersenyum lebar hingga ke telinga. Hiperbola betul hahaha.

"Kenapa Ayah berhenti makan ubat?" Tiba-tiba aku tanya soalan ni. Aduh bodohnya kau Dhia! Macam mana boleh terlepas tanya ni. Memang soalan tu bermain kat minda tapi aku tak fikir boleh tanya betul-betul. Hmm... "Ayah... Ayah tak larat lah asyik nak makan ubat je. Penat hidup bergantung pada ubat." Jawab Ayah sayu. Aku hanya berdiam diri. "Dhia lepasni jaga diri." Sambung Ayah lagi. Aku hanya mengangguk kecil dan tersenyum sekejap.

>>>

"Assalamualaikum." Sapa Doktor Nur. Eh dah pagi dah. Lenanya aku tidur kat sofa ni. "Waalaikumusalam." Jawab satu suara yang amat aku kenali. Hilman. Dah dua hari aku teman Ayah di hospital. Baru semalam Hilman datang bawa Iman. Harini dah datang lagi? Eh kejap... mana Ayah? "Mana Ayah saya?" Tanyaku cemas. "Dia di tandas." Jelas doktor. Oh okay...

"Dhia, seperti yang saya janji, Ayah awak ditahan kat wad selama dua atau tiga hari kan?" Aku mengangguk. "Jadi, harini Ayah awak dah boleh pulang." Sambungnya lagi. "Betul ni doktor? Terima kasih!" Balasku girang seraya memeluk Doktor Nur. Err.... awkward. "Maaf." Ucapku sepatah. Doktor hanya mengangguk dan berlalu pergi.

"So... macam mana basikal?" Tanya aku kepada Hilman. Benda tu paling aku risau. Sebab semalam Ayah dah cakap dah balik nak buat basikal dia. "Don't worry. Ni Hilman Akmal! Hilman maksudnya kesabaran. Akmal awak tau apa maksudnya?" Celoteh Hilman sambil memuji diri sendiri. Aku hanya menggeleng laju. Maksud nama aku pun aku tahu sebab haritu Hilman bagitahu masa kantoi merokok, ni pula maksud nama orang. Lagilah aku tak tahu. "Apa dia?" Tanyaku kembali. "Sempurna!" Jawab Hilman sambil tersenyum bangga. Oh... so? "Jadi?" Tanyaku lagi. Agak lembab aku nak menangkap maksud Hilman. "Maksudnya, saya ni sempurna orangnya. Jadi, kerja saya mestilah sempurna." Jawabnya petah. Ee tah pape je. Aku hanya membuat muka bosan.

Ayah keluar dari tandas. "Jom." Ajak Ayah sepatah. Iman kembali ke bilik setelah membeli jajan yang entah apa-apa. Aku hanya menjeling tapi dibalasnya senyum. Nasib baik sayang, kalau tak, dah lama aku debik sekali.

>>>

"Eh, nak pergi mana ni? Rumah kan belok sana." Ayah bersuara setelah dia sedar Hilman tidak belok ke kiri, malah ke kanan pergi dia. "Surprise!" Balas kami dan terus Hilman berhenti di depan rumah anak yatim. Kami semua turun. Nampak ramai pekerja sedang membuat final touch sebelum pembukaan rumah anak yatim yang bila aku tak tahu. Kami selamba masuk ke dalam rumah anak yatim itu dan Ayah sangat terkejut apabila terdapat 50 buah basikal di dalam rumah itu.

"Siapa yang buat selebihnya?" Tanya Ayah terharu. Iman tersenyum bangga. "Iman dan pekerja." Jawab Iman selamba. "Pekerja?" Tanya Ayah terkejut. "Abang Hilman dan Pakcik Mahmood." Jawabnya lagi. Ayah hanya menggelengkan kepala dan ketawa kecil. Nampak riak Ayah yang sangat terharu dan sayu.

Tiba-tiba satu tangan menepuk bahuku lembut. Aku berpusing. Kelibat Amira kelihatan. "Err. Amira. Awak buat apa sini?" Tanyaku kekok. Apa dia nak? Tak serik-serik kenakan aku kat sekolah, sekarang kat luar pun nak cari aku ke?

"Boleh kita cakap kejap?" Pintanya. Melihatkan tiga lelaki yang aku sayang... eh dua je lagi sorang tak, tengah berborak sakan dan ketawa, aku bersetuju dengan Amira. Setelah kami agak jauh dari rumah itu, Amira menghentikan langkahnya.

"Syarafana, aku... aku minta maaf... a..." "Sorry, but Dhia." Aku memotong kata-katanya. "Oh sorry. Dhia, aku... aku nak minta maaf sebab cakap benda tak baik kat kau. Tu semua fitnah rupanya." Sambungnya lagi. "Fitnah? Apa ni? Aku tak faham. Cuba terangkan." Pintaku pula. Apa yang fitnah sebenarnya? "Pasal aku kata Ayah kau yang bakar rumah ni sebab tak puas hati tu, tu rupanya fitnah. Aku ingat tu benda betul. Sebab Ayah aku kata sendiri ayah kau memang tak puas hati dengan dia. Rupanya semua tu fitnah. Lepas Hilman cerita benda sebenar... baru aku dan ayah aku tahu. Selama ni bukan ayah kau yang bakar rumah ni. Semuanya salah faham je." Jelasnya panjang lebar. Kejap, tadi macam dengar nama orang lain.

"Siapa ayah kau?" "Ayah aku lah yang dapat projek buat rumah ni. Ayah kau pun masatu hantar proposal tapi ditolak. Masa rumah ni terbakar aku pun terkejut sebab ayah kau sangat baik. Satu keluarga aku jadi benci kat satu keluarga kau. Rupanya selama ni kami silap. Ayah kau tak salah. Maafkan aku ya?" Sambungnya lagi. Aku hanya mengangguk tanda faham. Tapi tadi ada dengar nama Hilman. "Apa yang Hilman cerita kat kau?" Tanyaku pula. "Dia tak cakap apa-apa kat kau ke?" Tanya Amira kembali. Eh dia ni! Aku hanya menggelengkan kepala. "Kadang-kadang lelaki ni lebihkan kawan daripada kebenaran ataupun kebaikan. Better kau tanya dia sendiri. Aku taknak masuk campur. Macam mana pun, terima kasih maafkan aku ya Dhia. Harap kau terus kuat." Pesan Amira diikuti satu senyuman penuh makna. Beberapa saat kemudian bayangnya turut hilang.

Apa yang Amira tahu tapi aku tak tahu? Apa kena mengena dengan Hilman?

Lukisan TerakhirWhere stories live. Discover now