"Tak guna punya perempuan. Dah lah aku tak kenal kau, tetiba nak bentes. Sial!" Monolog aku sendiri sambil menuju ke tandas walaupun sebenarnya aku tak tahu tandas kat mana.
Mampus lah. Jalan je, mesti jumpa nanti.
Puas pusing dua bangunan, baru lah jumpa tandas. Eh tadi macam dah lalu sini. Kenapa tak perasan tandas pula. Apa-apa je lah. Aku pun masuk dan mendapatkan sinki hujung.
"Kringg~!" Loceng berbunyi menandakan waktu rehat dah tamat. Tak guna, tudung aku tak bersih lagi ni. Urgh! First day dah serabut macam ni.
>>>
"Sorry sangat sebab buat awak terjatuh. Tak perasan pula awak lalu tadi." Tegur betina sundal ni. Tak sengaja jadah dia! Dah terang-terang aku lalu.
Ada orang panggil nama aku, aku pun pusing lah, sekali tengok takda orang yang macam nak bercakap dengan aku. Aku jalan balik tiba tiba ada kaki bentes. Tang mana yang tak sengaja! Dah lah aku baru je beli sup kosong sebab nak cicah roti. Tiba-tiba gedebuk! Habis tudung kena sup nasib baik sikit je. Selebihnya terbazir kat atas lantai.
"Pape je lah." Balas aku. Malas nak layan perempuan macam ni. "Apa hubungan awak dengan Hilman? Tadi pagi saya nampak awak datang dengan dia." Tanyanya lagi. Oh jadi bentes sebab alu dengan Hilman lah ni. Oh please.
"Dia anak kawan baik ayah saya. Sekali jalan, apa salahnya tumpang kan? Kenapa?" Jawab aku jujur. Dan diikuti dua soalan. Muka perempuan ni macam dah meluat je. Suka hati lah. Bukan aku ada buat salah pun.
"Hilman! Hai!" Tiba-tiba perempuan ni yang pakai name tag Nurul Amira bersuara panggil Hilman. Oh dia ada ke? "Hai...." balas Hilman tanpa memandang Amira pun. Malah mata dia tertumpu kat aku sadari tadi. "Dhia, balik saya tunggu kat tempat awak turun tadi. Pukul 3 sharp." Sambungnya lagi. "Okay..." balas aku antara kedengaran ataupun tak. Aku pun tak pasti. Hilman dah berlalu entah ke mana. Bayangnya hilang di sebalik dinding tangga.
"Weh dia cakap hi kat aku!!!" Amira bersuara dengan style gedik: kipas-kipas muka and buat macam nak pengsan kat kawan kawan dia. Lepas tu gelak sakan. Aku yang confuse dengan diaorang terus berlalu masuk ke dewan semula.
Aku duduk kat tempat aku duduk tadi. Belakang sekali sebelah tingkap. Sambil aku perhati kawasan sekolah dari tempat duduk aku, datang seorang pelajar perempuan yang agak oversized duduk sebelah aku. Aku senyum je lah kat dia.
"Saya Siti Sarah." Tegurnya sambil menghulur tangan. Senyuman ikhlas dibibirnya buat aku rasa senang. Aku menyambut tangannya, "Dhia Syarafana." Ucapku. Dia hanya mengangguk dan senyuman masih kekal dibibirnya. Manis sekali.
"Eh Sarah lah!" Tiba-tiba telinga aku berdesing tatkala mendengar suara itu. Aku dongakkan kepala dan ya, that Nurul Amira dan kuncunya duduk di barisan hadapan kami. Waktu macam ni aku sumpah seranah cikgu yang sepatutnya take over untuk sesi taklimat seterusnya. Mana batang hidung pun tak nampak!
"Sarah ni comellah!" Usik Amira sambil cubit pipi tembam Sarah. Kuncunya yang dua orang duk buat gaya pipi dikembungkan dan tangan mengepak gaya orang gemuk. Budak-budak sangat! Sarah hanya tunduk dan membatu. Nampak matanya mula bergenang.
Perempuan macam Amira dengan kawan-kawan dia ni layak kena pijak ramai-ramai. Kata bodoh kang marah pula. Dasar! "So childish and lame." Aku bersuara. Amira dan kuncunya terhenti dan memandang ke arahku.
"I'm sorry?" Balas Amira. "Apologise accepted!" Balas aku sambil senyum sinis. Benda ni aku belajar dari cerita Wild Child lakonan Ema Robert. Lantas aku bangun dan capai beg serta tangan Sarah dan berpindah ke tempat lain yang jauh dari Amira and the gang.
"Thanks." Sarah bersuara tatkala kami melabuhkan punggung di tempat baru. Aku hanya memandangnya dan senyum. Aku tak suka ambil tahu hal orang. Tapi aku paling tak suka tengok orang kena buli atau kena hina macam Sarah kena tadi atas benda yang dia tak salah.
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
RastgelePenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...