"Hai." Tegur Dhia sejurus melabuhkan punggungnya di dalam kereta ku. "I mean, Assalamualaikum." Tambahnya selamba. "Waalaikumusalam." Jawab ku.
Aku sedikit terpana dan terpesona kerana Dhia nampak sangat cantik hari ini. Berbeza dengan semalam. Baju kurung emerald green sangat kena dengan kulitnya yang sawo matang. Damn! I love this girl!
"Hilman?" Tegurnya sambil memetik jari. "Eh sorry. Okay jom kita ke sekolah." Balas ku laju sebab nak cover malu. Kehkeh.
>>>
"Amboi. Awalnya sampai." Tegur guru disiplin. Aduhh.
"Maaf cikgu, kami tadi ada hal." Jawabku. Cikgu hanya mengangguk dan membenarkan kami masuk ke kelas masing-masing. Okay, pelik.
"Hilman, by the way, erm... lepas sekolah free tak?" Dhia tetiba tanya. Nak ajak abang dating kerr? Getus hati aku. Untuk Dhia, abang sentiasa free! Okay wait, kenapa abang?
"Err... tak tahu lagi. Kenapa?" Jawabku. Saje aku nak play-hard-to-get. Muka aku buat serious.
"Oh tak ada, haa nak ajak makan." Beritahu Dhia jujur. Ewah.
"Boleh kot. Nanti apa-apa saya bagitahu." "Okay, cool." Jawabnya terus berlalu ke kelas. Aku tersenyum sendiri.
>>>
Kring! Kring! Kringgg!
Loceng menandakan tamat sesi pembelajaran pada hari ini. Aku terus melangkan laju meninggalkan kelas kerana tidak sabar rasanya hendak bertemu bidadari. Bidadari yang... keras kepala? Ke sombong? Mana-mana lah.
Bahu ku ditepuk. Kedengaran suara Syahmi dibelakang. "Wei Hilman! Nak g mana?" "Balik le." Jawabku. Malas rasanya hendak melayan dak Syahmi ni. Aku terus laju menuruni anak tangga. "Wei kau laju nah kenapa? Rumah tak lari le." Balasnya.
Bila masa pula dia ikut aku ni. "Aku ada hal le. Lain kali kita sembang." Balas ku terus laju menuju ke kereta. Kelibat Dhia tidak lagi kelihatan. Aku hanya menunggu.
"Wei Hilman! Sini cepat!" Syahmi ni masih taknak mengalah ke. Aiseh... "Nak apa? Aku nak cepat le. Nampak Dhia tak?" Tanya ku. "Sini le aku nak bawa kau tengok Dhia." Haa? Pelik je bunyi. Aku hanya membuntuti Syahmi.
"Pergi mampos! Bapak kau tu dah lah jahat! Hancurkan harta anak yatim!" Aku terdengar suara seorang perempuan menjerit. Suara itu aku kenal. Suara milik...... ah aku lupa namanya. Tak apa, pergi je tengok. Nanti tahu lah suara siapa.
"Kau cakap baik sikit!" Okay, ini suara Dhia. "Memang betul apa yang aku cakap ni. Satu sekolah ni tahu yang bapak kau tu yang bakar rumah anak yatim! Sebab bapak kau tak puas hati dia yang tak dapat projek tu. Sebab tu lah dia bakar kan? Dasar busuk hati!" Balas perempuan yang bernama Amira ni. Ya, nama dia Amira. Aku tengok name tag dia.
Terus satu tamparan menghinggap muka Dhia. Tudung Dhia juga dicabutnya perempuan Amira ni. Dhia terduduk. Amira pula ketawa bak John Cena memenangi WWE. Tangannya diangkat tinggi dengan muka belagak.
"Rambut dia purple." "Ish dah lah bapak jahat, anak pun sama. Mesti tak sembahyang ni." Terdengar suara-suara sumbang mengkritik Dhia.
Tiba-tiba Dhia bangun dan menghayunkan penumbuk padu pada wajah Amira. Atau lebih tepat, pada hidung penyek milik Amira. Woww. Kena masuk campur ni. Amira nak balas tumbukan Dhia dengan menamparnya tapi cepat Dhia tendang perut Amira.
Hidung Amira berdarah. Mungkin patah barangkali? Aku cepat cepat datang ke arah mereka dan terus menarik tangan Dhia. Amira terduduk menahan senak.
Dhia ku tarik terus turun dari bangunan. Syahmi dibelakang terkocoh-kocoh mengutip tudung dan barang lain kepunyaan Dhia.
Aku menyuruh Dhia masuk ke dalam kereta. Dia hanya akur. Kereta Proton Suprima terus ku pandu keluar dari perkarangan sekolah. Syahmi membuntuti kami dengan menaiki Kawasaki Ninja merahnya.
YOU ARE READING
Lukisan Terakhir
RandomPenyatuan yang tidak pernah diminta, lama kelamaan menjadi penyatuan yang tidak mahu ada pengakhirannya. Namun, perjalanan hidup masih jauh. Dhia harus akur dengan ketentuan-Nya. Ini bukanlah cerita cliche cinta tiga segi mahupun cerita cliche berk...