Keesokkan paginya...
Adrian tersedar. Matanya tertumpu pada susuk tubuh yang lena tidur di tepi katil. Wajah itu amat dekat dengan wajahnya. Adrian cuba bangun lalu menggosok-gosok matanya.
Ianya Nami. Adrian merenung wajah Nami yang lena dibuai mimpi. Comel! Nami tersedar. Adrian lekas berpaling ke arah lain. "Ohh..awak dah bangun," kata Nami . "Sape yang rawat saya?" soal Adrian. "Saya. Saya yang rawat dan saya yang menjaga awak sepanjang malam, " balas Nami. "Thanks for treated me," ucap Adrian. Nami hanya tersenyum.
.........
"Kalau ada masa nanti,datanglah ke rumah makcik yer?" ujar Puan Haslin . "In Sya Allah, makcik. Nanti saya bawa sekali dengan family saya," balas Nami. Adrian hanya memandang Nami lalu tersenyum.
Nami lekas masuk ke dalam perut Toyota City yang dipandu oleh Kaklongnya,Nadine Athirah. Kelibat Toyota City Nami semakin menghilang dari pandangan. 'Syukran,Nami' ucap Adrian dalam hati..
........
Malam itu, Nami sedang khusyuk melayan kucing kesayangannya yang diberi nama, Mika. "Mika sayang, mummy sukakan Adrian tapi mummy tak mampu nak luahkan perasaan mummy . Mummy tak kuat. Mika rasa apa yang mummy patut buat?" Nami bermonolog dengan Mika nya. Dia mengusap kucing parsi itu. Mika membuat bunyi meow seakan-akan dia faham apa yang Nami cakapkan.
"Mummy buntu lah,Mika. What should I do?" soal Nami. Tiba-tiba Samsung J7 miliknya bergetar menandakan ada mesej masuk. Nama Atasha tertera pada skrin phone.
Atasha:
Assalamualaikum! Kau free tak esok pagi?Nami:
Free . Awat? Nak hangout ke?Atasha:
Eh,seram pulak aku dengan kau ni. Macam mana hang boleh tau?Nami:
Hey! Ini Nami Aishah binti Ahmad Aezman la. Kau takde benda lain selain daripada nak ajak aku pergi hangout.Atasha:
Dahsyatnya! Okey esok 8.30 pagi. Kat Parkson eh? Kumpul kat depan kedai Nature Republic eh?Nami:
Okey,set!

ANDA SEDANG MEMBACA
Love Between Me And Him
Fiksi RemajaNami Aishah. Jatuh cinta pada sahabat karibnya sendiri,Adrian Muzakkir. Nami tidak pasti bahawa cintanya bertepuk dua belah tangan atau tidak. Kata-kata rakan-rakannya mengenai Adrian menambahkan lagi kelonggaran keyakinan dia terhadap Adrian . Keha...