Part 18

283 10 0
                                    

Nami melihat jam tangannya. 11.40 pagi. Ya Allah! Kenapa lambat sangat nak habis masa?! Nami mengeluh. Dia bosan. Tiada apa yang dia boleh buat selain daripada melukis.

Afrine melihat tempat di sebelah Nami kosong lalu dia mengambil kesempatan untuk duduk di sebelah Nami. Nami berpaling sebaik perasan ada seseorang duduk di sebelahnya. Ianya Afrine.

"Ada apa?" soal Nami.
"Tak boring ke duduk saje² ni?"
"Boring lah ni. Tak tahu nak buat apa,".
"Kalau macam tu,jom kita jalan² keliling sekolah. Lagipun saya tak teroka lagi sekolah ni,".
"Walk around the school? Alright, ".

Nami berjalan keliling sekolah bersama Afrine . Sambil-sambil itu,Afrine curi-curi tengok Nami. "Err awak tahu ke seluruh kawasan sekolah ni? Setiap sudut dan pelosoknya, " tanya Afrine. "Not really. Saya dah 4 tahun kat sekolah ni tapi masih belum menjelajah seluruh kawasan sekolah ni," jujur Nami.

"Ooo..emm awak kelas mana masa form 1 until 3? ".
"Form 1 ,kelas 1 Interior. Form 2&3 kelas Adilicious, " jawab Nami.
"Emm Adrian tu rakan sekelas awak ke?".
"Yup. 3 tahun berturut-turut," .
"Ouhh. Patutlah rapat giler, ".
"Dulu ya. Sekarang tak sangat,".
"Kenapa pulak?".
"Sebab banyak sangat berlaku telenovela . Depan mata saya pun dah cukup sakit melihat kemesraan dia dengan Farahani . Inikan di belakang saya. Maybe more worse," .

Afrine tersenyum mendengar jawapan Nami.
'Yes! Lagi sikit, hati Nami akan hancur sampai habuk pun takde. Farahani pun membantu jugak! Muahahaha!! Tak lama lagi,hati Nami,aku hancurkan! Tunggu kau,Adrian! ' . Beginilah jadinya pabila bisikan syaitan berlaku.

Tiba-tiba Nami dan Afrine bertembung dengan Adrian dan Farahani.

"Apa korang buat kat sini? " - Adrian.
"Teman Afrine meneroka sekolah ni"- Nami.
"Kenapa? Jealous ke bang?"- Afrine.
"Buat apa aku nak jealous ngan korang. Jalan-jalan ngan Farahani lagi best kan,Farah?"- Adrian.

Jawapan Adrian berjaya menusuk hati Nami. Sakit.

"Hehe..yup,"- Farahani.
"Ouhh..jalan-jalan masa first day masuk tu tak habis lagi ke?"- Nami.
"Kitorang cuma sempat separuh jalan jer. Lagi separuh tak sempat, "- Farahani.
"Takkan awak jealous kot Nami. Alaa perkara biasa je ni. Lagipun ni baru jalan-jalan. Awak tak tengok lagi kitorang main kejar-kejar macam citer hindustan dalam kelas," - Adrian.

Saat itu,Nami sudah mengepal buku limanya dan air mata sudah mula bertakung di celah kelopak matanya. Bila-bila masa sahaja Adrian bakal menerima tumbukan padu daripada Nami.

"Kalau saya jealous, bukan awak kisah pun! Kalau saya sukakan awak,bukan awak kisah pun! Kalah saya jaga hati awak baik-baik, bukan awak kisah pun! Apa yang awak kisah? Farahani? Go take care of her! Kahwin terus!!!!" tengking Nami lalu beredar dari situ dengan tangisannya. Nami sempat merempuh bahu Adrian dan Farahani dengan kuat.

Adrian dan Farahani memegang bahu mereka yang sakit. Kuat benor si Nami rempuh tadi. Afrine hanya memandang kelibat Nami yang semakin hilang di pandangan. Dia tidak tahu kenapa dia rasa amat marah bila melihat Nami dilayan sebegitu teruk oleh Adrian.

"Adrian Muzakkir bin Qarim Han! Kalau kau tak sukakan dia,jangan seksa dia! Tolong gentle sikit boleh tak?!" marah Afrine lalu meninggalkan Adrian dan Farahani .

Adrian mula berasa pelik dengan Afrine. Siapa sebenarnya Afrine ni? Macam mana dia boleh tahu nama penuh Adrian?

Love Between Me And HimWhere stories live. Discover now