Kesemua bunga sudah habis digantungkan . Nami lekas turun dari kerusi dengan berhati-hati . Risau jika terjatuh pula seperti tadi . Nami mencari kelibat Atasha namun tidak dijumpai lalu bertanya pada Tajul, "Senior Tajul, ada Nampak Atasha tak?" soal Nami .
"Atasha ? Tak silap saya dia keluar dari dewan tadi," balas Tajul . "Ouhh ya ke . Okey . Thank you, senior," ucap Nami lalu melangkah keluar dari dewan . Nami fikir Atasha mungkin pergi ke tandas lalu dia menuju ke tandas . Dalam perjalanan ke tandas, Nami ternampak Atasha sedang mengekori Afrine .
'Awat minah tu duk ikut Afrine? Terhendap-hendap pulak tu . Dah macam penyiasat pulak . Baik aku siasat' bisik Nami dalam hati lalu mengekori Atasha .
-
Sedang Atasha sibuk mengekori Afrine,tiba-tiba tangannya ditarik . Ianya Nami . "Kenapa kau ikut Afrine?" bisik Nami . "Aku nak tahu dia pergi mana sebab tadi aku Nampak mamat ni curiga sangat . Aku iktulah . Dah,jom!" jelas Atasha lalu menarik Nami mengikutinya. Atasha Nampak Afrine berhenti di belakang bangunan ELITE .
Kelihatan Afrine sedang bercakap dengan seseorang . Atasha tidak Nampak orang itu kerana jika dia berjalan ke depan lagi, Afrine akan perasan . Jadi, dia dan Nami hanya mampu bersembunyi di sebalik dinding bangunan .
"Kenapa aku kena bunuh dia ?!" soal Afrine . 'Bunuh ?!'bisik hati Nami . "Remember , Afrine . Settle semuanya malam ni jugak . Kalau kau tak settle , maknanya maruah keluarga yang akan tercemar," ugut orang itu . Atasha dan Nami ingin sekali melihat siapakah orang itu kerana ianya seorang perempuan . "Kau dah tahu kan kenapa kau kena bunuh dia?" soal perempuan itu .
"AKU CINTAKAN DIA!!"
Atasha dan Nami tersentak . Siapa yang Afrine maksudkan . Atasha memandang Nami . Mungkinkah...
******
"Adrian, kau pergi mana tadi?" soal Shaffi'ie . "Aku pergi tolong cikgu hias dewan tadi . Kenapa?" . "Kat dewan ? Eh, betul ke aku dengar ada budak jatuh tadi," Tanya Shaffi'ie . "Ada . Tapi aku sempatlah sambut dia," jawab Adrian . "Siapa ? Farahani ?" Tanya Shaffi'ie lagi .
Adrian menggeleng lalu menjawab, "Nami," . Shaffi'ie sekadar mengangguk . "Mesti Farahani jealous , kan? Yalah . Kau kan cinta hati dia," agak Shaffi'ie . Adrian sedikit terkejut dengan kata-kata Shaffi'ie . "Camne kau tahu yang aku ni cinta hati dia ?" soal Adrian panik . "Dialah yang bagitahu kat aku hari tu . Katanya kau buat confession pasal feeling kau kat dia . Dia pun sukakan kau jugak time tu," cerita Shaffi'ie .
'Farahani bagitahu dekat Shaffi'ie?! Bukan ke aku dah suruh dia jangan bagitahu kat orang lain pasal aku dan dia ? Kenapa Farahani menggatal pulak pergi bagitahu kat Shaffi'ie ??' Adrian bentak dalam hati . Geram juga dia dengan sikap Farahani . Adrian juga perasan bahawa sejak akhir-akhir ini, Farahani semakin berubah . Dahulu, Farahani begitu baik orangnya, sopan santun dan lemah-lembut . Kini, sikapnya berubah kepada mengada, kasar dan juga tidak boleh pegang pada janji .
Adrian sudah mula curiga akan Farahani .
******
"Tak sabarnya malam ni !!" jerit Yunita . "Oi ! Slow sikit suara tu . Aurat," tegur Airina . Wajah Yunita bertukar merah kerana geram dan juga malu . Aimin dan Nuryana ketawa melihat reaksi Yunita . "Oh ya ! Korang nak pergi dengan sapa malam ni ?" Hazimi mencelah . "Aku pergi dengan Nariha," jawab Yunita . "Aku dengan Nuryana pulak pergi Fadelyn dan Qaliman," balas Aimin . "Aku pergi sorang je," jawab Airina .
"Haa..apa kata kau pergi dengan aku ?" cadang Hazimi . Airina membuat muka menyampah . "Eleh, jangan jual mahal sangat boleh tak ? Bukan senang lelaki handsome macam aku ni ajak kau," Hazimi melawak . Airina memandang tepat pada wajah Hazimi dengan pandangan jelik . "Eh ha'ah la . Hazimi ni handsome jugak,kan ? Aku tengok muka dia ni macam iKON Junhoe," sampuk Aimin . Yang lain mengangguk .
Airina ternganga mendengar kata-kata Aimin . "Eh tolong sikit . Muka macam raja tepung ni kau cakap macam iKON Junhoe ? Aku rasa iKON Junhoe lagi handsome dari mamat ni," bantah Airina . "Alah, Airina . Kau pergi jelah dengan Hazimi . Mana tau kot-kot ter'falling in love' nanti ?" usik Nuryana . Yang lain sudah ketawa melihat wajah Airina bertukar merah kerana malu . Hazimi hanya tersenyum melihat Airina . "Yalah . Pukul 7.50 kau datang ambil aku . Lewat seminit , aku pergi sorang-sorang," Airina mengalah lalu berjalan keluar dari kelas .
"Yahoo ! Thanks,guys !" ucap Hazimi . "You're welcome . Eh, kau jangan nak sia-siakan peluang yang ada ni tau . Usya dia betul-betul," balas Aimin . "One more thing . Jaga anak dara orang tu elok-elok," nasihat Yunita . "I will," jawab Hazimi .
****
Nami dan Atasha melangkah masuk ke dalam kelas dengan muka takut . Aimin ternampak perubahan air wajah mereka berdua . "Nami,Atasha ! Asal ni ?" soal Aimin hairan . Nami dan Atasha menggelangkan kepala mereka tanpa menjawab pertanyaan Aimin . Aimin menggaru kepalanya yang tidak gatal .
"Betul ni ?" soal Aimin untuk kepastian .
"Ya," jawab Atasha ringkas .
Selepas Aimin beredar, Atasha memandang tepat ke wajah Nami . "Listen, Nami . I know you're in danger right now . But please . Do not tell anybody about this . Keep this as secret . Only me and you know about Afrine ," ujar Atasha .
Nami hanya mengangguk .
Adrian ternampak kelibat Nami di dalam kelas lalu menyuruh Qaliman memanggil Nami .
"Nami, Adrian panggil kau," ujar Qaliman . Nami mengangguk lalu berjalan menuju ke luar kelas .
'Kenapa Adrian nak jumpa saya ??' hati Nami tertanya-tanya mengenai Adrian .
"Ada apa awak nak jumpa saya ?" soal Nami pelik . "Err..saya..nak ajak awak balik sekali dengan saya lepas habis waktu sekolah . Boleh ?" soal Adrian gagap . Terbuntang luas mata Nami apabila mendengar kata Adrian .
"B..boleh je . Nanti pukul 2 tunggu kat depan kelas saya, ya ? Saya ada kerja sikit lepas ni," jawab Nami . Adrian tersenyum lalu mengangguk . Nami turut tersenyum kerana sudah lama dia tidak mendengar ajakan dari Adrian . Farahani hanya merenung tajam kearah mereka dengan renungan tajam . Hatinya berasa panas bila melihat mereka berdua .
'Tak guna punya Nami !! Berani kau goda Adrian aku !!! Takpe . Kau tunggu, Nami Aishah ! Malam ni jugak akan aku tamatkan riwayat hidup kau !' getus Farahani dalam hati sambil tersenyum jahat .
**
Adrian banyak menghabiskan masanya berada di dalam kelas . Sudah banyak kali Farahani mengajaknya untuk melakukan seusatu bersama seperti bermain , menolong guru menghias ataupun berbual kosong namun langsung tidak diendahkannya belaka . Adrian sendiri tidak tahu akan perubahan yang ketara berlaku kepada dirinya . Semenjak peristiwa dia selamatkan Nami dari jatuh, Adrian mula pentingkan Nami . Adakah dia sudah....Tak mungkin ! Adrian cuba mengelak daripada sangkaan itu .Bila ditanya oleh Farahani mengapa dia berubah sebegitu rupa, Adrian tidak menjawab . Baru tadi Adrian memarahi Farahani kerana membuat andaian buruk terhadap Nami dengan mengatakan bahawa Nami telah menggoda dia .
'Mungkin betul apa yang Mama aku cakap . Aku sukakan Farahani tapi bukannya mencintai dia . Ya Allah, apa yang Engkau cuba untuk beritahu pada hambaMu ini, Ya Allah !' Adrian bertanya pada hatinya .
![](https://img.wattpad.com/cover/67757957-288-k343413.jpg)
YOU ARE READING
Love Between Me And Him
Novela JuvenilNami Aishah. Jatuh cinta pada sahabat karibnya sendiri,Adrian Muzakkir. Nami tidak pasti bahawa cintanya bertepuk dua belah tangan atau tidak. Kata-kata rakan-rakannya mengenai Adrian menambahkan lagi kelonggaran keyakinan dia terhadap Adrian . Keha...