"Ada apa awak bawa saya ke sini,Adrian?"
"Farahani,saya bawa awak ke sini sebab di sini tiada sesiapa akan tahu apa yang saya akan beritahu pada awak,".
"Apa dia?"
Adrian menghulurkan beg plastik tersebut kepada Farahani.
"Adrian,apa ni?".
"Farahani Safina binti Mohd Azwan, hari ini,saya nak luahkan segala yang terbuku di hati saya kepada awak. Saya sebenarnya dah lama sukakan awak. Since first day you came to this school. Awak selalu berada di sisi saya. I like you . You're my best girl friend. Shawl ni saya belum sebelum kita bertemu lagi. Saya akan beri shawl ni kepada orang yang istimewa dalam hidup saya. Orang tu adalah awak,Farahani, " .
Nami dan Farahani menekup mulut pada waktu yang sama namun di tempat dan situasi yang berbeza. Nami menangis mendengar kata-kata Adrian. Farahani tersenyum. Nami terduduk mendengar kata-kata Adrian sambil menekup mulutnya . Kesakitan hatinya , Allah yang tahu . Pilu, sedih, sakit , marah, kecewa . Perasaannya bercampur baur . Nami menyambung pemerhatiannya . Farahani mengambil beg plastik itu dengan wajah ceria .
"Thank you , Adrian . But why me?" soal Farahani .
"Sebab awak selalu berada di sisi saya tidak kira susah atau senang . Apabila saya stress, sedih, awaklah orang pertama yang akan hadir menjadi pencuit hati saya . Terima kasih kerana telah hadir dalam hidup saya . Adakah awak akan menerima perasaan saya?"
"Of course, Adrian . Saya pun sukakan awak," jawab Farahani . Hati Adrian melonjak kegembiraan , hati Nami hancur berkecai .
Nami lekas beredar dari situ . Nami mengehempas pintu bumbung tersebut sehingga mengejutkan Adrian dan Farahani .
"Wait a minute . Ada orang ke kat sini?" soal Farahani .
"Jangan-jangan..Nami tak?" teka Adrian . Jika betul orang itu adalah Nami , Adrian mula gelisah . Apa perasaan Nami jika mendapat tahu bahawa dia menyukai Farahani dan bukannya dia .
Nami masuk ke kelas dengan hati yang runtuh pilu . Wajahnya tampak amat kecewa . Sepanjang waktu Matematik, Nami hanya mendiamkan diri sahaja . Afrine dan Zulhaqq ingin menegurnya tetapi risau jika Nami mengamuk . Kebetulan waktu Sejarah , Puan Zilah ada hal dan terpaksa meninggalkan kelas 4 SC Betarians .
Atasha dan Aina pergi kearah Nami .
"Nami, kau okey tak? Aku tengok kau senyap je dari tadi . Kebiasaannya kau yang paling bising waktu Math . Tapi hari ni , kau paling senyap . Kenapa?" soal Atasha kehairanan . Nami tidak menjawab .
"Nami ,please answer me. Jangan diam macam ni,".
Tiba-tiba setitis demi setitis air mata Nami jatuh membasahi pipi Nami. Tangisan Nami membuatkan Atasha dan Aina semakin risau.
"Nami,awak okey tak ni? Jangan buat saya dengan Atasha risau . Nami? " soal Aina. Nami hanya mendiamkan diri dan terus menangis. Atasha dan Aina tidak mampu berbuat apa-apa.
Afrine dan Zulhaqq ternampak Nami seorang diri di tempatnya. Lalu Afrine berjalan menuju kearah Nami.
"Nami!" panggil Afrine namun tidak dilayan.
"Nami,awak okey tak ni?" soal Afrine.
Nami tidak menjawab.
"Nami,jawablah. Hati saya resah tau bila tengok awak sedih macam ni. Please jawab," rayu Afrine. Zulhaqq membiarkan Nami dan Afrine dan menuju kearah Atasha.
"Nami?" panggil Afrine.
Nami bangun lalu berlari keluar kelas . Tindakan Nami membuatkan kelas menjadi senyap seketika.
"Kenapa ngan Nami tu?" soal Fadelyn .
"Kenapa tu?" tanya Aizat.
Masing-masing tertanya mengapa dengan Nami?
Nami duduk termenung di pondok berdekatan dengan bangunan kelasnya. Tiba-tiba Afrine duduk di sebelah Nami . Nami hampir terkejut melihat kemunculan Afrine secara tiba-tiba. Tetapi, dia cuba mengawal perasaannya.
"Nami,if you don't mind,can I ask you something? " soal Afrine. Nami mengangguk.
"Awak sedih disebabkan Adrian lagi ke?" .
Nami senyap .
Afrine tiba-tiba melutut di hadapan Nami. Nami terkesima dengan tindakan Afrine. Afrine memandang tepat ke anak mata Nami.
"Nami Aishah binti Ahmad Aezman. Saya,Afrine Raifan bin Dato' Maliki ingin melamar awak menjadi teman wanita saya. Saya sukakan awak sejak kali pertama mata kita bertembung. Saya tak tahan melihat orang yang saya sayang sengsara dan diseksa oleh orang yang tidak pernah ingin menghargai kehadiran awak. Please . Tujuan saya hendak jadikan awak teman wanita saya supaya awak boleh lupakan segala kesedihan dan kesengsaraan yang awak alami, " ujar Afrine.
Nami memandang Afrine dengan pandangan sayu.
"Give me some time,Afrine" jawab Nami. Akhirnya suara Nami terkeluar jua. Afrine tersenyum. Dia tahu bahawa Nami akan terima juga walaubagaimana sekalipun.
Waktu pulang, Adrian memanggil Nami namun Nami tidak mengendahkannya dan berlalu pulang. Hati Adrian semakin risau melihat perubahan Nami yang banyak mendiamkan diri. Setelah mendengar apa yang diberitahu oleh Atasha dan Aina,hati Adrian berasa gelisah . Jangan-jangan memang Nami orang yang mendengar luahan Adrian terhadap Farahani.
*****
Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 4.45 . Nami masih termenung. Kata-kata Afrine masih terngiang-ngiang di fikiran Nami. Patutkah dia terima lamaran Afrine dan lupakan Adrian atau patutkah dia menolak lamaran Afrine dan terus berharap agar Adrian berubah hati? Nami buntu. Bila mengingatkan peristiwa pagi tadi,Nami mula benci dan marah pada Adrian.
Tiba-tiba Samsung J7 Nami bergetar dan ikon Whatsapp muncul. Ada 4 conversation dan 154 messages.
"Mak aihh..apa yang depa duk bualkan sampai seratus lebih ah," Nami monolog sendirian. Whatsapp dibuka. Group diatas sekali ditekan iaitu group Form 4 KK. Terdapat mesej yang dihantar oleh Penolong Kanan HEM iaitu Encik Nasri.
PKHem Cg Nasri: Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 4 yang dikasihi. Saya ada pengumuman hendak diberitahu. Pada malam Jumaat ini iaitu malam esok, 21/6/2016 akan diadakan majlis prom night. Semua pelajar tingkatan 4 SMK Ilmu Alumni dijemput hadir. Para pelajar boleh memakai pakaian ikut suka hati akan tetapi,ianya harus menutup aurat dan menepati syariat Islam dan juga sopan. Majlis akan bermula pada 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Acara ratu dan raja dan cabutan bertuah akan diadakan. Majlis tersebut akan diadakan di Dewan Sri Alumni. Sekian.
Amran 4Delton: Serius, cikgu?! YEAHH!!
Raisha 4Alphavengers: Wohoo! Thanks, Dad!
Zulhaqq: Wah! Bestnyer!
Fadelyn: Tak sabarnya!!
Nuriana 4Alphavengers: Confirm best kalau PKHem Ilmu Alumni yang adakan 😂
Aimin: Hahahaha..Aku sokong!
Shaffe'ie 4Alphavengers: 😂😂Aku sokong kau,Riana!
Nas 4Acc1: Yahoo!
Kamelia 4Acc1: Wehh mesti best!
Dirwani 4 Acc1: Thank you,Papa Nasri!
Haqila 4Acc3: Gomapsumnida,seongsaenim!!
Anina 4Per:Thank you,cikgu ! Mesti best!
Nami tersenyum . Ramai pelajar tingkatan 4 happy . Mana taknya,bukan senang nak buat prom night . Nami yakin prom night kali ni adalah prom night paling meriah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Love Between Me And Him
Novela JuvenilNami Aishah. Jatuh cinta pada sahabat karibnya sendiri,Adrian Muzakkir. Nami tidak pasti bahawa cintanya bertepuk dua belah tangan atau tidak. Kata-kata rakan-rakannya mengenai Adrian menambahkan lagi kelonggaran keyakinan dia terhadap Adrian . Keha...
