Nami melangkah masuk ke sekolah dengan penuh semangat . Dia tak nak berhadapan dengan drama-drama menyampah di sekolah . Buat hilang mood jaa...
**
"Nami, kau tengah buat apa sekarang?" soal Atasha . "Haa? Aku takde benda nak buat kat sekolah . I'm boring," balas Nami sambil melentokkan kepalanya di atas meja . "Nami, kau jangan nak tidur ! Jom pergi jalan-jalan . Mana lah tahu kot-kot ada cikgu perlukan bantuan kita nanti ?" cadang Atasha . Nami diam sejenak . Dia memandang ruang kelasnya . Classmatesnya majority tidur termasuk Afrine dan Zulhaqq ..Laa depa pun takde kerja??
"Hmm..alright!" jawab Nami .
***
Sedang Nami dan Atasha sibuk berjalan keliling sekolah, tiba-tiba Cikgu Alin memanggil nama mereka . "Ada apa,cikgu?" soal Atasha . "Ni haa. Boleh tak korang berdua tolong angkat kotak-kotak ni ke Dewan Sri Alumni ? Sorang bawak dua ya? Adrian dan Farahani pun tolong jugak ni," arah Cikgu Alin . 'Adrian dan Farahani ?'
"Ada apa dalam kotak ni cikgu?" soal Atasha . "Barang-barang nak hias dewan lerr . Nanti sampai kat dewan tu bagi dekat Cikgu Azri dan pengawas yang bertugas . Cakap je yang Cikgu Alin bagi,"jelas Cikgu Alin lagi . Atasha hanya mengangguk lalu mengajak Nami ke dewan .
Di dewan ...
"Wahh!!Pandainya diorang hias dewan ni!" puji Atasha sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam dewan . Nami turut terpegun dengan hiasan di dalam dewan itu . Nami ternampak kelibat Adrian bersama Cikgu Azri .
"Assalamualaikum,cikgu Azri ! Ni kotak-kotak dari Cikgu Alin juga," ujar Atasha . Cikgu Azri menerpa kearah mereka . "Ouhh . Aimin,Nadirah, ambil kotak ni," arah Cikgu Azri . Cikgu Azri turut mengucapkan terima kasih kepada Nami dan Atasha .
"Oh ya ! Nami , Atasha, kamu berdua takde kerja lain ,kan?" soal Cikgu Azri . Nami dan Atasha menggeleng . "Apa kata kamu berdua tolong hias dewan ni jugak ?" cadang Cikgu Azri . "Hmm . Boleh juga . Kau macam mana,Nami?"
"Aku okey jer. Cikgu nak kami tolong apa?" Tanya Nami . "Boleh kamu berdua tolong budak dua orang kat sana tu? Tolong gantungkan belon dan bunga-bunga kat dinding," jawab Cikgu Azri sambil menunding jarinya kearah Adrian dan Farahani yang sedang sibuk menggantungkan belon . Nami dan Atasha hanya mengangguk lalu berjalan kearah mereka berdua .
"Apa yang korang tak siap lagi ?" soal Nami sambil memandang kearah Adrian . Farahani hanya pandang ke bawah kerana malu untuk berhadapan dengan Nami akibat peristiwa semalam . Adrian pula mendiamkan diri sambil memandang kearah lain . Geram juga Nami apabila pertanyaannya tidak dijawab . Nami mengeluh .
"Tuan puteri solehah Farahani Safina dan tuan putera yang alim Adrian Muzakkir , can both of you answer my question ?" soal Nami dalam nada yang lembut . Farahani dan Adrian tersentak dengan panggilan Nami . 'Tuan puteri solehah ? Tuan putera yang alim? Nami perli aku ke ?' Adrian bertanya dalam hati . Mengenangkan kata-katanya yang dihamburkan pada Nami semalam boleh dijadikan logik juga .
Atasha memandang Adrian dan Farahani dengan pandangan bosan . "Err..bunga-bunga tu," jawab Farahani terketar-ketar . Nami mengalihkan pandangannya bunga-bunga hiasan di dalam kotak di sebelah Adrian . Nami mengangguk lalu mengajak Atasha menggantungkan bunga-bunga tersebut . Nami lekas mengambil kerusi plastik 3 tingkat( 3 buah kerusi yang bertindih) lalu menyandarkannya pada dinding . Nami berdiri di atas kerusi tersebut untuk menggantungkan bunga-bunga di dinding bersama riben .
"Nami, be careful . You might fall if you make one wrong step," nasihat Adrian . Nami tersentuh dengan kata-kata Adrian lalu tersenyum . 'Betul apa yang saya cakap . Walaupun awak pentingkan Farahani berbanding saya tapi jauh di sudut hati awak, awak masih ambil berat pasal saya' omel Nami dalam hati . Lain pula dengan Farahani . Farahani cemburu akan Nami . Manakan tidaknya . Dia juga berdiri diatas kerusi tetapi Adrian langsung tidak menasihatinya . Farahani mencebik .
"In Sya Allah, I will," balas Nami sambil tersenyum . Adrian turut tersenyum .
15 minit berlalu dan sudah banyak bunga yang digantungkan oleh Nami . Manakala Farahani masih berdiri di tempat yang sama . "Nami, bunga kotak kelima dah habis . Aku nak pergi ambil kotak-kotak yang lain dengan senior Tajul Muzaffar , jap," ujar Atasha . "Yalah," balas Nami . Kini tiada orang yang memantau Nami . Sewaktu Nami memperbetulkan kedudukan bunga di riben, kaki kirinya tersalah langkah dan dia tidak dapat mengimbangi badannya .
"Allahuakhbar!" jerit Nami . Atasha yang sedang sibuk mengambil kotak-kotak bunga, terkejut melihat Nami yang mula jatuh dari kerusi . "NAMI!!!" jerit Atasha sambil berlari untuk menyambut Nami . Kini kesemua pengawas sudah mula cemas melihat Nami . Nami sempat menoleh kearah Atasha .
'TAK SEMPAT !!!'
Nami memejamkan matanya . Dia tidak dapat bayangkan kesakitan luar biasa yang bakal dia alami selepas ini . Jeritan pengawas perempuan mula memenuhi ruang dewan .
Dan....
Nami berasa hairan kerana tiada kesakitan yang dia alami sebaliknya dia terasa tangan seseorang merangkul tubuhnya yang genit itu . Nami membuka matanya perlahan-lahan . Wajah Adrian mula terpacul di pandangan matanya . Nami mengalihkan pandangannya ke seluruh dewan . Semua mata memandang tepat kearahnya .
Nami memandang semula kearah Adrian . Kini, baru dia sedar bahawa Adrian sedang mendukungnya . Lengannya pula memaut tengkuk Adrian . Wajah Nami berona merah . Atasha menghela nafas lega lalu menghadiahkan senyuman nakal pada Nami . Kesemua pengawas mula lega dan keadaan menjadi tenang .
Nami lekas melepaskan pautannya . Akan tetapi, Adrian masih mendukungnya . Nami mengangkat wajahnya dan memandang tepat ke anak mata Adrian . "Adrian,sampai bila nak dukung Nami tu ? Sampai kahwin ke?" soal Atasha . Adrian dan Nami tersentak . Farahani pula hanya memberi jelingan maut .
Adrian terus melepaskan Nami . "Err..awak okey?" soal Adrian gagap . "Saya okay . Terima kasih sebab selamatkan saya tadi," balas Nami sambil curi-curi pandang pada Adrian . Atasha sudah mula tersenyum melihat Nami dan Adrian . Dah lama dia tak tengok two love birds ni ber'sweet' .
'Nampak gayanya, ada jodoh dua orang ni . Kalau betul ,Alhamdulillah . Aku harap sangat takde jodoh terselit antara Adrian dan Farahani' bisik Atasha dalam hati sambil merenung tajam kearah Farahani .

YOU ARE READING
Love Between Me And Him
Teen FictionNami Aishah. Jatuh cinta pada sahabat karibnya sendiri,Adrian Muzakkir. Nami tidak pasti bahawa cintanya bertepuk dua belah tangan atau tidak. Kata-kata rakan-rakannya mengenai Adrian menambahkan lagi kelonggaran keyakinan dia terhadap Adrian . Keha...