Persembahan Yunita berakhir dengan tepukan dan sorakan para pelajar. Nami juga turut terhibur. Sememangnya Yunita mempunyai kebolehan dan bakat dalam nyanyian. Kini giliran peserta dari kelas 4 Delton. Nami kembali ke tempat duduknya untuk sambung bersembang dengan Adrian namun Adrian tiada di situ.
'Haiii..ke mana pulak si Adrian ni pergi? Merajuk ke?' omel Nami dalam hati.
Dia lekas melangkah ke luar dewan untuk menghirup udara di luar. "Afrine, the time has come. Get ready, " arah Farahani. Afrine melangkah keluar dari dewan dengan perasaan yang bercampur baur. Farahani pula mengekori jejak Nami.
Di luar dewan..
"Hai Nami, " tegur Farahani. Nami membuat reaksi sedikit terkejut. Mana taknya, sedang dia melayan perasaannya, tiba-tiba Farahani muncul dari belakang. "Hai," balas Nami ringkas.
"Emm, mana Adrian? Bukan ke tadi awak elok je bersembang dengan dia?" soal Farahani. "Entahla. Tadi time saya tengah berborak dengan dia, Atasha paksa saya tengok persembahan Yunita pastu bila saya balik ke meja, Adrian dah hilang," jelas Nami.
"Oooo... Dia melepak dengan budak laki kelas awak kot, " teka Farahani. "Ya kot, " sokong Nami. Otak Farahani ligat berfikir bagaimana hendak membawa Nami jauh dari kawasan dewan. Dendam yang disimpan dalam hati bakal terbalas hari ini. Dia tidak sabar ingin melihat Nami sengsara.
'Destroy her and Adrian will be yours'
"Err.. Nami,"panggil Farah . "Ada apa, Farah?" soal Nami. "Boleh awak temankan saya ke kelas 4 SC Alphavengers ? Saya baru teringat yang saya tertinggal buku latihan Addmath kat bawah meja. Boleh tak?" pinta Farahani. "Okay, jom!" jawab Nami tanpa berfikir panjang. Senyuman jahat Farahani meleret di bibirnya.
*****
Di Dewan Sri Alumni...
Adrian terpinga-pinga mencari kelibat Nami di dalam dewan. Setiap rakan Nami disoalnya tentang keberadaan Nami namun jawapan yang diberi hampa. Di luar dewan tiada, di dalam juga tiada. Ke manakah Nami pergi??
Sedang Adrian mencari kelibat Nami, MC majlis, Fadelyn dan Nuryana naik ke atas pentas.
"Assalamualaikum and good night, guys!! Kini tiba masanya untuk acara King and Queen for this year!! Delyn and Yana tengok para hadirin malam ni cantik dan segak belaka. Kitorang jadi rambang mata!! Tak tahu nak pilih yang mana tapi kehadiran pasangan ni telah membuatkan kitorang rasa memang diorang pemenangnya! Nak tahu sapa? Cer teka, " ujar Fadelyn.
Masing² meneka rakan² mereka dan ada yang blur je. Tak tahu nak teka sapa.
"It's, Adrian Muzakkir and Nami Aishah!!!!! Congrats to both of you !!!!" jerit Fadelyn dan Nuryana. Adrian tergamam buat seketika. Tidak sangka dia dan Nami dinobatkan sebagai King and Queen malam itu. Kesemua pelajar memberi tepukan dan mengucapkan tahniah kepada dia dan Nami. "Congrats, Adrian!!" celah Shaffi'ie.
Adrian lekas menaiki pentas namun dia dengan senyuman. Namun di sebalik senyuman itu, terbit jua rasa gelisah Adrian kerana kelibat Nami masih tiada sedangkan namanya dan Nami disebut dari tadi. Fadelyn mengambil mahkota yang dibawa oleh Nuryana lalu meletakkan ke atas kepala Adrian. "Congrats, weyhh!!" ucap Fadelyn . "Wait, mana Nami?" soal Nuryana kepada kesemua pelajar setelah menyedari classmate nya tidak muncul² dari tadi.
Masing² hanya mampu menggelengkan kepala. Pelajar² 4 SC Betarians mula menyeru nama Nami dan mencari di sekeliling dewan. "Ke mana pulak si Nami ni pergi ?" omel Airina. "Tulah. Oh ya! Tasha, masa Yunita menyanyi tadi bukan ke dia ada sekali dengan kau ?" soal Aina. "Ha'ah. Memang masa tu dia ada dengan aku. Tapi, lepas Yunita nyanyi, terus lesap macam tu je, " jawab Atasha.
Mereka semua mula bingung akan kehilangan Nami. "Guys, ada nampak Farah tak ?" soal Hanna secara tiba². "Takde pulak aku nampak si Farah tu. Dia pun hilang jugak ?" jawab Aimin. "Maybe Farahani pi tandas ngan Nami kot sebab dua² hilang ni, " agak Hazimi. "Or diorang pergi berjalan -jalan, " sambung Qaliman. Mereka semua setuju dengan anggapan Hazimi dan Qaliman namun tidak bagi Zulhaqq . 'Ke Farahani selesaikan dendam dia ?' bisik Zulhaqq dalam hati. Dia mula resah setelah kelibat Afrine juga tidak kelihatan sewaktu dalam misi pencarian Nami.
"Kalau macam tu, aku pergi cari diorang berdua lah, " ujar Adrian lalu mengaju langkah ke luar dewan. Zulhaqq juga turut mengikuti jejak Adrian.
"Adrian ! Wait!" jerit Zulhaqq. Adrian menghentikan langkahnya dan berpaling kearah Zulhaqq. "Zul ? Kenapa ni ?" soal Adrian kehairanan. "Adrian, aku rasa Farah nak selesaikan 'kerja' dia, " ujar Zulhaqq. "Hah? Kerja? Apa maksud kau ni, Zul?" . "Farah... Farah.... Farah nak bunuh Nami, " jelas Zulhaqq. "WHAT?!!!!!!" .
******
Nami mula perasan bahawa laluan yang Farahani gunakan bukannya laluan menuju ke kelas 4 SC Alphavengers sebaliknya itu laluan menuju ke padang sekolah. Nami cuba berfikiran positif dengan menganggap bahawa Farahani menggunakan 'shortcut' untuk menuju ke kelasnya. Akan tetapi, padang sekolah semakin jelas di pandangan Nami yang membuatkan dia mula berasa hairan.
"Err, Farah ?" panggil Nami. "Yes ?" . "Bukan ke awak nak pergi ke kelas awak, kan ? Tapi kenapa kita ada kat padang ni ?" soal Nami kehairanan . "Saya terlupa yang saya ada 'kerja' hendak dibereskan kat sini, " jawab Farahani yang langsung tidak memalingkan wajahnya kearah Nami. "Kerja ?" . "Yes. Kerja yang melibatkan awak, " balas Farahani sambil tersenyum jahat.
Nami mengerutkan dahinya. 'Kerja ?' bisik Nami dalam hati. Nami mula berasa tidak sedap hati akan Farahani kerana dia perasan bahawa Farahani hanya diam membisu dan memandang ke hadapan malah siap tersenyum lagi. Perasaan takut mula timbul dalam hati.
"Err, Farah. Saya nak pergi tandas kejap eah. Nanti saya datang balik, " ujar Nami sambil membuka langkah untuk beredar dari situ. Akan tetapi niatnya tidak tercapai apabila tiba² sebuah kereta Audi A8 meluncur laju melintas di hadapan Nami dan berhenti di tengah² padang. Hampir tercabut jantung Nami dibuatnya. Cahaya lampu kereta tersebut dipancarkan tepat ke wajah Farahani dan Nami.
"Kau nak tahu something tak, Nami ?" soal Farahani. Nami semakin takut dengan perubahan Farahani. Farahani berbahasa aku-kau secara tiba². Keayuan, kesopanan dan kelembutan dalam diri Farahani semakin hilang.
"Nami Aishah, sebelum aku mulakan 'kerja' aku, aku nak tanya . Kau kenal tak Hani ?" soal Farahani lalu memalingkan tubuhnya menghadap Nami. 'Hani?' . Nami tidak Hani mana yang dimaksudkan oleh Farahani tetapi hanya seorang Hani yang dia kenal. "Hani mana ni ?" bingung Nami. "Hani yang pernah hadir dalam hidup kau," balas Farahani.
"Aku tahu kau kenal sangat dengan Hani yang aku maksudkan. Mesti kau terkejut kan kalau dapat tahu Hani tu hidup lagi, " ujar Farahani sambil tersenyum jahat. Nami tergamam mendengar kata² Farahani. "Apa maksud awak ni, Farah?" .
Farahani menghampiri Nami dengan renungan tajam. "Kau jangan buat² tak tahu, Nami!! Kau kenal Hani. Hani yang dahulu pernah menjadi sahabat kau sewaktu kecil lagi. Dia mati ketika berusia 13 tahun. Mati bunuh diri sebab sahabat dia!!!" marah Farahani. Hampir tercabut jantung Nami mendengar apa yang disebut oleh Farahani.
"Tak mungkin arwah Hani masih hidup, " kata Nami yang masih belum percaya pada realiti yang berlaku di hadapannya kini. "Hani masih hidup!!! Hani itu adalah aku, Nami! Akulah Hani yang kau sangka sudah mati!" jelas Farahani lagi. Nami terduduk mendengar pengakuan Farahani. Benarkah sahabatnya yang sudah 'mati' kini sedang berdiri tegak di hadapannya.
"Betul ke awak ni Hani?" soal Nami sambil memandang tepat ke wajah Farahani dengan mata yang sudah bertakung dengan air mata. Farahani menunduk dan memegang dagu Nami dengan kasar sambil berkata, "Ya, Nami! Aku Hani! Aku dah kembali Nami! Aku dah kembali untuk membalas dendam yang sudah lama terbuku kat dalam hati aku ni! Dendam terhadap kau!! Aku kembali untuk merampas segala apa yang kau ada, Nami! Terutamanya cinta kau!".
ANDA SEDANG MEMBACA
Love Between Me And Him
Teen FictionNami Aishah. Jatuh cinta pada sahabat karibnya sendiri,Adrian Muzakkir. Nami tidak pasti bahawa cintanya bertepuk dua belah tangan atau tidak. Kata-kata rakan-rakannya mengenai Adrian menambahkan lagi kelonggaran keyakinan dia terhadap Adrian . Keha...
