Sehari sebelum majlis Prom Night...
Semua pelajar tingkatan 4 bebas selama 2 hari kerana semua guru tingkatan 4 ada mesyuarat mengenai persediaan majlis pada malam esok dan juga melibatkan beberapa orang pengawas sekolah tingkatan 4 bagi membantu membuat persiapan .
Di kelas, Nami begitu asyik memikirkan tentang bagaimana hendak mengajak Adrian pergi sekali dengannya memandangkan rumahnya dan rumah Adrian berada dalam satu taman perumahan .
Tiba-tiba Afrine datang menyergahnya . Terkejut Nami dibuatnya .
"Afrine, janganlah buat macam tu lagi ! Terkejut saya, tau tak?" marah Nami .
"Hehe. Sorry,Nami . Lagipun saya Nampak awak duk mengelamun sejak dari pagi lagi . Ni pun mujur saya sergah awak,tau tak? Kalau tak alamatnya sampai habis waktu sekolah la awak duduk mengelamun kat sini," tegur Afrine .
"Hahaha! Saya bukan mengelamun . Saya tengah fikir macam mana nak ajak Adrian pergi sekali dengan saya," ujar Nami .
"Asyik-asyik dia je . Saya tak nak ajak ke?" soal Afrine dalam nada merajuk .
"Alaa. Awak kan dah ada Zulhaqq . Buat apa saya nak ajak awak?"
"Saya tak pergi dengan Zul. Dia dah ada partner dia," ujar Afrine sambil menjeling kearah Zulhaqq yang begitu asyik berbual dengan Atasha .
"Siapa? Atasha?"teka Nami .
"Yalah. Habistu siapa lagi ??"
Nami sedikit tercuit hati melihat Afrine yang tidak ubah seperti kanak-kanak tidak dapat coklat . Childish betul!
Sedang Nami berbual dengan Afrine, dia ternampak kelibat Adrian di hadapan kelasnya . Nami lekas bangun dan berjalan kearah Adrian .
"Adrian!!" panggil Nami .
Adrian berpaling kearahnya . "Ada apa?" soal Adrian sambil tersenyum manis kearah Nami . Afrine pula sudah berpeluk tubuhnya sambil merenung tajam kearah mereka .
"Err...su..sudi..tt..tak.aw..awak pergi kk..ke majlis tu...." belum Nami sempat menghabiskan ayatnya, Farahani muncul . "Adrian,sudi tak awak pergi ke majlis prom night dengan saya?" soal Farahani . Kelas mula senyap dengan kehadiran Farahani yang datang entah dari mana .
"Emm boleh je," balas Adrian sepantas kilat . Farahani tersenyum girang . "Farahani ,Adrian, why not you wait until I finish my word??" soal Nami sambil memandang ke bawah . "Nami, maksud awak?" soal Farahani .
"Awak tak Nampak ke saya sedang bercakap dengan Adrian??" marah Nami . Suaranya mula meninggi . "Awak pun Adrian ! Saya just nak ajak awak pergi sekali dengan saya alang-alang rumah kita dalam satu taman . Kenapa awak tak tunggu saya habiskan ayat saya dulu baru awak jawab soalan Farahani??" marah Nami .
Semua classmates Nami memandang mereka .
"But Nami, kalau awak tanya saya pun,saya takkan pergi dengan awak . Saya yang nak pergi dengan Farahani," balas Adrian dengan beraninya. Nami terduduk mendengar balasan Adrian . Atasha mula mendapatkan Nami .
"So..right now Nami is no more in your heart?? Where is the old of you,Adrian?! So,it's true you love Farahani,right?" balas Nami sambil memandang tepat ke wajah Adrian dan Farahani . Mata Nami bertukar merah kerana menangis . Adrian dan Farahani terkejut . Bagaimana Nami tahu?!
"Dulu awak tak macam ni,Adrian!! Siapa saya pada awak?! Kawan je?! Mesti sekarang awak dah anggap saya ni kawan je kan??! Jawab,Adrian! Saya dah masak dengan semua agenda awak ni ! Awak selalu buat saya sakit hati! Dalam masa yang sama ,awak dah bagi harapan palsu dekat saya! Fake hope,ya know?!" marah Nami lalu bangun dan menghadap Adrian .
"Sekarang saya nak tanya , siapa Farahani pada awak? Siapa saya pada awak?" soal Nami .
Adrian mengeluh berat.
"Farahani,awak pun satu ! Kurang ajar betul !" tengking Nami. Amarahnya sudah melampaui batas .
ZAPPP!
Pipi Nami terasa amat pedih . "ADRIAN!!!!!" jerit classmates Nami serentak termasuk Atasha . Air mata Nami semakin deras mengalir membasahi pipinya .
"Enough,Nami !! Saya dah tak tahan dengan sikap awak ni! Tak Nampak solehah langsung!!! Awak nak dengar jawapan saya ,kan? From now on, you are stranger to me and Farahani is my lover ! Adios!" tengking Adrian lalu bawa Farahani pergi dari situ.
Nami masih diam tidak berkutik . Dia tidak sangka semua ini berlaku . Satu-satunya sahabat yang dia ada pergi meninggalkan dia kerana seorang perempuan . Dunianya terasa gelap .
*****
Adrian hanya merenung ke luar tingkap . Dia masih belum dapat lupakan kata-kata yang dia hamburkan pada Nami .
"Tak nampak solehah langsung!"
Itulah satu-satunya ayat yang paling kasar yang dia hamburkan pada Nami . Bila difikirkan balik,itulah kali pertama dia menghina perempuan . Ego Adrian mula menurun . Dia harap Nami dapat maafkan dia setelah apa yang berlaku sebentar tadi . Adrian memandang langit dari celah-celah tingkap .
'Ya Allah,engkau jauhilah hambaMu ini dari bisikan iblis dan syaitan . Sesungguhnya aku telah menyakiti hati seorang kaum Hawa . Engkau ampunilah dosaku,Ya Allah'
*****
Nami membuka matanya perlahan-lahan . Nami sudah mula sedar dari pengsannya , Atasha yang menyedari Nami lekas memanggil Afrine dan Zulhaqq .
"Nami, kau okey tak ni?" soal Atasha panik .
"Okey . Kenapa aku boleh ada kat bilik rawatan ni?" soal Nami kehairanan .
"Kau pengsan tadi," balas Atasha .
"Nami , macam nilah . Apa kata , awak lupakan aje si Adrian tak guna tu? Sampai bila awak nak kejar dia? Walau sejauh mana pun awak kejar, dia takkan paling dekat awak dah . Di mata dia, dia hanya Nampak Farahani sorang je . Lupakan dia . Better you find someone who loves you with sincerely," cadang Afrine .
"Betul tu," sokong Atasha dan Zulhaqq .
"NO! Saya tak percaya yang Adrian cintakan Farahani ! Saya tahu ! Mesti Farahani yang dah hasut dia! Firasat saya mengatakan bahawa masih ada Adrian yang dulu . Cuma dia terbenam jauh di lubuk hati Adrian . Saya yakin sangat ! Lagipun tadi memang salah saya sebab tak dapat kawal perasaan bila perempuan tu muncul ! Saya tetap akan kejar Adrian !" bantah Nami .
Afrine meraup wajahnya . 'Mission failed!'
"Up to you,Nami . Kitorang cuma tak nak awak sakit hati dengan mamat tu," Atasha mencelah .
******
Kringggg!~
Semua pelajar sedang sibuk mengemas barang masing-masing untuk pulang . Nami pula masih membatu di tempat duduknya . Afrine berjalan menuju kearahnya .
"Nami, jom balik sekali!" ajak Afrine . Nami memandang Afrine . "Hmm..okay," balas Nami lalu menuruti Afrine ke luar sekolah . Ketika mereka berjalan keluar dari kawasan sekolah, Nami ternampak kelibat Farahani dan Adrian .
"Adrian, nanti awak hantar WhatsApp kat saya eh pukul berapa awak nak dating jemput saya . Nanti takut masa saya tengah bersiap tiba-tiba awak datang," pinta Farahani dalam nada sedikit mengada -_-. "Okey," balas Adrian ringkas .
"Sejak bila si Farahani jadi mengada macam tu? Menyampah betul !"sampuk Afrine .
Nami hanya diam dan cuba untuk berlagak tenang meskipun dalam hatinya dilanda ribut taufan . Dia cuba didik hatinya untuk kekal tabah .
YOU ARE READING
Love Between Me And Him
Novela JuvenilNami Aishah. Jatuh cinta pada sahabat karibnya sendiri,Adrian Muzakkir. Nami tidak pasti bahawa cintanya bertepuk dua belah tangan atau tidak. Kata-kata rakan-rakannya mengenai Adrian menambahkan lagi kelonggaran keyakinan dia terhadap Adrian . Keha...