Part 6

546 12 0
                                        

"Nama saya Nami Aishah binti Ahmad Aezman. Sekolah sekali ngan Adrian,SMK Ilmu Alumni. 16 tahun . Form 4 SC Betarians, "jawab Nami. "Ohh..cantik nama Nami. Ambil dari pulau Nami kat Korea tu ker?" Soal Puan Haslin lagi . "Aaa..memang pun. Umi saya yang pilih sebab dia minat dengan Pulau Nami . Tambahan pula Umi saya Korea Islam," jelas Nami. Puan Haslin mengangguk. Melayu-Korea rupanya. Patutlah cantik, putih melepak dan comel pulak tu .

"Nami tidur kat rumah makcik boleh?" soal Puan Haslin . "Err..tapi saya tak inform lagi dekat family saya," . "Call je diorang tak pun wassup," kata Puan Haslin. "Baiklah,makcik, " akur Nami.

Nami:
Assalamualaikum, umi.

Puan Suhara:
Waalaikumsalam. Nami pergi mana? Kaklong Nadine risau tu sebab pukul 7.30 tak nampak lagi kelibat Nami.

Nami:
Maafkan Nami,umi. Kawan Nami cedera tadi sebab kena pukul dengan orang jahat. Nami akan tidur kat rumah dia malam ni. Boleh,kan?

Puan Suhara:
Hah?! Kena pukul?! Astagfirullahalazim ! Macam mana boleh kena pukul tu? Tidur la. Tapi kawan Nami yang mana satu ni?

Nami:
Panjang ceritanya,Umi. Gumawoyo(terima kasih) ,Umi! Adrian Muzakkir.

Puan Suhara:
You're welcome. Kesian Adrian. Kirim salam dekat ibu bapa dia yer?

Nami:
Okey,Umi! Okeylah, Nami nak mandi and solat Maghrib ni. Assalamualaikum.

Puan Suhara:
Waalaikumusalam .

..........

"Jadi ni lah Nami Aishah yer?" soal Encik Qarim, bapa kepada Adrian. "Ye, pakcik," jawab Nami seringkas yang boleh. "Adrian selalu cerita pasal Nami . Dia cakap Nami ni baik lah, muslimah lah," kata Encik Qarim lagi. Nami menunduk malu mendengar kata Encik Qarim.

'Dia takde cakap pun yang dia cerita pasal aku kat family..Aduuu..malunyer' omel Nami dalam hati. "Bukan setakat tu jer,Pa. Ad selalu cerita kat Adry ngan Abang Adham ni pasal Nami. Kitorang selalu tertanya-tanya sape Nami. Terkejut jugak kitorang tengok Nami. Cantik,comel,putih,muslimah..everything lah..perfect. Dah boleh buat menantu ni,Ma," sampuk Adry Mustaqim, abang bongsu Adrian.

"Eh, kamu ni Adry. Ada-ada jer. Kalau ya pun,Mama tak jodohkan kamu ngan Nami. Mama jodohkan ngan Adrian, " balas Puan Haslin sambil tersenyum. "Alaa, Mama ni. Tak adil lah kalau adik dulu yang ada bini, " marah Adham sambil memuncungkan mulutnya . "Laa..suka hati Mama lah nak jodohkan korang ngan sape," balas Puan Haslin. Adry dan Adham membuat muka . Nami tersenyum melihat gelagat mereka. Macam budak² .

Love Between Me And HimTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang