Loceng sekolah mula berbunyi menandakan waktu sekolah sudah tamat . Semua pelajar sibuk mengemas barang untuk pulang . Nami berlari anak menuruni tangga sebaik sahaja habis menolong Puan Mazlin di bilik guru .
"Tu pun kau , Nami !!" jerit Atasha yang sudah mula memikul beg sekolahnya . "Tunggulah aku jap !" rayu Nami sambil mengemas barang-barangnya . "Tak nak ! Bye !" Atasha berdegil lalu berlari meninggalkan Nami keseorangan . "NUR ATASHA FALIA !!" marah Nami . Nami duduk di tempatnya mengenangkan nasibnya ditinggalkan oleh sahabat sendiri .
'Tak guna punya sahabat !' getus Nami dalam hati .
"Assalamualaikum," sapa Adrian yang muncul entah dari mana .
"AAAAAAARGH !!" jerit Nami . Adrian ketawa kecil melihat reaksi Nami . "Nami,it's me, Adrian," ujar Adrian . Nami mengangkat wajahnya perlahan-lahan . Nami menghela nafas lega . Siapa tidak takut bila tiada orang di dalam kelas lepastu tiba-tiba ada suara menyapa . Mau tercabut jantung . "Adrian, please don't do that again ! I'm scared !" marah Nami .
"Hehehe . Sorrylah . Saya takde niat langsung nak takutkan awak . Awak tu yang terkejut," . Nami akui memang salahnya kerana menyangka Adrian itu hantu . "Ni nak Tanya . Bila nak balik ?" soal Adrian . "Nak baliklah ni . Saya keluar lambat sebab marah dengan Atasha," jawab Nami sambal memuncungkan mulutnya .
"Haihh . Nami, awak dah lupa ke yang kita nak balik sama-sama?" soal Adrian . Nami terdiam sejenak . Nami membulatkan matanya . "Ya Allah !! Betullah saya dah janji dengan awak . Ya Allah ! Sorry Adrian," ampun Nami . "Hahahahha. Sokaylah . Dah, jom balik ! Karang ada orang ketiga datang," usik Adrian sambil tersenyum nakal . Nami merenung tajam kearah Adrian . 'Memang nak kena betul mamat ni !' getus Nami .
Mereka berdua tidak sedar bahawa ada sepasang mata sedang memerhati mereka .
'Berani kau, Nami !! Aku takka sesekali biarkan Adrian jatuh cinta pada kau !! NEVER!!' bentak Farahani dalam hati . Hatinya berasa sungguh panas bila melihat Adrian mula curang dengannya .
Sepanjang perjalanan pulang, masing-masing hanya mendiamkan diri sehingga Adrian membuka mulut, "Nami, malam ni awak pergi dengan siapa?" soal Adrian . "Alone," balas Nami selamba . "Kenapa pulak alone? Tak pergi dengan classmates awak, ke?" Tanya Adrian lagi . "Actually , Afrine dah ajak saya pergi sekali dengan dia malam ni , tapi saya yang tak nak . Classmates saya pulak pakat gi ngan partner masing-masing," jelas Nami .
"Nak tak awak pergi dengan saya ?" soal Adrian selamba . Nami tersentak dengan ajukan soalan Adrian . "Habistu, awak nk letak mana si Farahani tu kalau saya pergi dengan awak?" Tanya Nami . "Nanti pandai-pandailah saya bagitahu kat dia," jawab Adrian sambal mengenyitkan matanya pada Nami .
Wajah Nami bertukar merah padam kerana malu apabila Adrian berbuat sedemikian rupa .
'Dah kenapa dengan Adrian ni ? Wayar terputus ke ? Bukan main lagi rapat dengan aku' omel Nami dalam hati . Perubahan sikap Adrian yang sungguh ketara membuatkan hati Nami tertanya-tanya .
Panas hasetti Farahani melihat kemesraan Nami dan Adrian . Buku lima digenggam .
"KURANG AJAR PUNYA PEREMPUAN ! Berani kau menggedik dengan Adrian , ya ?! Takpe . Kau happy la dulu sebab malam ni, akan aku tamatkan riwayat kau, Nami Aishah !" geram Farahani lalu beredar dari situ .
*****
Jam di dinding menunjukkan sudah pukul 6.30 petang . Nami masih mundar-mandir di dalam biliknya . Fikirannya buntu, pening mahu pergi dengan siapa ke majlis prom night di sekolahnya malam ini .
"Adrian ke Afrine ? Kalau aku pilih Afrine, kan Adrian pulak yang patah hati . Pergi dengan Adrian, kan kesian pulak kat Afrine," pening Nami .
Daun pintu bilik Nami dikuak perlahan-lahan . Wajah Naufal muncul .
"Akak, phone akak tertinggal kat ruang tamu tadi and then ada orang call . Nah," . Naufal menghulurkan Samsung J7 milik kakaknya . "Siapa?" soal Nami sambal periksa Call Log di dalam telefonnya .
Nama Afrine berada di atas sekali . "Afrine ? Alahai , dah 10 kali dia call . Mesti penting ni . Kesian Afrine!" Nami menepuk dahinya mengenangkan sikapnya yang cuai kerana tertinggal telefonnya di ruang tamu .
"Thank you, Naufal," ucap Nami lalu menyuruh Naufal keluar dari biliknya.
Assalamualaikum, Afrine . Nami nak mintak maaf sangat sebab xangkat call Afrine . Nami tertinggal phone kat ruang tamu tadi . I am so sorry, Afrine ! -Nami
Waalaikummusalam . Hahahahah . Sokaylah. - Afrine
By the way, kenapa call banyak kali ? Macam penting je - Nami
Oh ya ! Saya xjadi nak pergi dengan awak malam ni . Saya pergi dengan Farahani - Afrine
Farahani ? Budak kelas 4 SC Alphavengers tu ?? - Nami
Hihi..Yes , she is . Sorry, Nami . Ada sesiapa ke nak pergi dengan awak ? Kalau xde boleh awak pergi dengan saya dan Hani -Afrine
"Hani," mulut Nami menyebut perkataan Hani . Dahinya berkerut . Nama 'Hani' itu seolah-olah pernah muncul di dalam hidupnya dahulu . Tanpa Nami sedari, air matanya jatuh mengalir membasahi pipinya .
Nami menerpa kearah sebuah laci yang sudah lama tidak disentuh . Laci itu dibuka . Nami mengambil sekeping gambar dari celah-celah diarinya .
Di dalam gambar itu, terdapat dua orang kanak-kanak perempuan sedang berpelukan . Wajah mereka menunjukkan bahawa mereka amat gembira waktu gambar itu diambil . Seorang memakai gaun berwarna putih manakala seorang lagi memakai gaun berwarna merah jambu . Mata Nami tertancap pada kanak -kanak perempuan yang memakai gaun berwarna merah jambu itu .
Rindunya dia pada waktu itu . Kanak-kanak yang memakai gaun berwarna putih itu adalah dia manakala disebelahnya adalah Hani . Satu-satunya teman rapat yang dia ada semenjak kecil .
"Hani, bukankah terlalu awal awak mati ? Kalau awak tak percayakan kata-kata Alisa , sudah pasti awak masih hidup sampai sekarang," kata Nami dalam nada yang pilu .
ANDA SEDANG MEMBACA
Love Between Me And Him
Roman pour AdolescentsNami Aishah. Jatuh cinta pada sahabat karibnya sendiri,Adrian Muzakkir. Nami tidak pasti bahawa cintanya bertepuk dua belah tangan atau tidak. Kata-kata rakan-rakannya mengenai Adrian menambahkan lagi kelonggaran keyakinan dia terhadap Adrian . Keha...
