Part 20

279 7 0
                                    

Bunyi pintu yang dihempas dengan kuat mengejutkan adik Nami, Naufal Armine yang sedang khusyuk membancuh air milo di dapur.

Naufal menjenguk ke tingkat atas.
'Pehal ngan akak aku tu?' bisik hati Naufal.

Dalam bilik Nami...
Nami membaling beg sekolahnya ke dinding. Dia duduk di hujung biliknya. Kalau ikutkan hati,nak je dia terjun dari beranda . Tetapi disebabkan dia masih berfikiran waras,dia tidak jadi melakukannya .

Air matanya tidak henti mengalir sejak pulang dari sekolah. Rasa pedih di pipi masih terasa. Dia juga terkejut dan tidak sangka bahawa Adrian boleh bertindak sampai ke tahap macam tu. Nami bangun lalu menapak kearah cermin yang terletak di dinding. Tapak tangan besar Adrian jelas kelihatan di pipi kanannya.

Tamparan itu mungkin menyebabkan lebam dan juga bekasnya lambat hilang. Begitu kuat tamparan Adrian. 16 tahun dia hidup,tidak pernah seorang manusia pun termasuk keluarganya pernah menampar. Akan tetapi,hari ini tamparan Adrian menjadi sejarah dalam hidup Nami.

Knock! Knock! "Akak? Akak?" panggil Naufal. Nami menggelabah sebaik mendengar suara adiknya. Dia tahu bagaimana hendak sembunyikan bekas tamparan itu . Mata Nami tetumpu pada purdah yang dihadiahkan oleh kawannya dari Arab. Nami lekas mengambil purdah tersebut dan pakainya.

Naufal memulas tombol pintu berwarna kuning keemasan itu. Naufal duduk di birai katil. Dia melihat kakaknya yang khusyuk memandang ke luar. "Ada apa?" soal Nami. "Akak okey tak? Naufal dengar bunyi pintu kena hempas tadi. Akak ada bergaduh ke?" soal Naufal. ". "Takdelah . Masa pulang tadi , akak nampak ada couple sedang bergaduh . Akak sedih tengok si girlfriend kena maki hamun kat boyfirend dia . Depan orang ramai pulak tu," tipu Nami . Naufal hanya mengangguk menandakan yang dia percaya dengan cerita Nami yang direka semata-mata lalu keluar dari bilik kakaknya . 

Malam itu Nami hanya memakai purdah . Dia langsung tidak membukanya terutama di hadapan ahli keluarganya . Puan Suhara dan Encik Aezman kerap bertanya padanya mengapa matanya bengkak dan juga mengapa dia memakai purdah sedangkan dia berada di dalam rumah bukan di luar . Nami hanya mendiamkan diri . 

Semasa Nami tidur, dia lupa untuk kunci pintu . Puan Suhara dan kakak sulungnya, Nadine menyelinap masuk ke dalam biliknya dengan senyap . Mereka menyelak selimut yang menutupi separuh wajah Nami dan alangkah terkejutnya mereka apabila terdapat kesan lebam dan juga bekas tapak tangan di pipi kanan Nami . Puan Suhara mula risau melihat pipi Nami . Hati dan fikirannya sarat dengan soalan . 

Di ruang tamu...

"Umi . Macam mana ni?" soal Nadine kerisauan . "Umi tak tahu . Esok, kita tanya Nami . Kalau dia tak nak jawab suruh jugak . Umi risau tengok pipi dia tu . Macam kena tampar jer," jawab Puan Suhara . "Hmm..tulah . Nadine risaulah . Takkan cikgu kot yang tampar Nami . Tapi Nami selalu siap kerja sekolah and takde masalah disiplin . Ke dia kena buli?" agak Nadine . Puan Suhara hanya mendiamkan diri kerana tidak tahu perkara yang sebenar .

Love Between Me And HimWhere stories live. Discover now