Petang itu,Nami hanya berkurung dalam bilik. Selera makannya hilang. Hanya solat dan kerja sekolah sahaja dia buat . Keluarga Nami mula risau melihat keadaan Nami lagi-lagi Puan Suhara. Setiap jam,dia pasti akan datang mengetuk pintu bilik Nami. Salam yang diberi langsung tak dijawab.
Nami melihat Samsung J7 nya sekilas lalu. Nama Adrian tertera. Sudah 20 mesej yang dihantar olehnya namun tak dibalas malah langsung tak dilihat . Mesej yang dihantar oleh rakan-rakannya juga tidak dilayan.
Malam itu,Nami merenung ke luar jendela. Nami menangis.
'Ya Allah!Engkau berikanlah kekuatan pada aku untuk tempuhi dugaan engkau,Ya Allah. Aku tak mampu. Aku tak kuat. Tolonglah Ya Allah! Sesungguhnya engkau Maha Mendengar . Engkau dengarkanlah doa daripada hambamu yang semakin tenggelam dalam cinta nafsu rekaan syaitan ini,Ya Allah! Engkau dengarkanlah doa hambamu yang disakiti ini,Ya Allah! Amin ya Rabbal Alamin' doa Nami. Malam itu dia menangis. Hanya sang Pencipta sahaja yang boleh menjadi tempat luahannya.Nami menguatkan dirinya untuk membuka mesej yang dihantar Adrian. Kini mesej itu sudah mencecah 29 .
Adrian:
Assalamualaikum,Nami!
Adrian:
Aiik..Nami?
Adrian:
Where is this girl?
Adrian:
Nami, awak marahkan saya ke pasal kat sekolah tu?
Adrian:
Nami!
Adrian:
Nami ,please! I'm begging you!
Adrian:
Nami,maafkanlah saya.
Adrian:
Nami Aishah binti Ahmad Aezman....Nami hanya membacanya tetapi tidak membalasnya.
Keesokkan harinya...
Waktu rehat..
Nami memberanikan dirinya untuk mengajak Adrian pergi berehat sekali dengan dia. Kebiasaannya, memang dia dan Adrian akan pergi bersama . Disaat Nami ingin masuk ke kelas 4 SC Alphavengers, matanya tertumpu pada Adrian yang sedang bergurau dengan Farahani."Farahani,jom kita rehat sama-sama," ajak Aqish. "Err..never mind..mulai hari ni,saya akan pergi berehat dengan most best boy friend saya ni!" balas Farahani dengan riangnya. Adrian hanya tersenyum. Kerana terlalu memerhati Adrian dan Farahani,Nami tidak perasan yang ada sesuatu bakal menimpa keatasnya.
Beberapa papan kayu yang diletakkan di atas rak kelas Alphavengers semakin menuju ke hujung rak . Bila-bila masa sahaja papan kayu itu akan jatuh terkena Nami. Yunita dan Airina ternampak kayu itu..belum sempat mereka berdua amaran pada Nami , kayu iti sudah jatuh dan...
Pakk!
Bunyi itu mengejutkan semua orang . Nami berasa amat sakit di bahagian atas kepalanya . Adrian memandang Nami. "Nami? Awk ke buat bunyi tu? Are you okay?" Soal Adrian. "S. Sa..sya okey," balas Nami. Tiba² darah merah pekat mula mengalir keluar daripada bahagian dahi atas Nami . Semua orang termasuk Adrian dan Farahani sudah mengerutkan dahi mereka.
Tiba-tiba Nami rebah. Pandangannya semakin kabur...

YOU ARE READING
Love Between Me And Him
Novela JuvenilNami Aishah. Jatuh cinta pada sahabat karibnya sendiri,Adrian Muzakkir. Nami tidak pasti bahawa cintanya bertepuk dua belah tangan atau tidak. Kata-kata rakan-rakannya mengenai Adrian menambahkan lagi kelonggaran keyakinan dia terhadap Adrian . Keha...