Nami Aishah. Jatuh cinta pada sahabat karibnya sendiri,Adrian Muzakkir. Nami tidak pasti bahawa cintanya bertepuk dua belah tangan atau tidak. Kata-kata rakan-rakannya mengenai Adrian menambahkan lagi kelonggaran keyakinan dia terhadap Adrian . Keha...
Nami seperti biasa akan membersihkan kelas sambil menunggu kawan-kawannya datang. Selesai membersihkan kelas,Nami lekas tidur. Penat duh!
Adrian mengintai kelas 4 Sc Betarians. Dia ternampak satu susuk tubuh sedang nyenyak tidur dan ianya Nami. Adrian lekas duduk di sebelahnya. Adrian merenung wajah Nami yang lena dibuai mimpi.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Sungguh cantik wajah Nami ketika sedang tidur bagaikan puteri yang sedang beradu . Semakin lama semakin dekat wajah Adrian dengan wajah Nami. Hazimi dan Aizat yang baru tiba ternampak Adrian. Idea nakal Hazimi muncul lalu dia memberitahu ideanya kepada Aizat.
Hazimi mengeluarkan Iphone 6 nya lalu mengambil gambar Adrian dan Nami dan mereka berdua melangkah masuk ke dalam kelas. "Jangan bergerak! Kami daripada Jabatan Agama Islam! Anda telah dikepung! " jerit Hazimi. Jeritannya mengejutkan Adrian dan Nami. "Kau ni dah kenapa, Zimi?" marah Nami. "Aku saje nak kejutkan kau dengan Adrian," jawab Hazimi. Nami memandang Adrian yang masih terkejut . "Awak pulak kenapa boleh ada kat sini?" soal Nami. "Err..takde pape..sy balik kelas dulu. Assalamualaikum! " kata Adrian lalu berlari keluar .
"Zimi, what's wrong? " soal Nami. "Nami,cuba kau tengok ni," jawab Hazimi sambil memberi Iphone 6 nya kepada Nami. Nami terkejut. Ianya gambar Adrian yang sedang menatap wajahnya. Wajahnya bertukar merah kerana malu. "Wehh! Kau send pic tu kat aku sekarang!" arah Nami . Hazimi menjelirkan lidahnya lalu melarikan diri. Nami mengejarnya dengan sekuat hati . "Ariff Hazimi!!! Come back here! " jerit Nami. Hazimi tidak mempedulikannya dan terus berlari. Maka bermulalah adegan kejar-mengejar di dalam kelas 4 SC Betarians . Aizat ketawa terbahak-bahak melihat sikap dua orang classmate nya yang tidak ubah seperti kanak-kanak 5 tahun .
Nami berhenti kerana penat . Dia perempuan , Hazimi lelaki . Memang berbeza kelajuan masin-masing . Hazimi turut berhenti kerana Nami berhenti . Nafas Nami naik turun dengan pantas . Dia dapat merasa jantungnya berdegup dengan cepat .
"Ikut suka kaulah, Zimi ! Kau nak simpan ker, kau nak viralkan ke gambar tu , kau buat ! Aku kejar kau pun bukannya dapat !" marah Nami lalu keluar daripada kelas . Afrine dan Zulhaqq yang baru tiba menjadi 'blank' ."Zimi, Aizat . What just happened ?" soal Afrine . "Look at this," jawab Hazimi lalu menunjukkan Iphone 6 nya kepada Afrine dan Zulhaqq . Afrine dan Zulhaqq membulatkan mata mereka setelah melihat gambar Nami dan Adrian . Afrine mula marah . Dia harus cepat bertindak sebelum semuanya kembali seperti sedia kala .
Di pondok hadapan makmal komputer..
Nami duduk dalam keadaan memeluk kakinya. Dia merenung lantai simen dengan renungan yang tajam. Wajahnya merah padam kerana terlalu marah akan perbuatan Hazimi. Sejujurnya dia risau jika Hazimi menyebarkan gambar itu kepada semua orang. Bukan dia tak kenal siapa Hazimi tu. Ariff Hazimi bina Alias Yahya. Pengawas paling famous kot kat SMK Ilmu Alumni ni. Sebut nama je confirm orang kenal.
"Nami!" panggil Afrine lalu duduk di sebelah Nami. Namun,Nami tidak menyahut panggilan Afrine. "Hey,what's wrong? " soal Afrine. Nami masih tidak menjawab. "Pasal Hazimi eh?" soal Afrine lagi. Nami mengangguk. "Emm Nami don't worry. Hazimi takkan upload nya. Awak kan classmate dia.. Hazimi tu acah jer..trust me," pujuk Afrine. "Are you sure?" soal Nami. "Yes, I'm sure. By the way awak kan benci Adrian. Kalau awak dah bencikan seseorang tu,awak takkan ambil kisah pun even orang ship awak dengan dia,right?" . Nami mengangguk lemah.
'Yes! Lagi sikit,kau akan berjaya mencapai kemenangan! Nami dah mula membenci kau,Adrian! Tidak lama lagi, kau bakal melihat hati Nami 100% ' bisik Afrine sambil tersenyum jahat.
Selesai kelas Kimia bersama Puan Siti Saleha, pelajar 4 SC Betarians lekas menyimpan barang-barang mereka untuk keluar membeli makanan. Sewaktu melangkah keluar, mata Nami tertarik dengan adegan 'manis'. Adrian dan Farahani bergelak tawa. Sungguh mesra. Dahulu sebelum Farahani muncul, Nami lah satu-satunya gadis yang akan bergelak tawa,berada di sisi Adrian . Kini tempatnya telah diganti oleh Farahani tanpa izinnya.
Rakan-rakan Nami melihat Nami. "Nami? Are you okay?" soal NurYana . Nami menunduk . "Nami," panggil Atasha lalu mendapatkan Nami. "Nami,kau okey tak ni?" soal Atasha . Rakan-rakan Nami yang lain mengerumuni Nami. Nami menangis secara tiba-tiba. Tangisan Nami secara tiba-tiba membuatkan Atasha dan yang lain semakin khuatir. Airina dan Hafiah ternampak Adrian dan Farahani bergelak tawa lalu mereka berdua berbisik mengenai itu kepada rakan-rakan Nami. "Dahulu,aku lah satu-satunya gadis yang selalu berada di sisi Adrian. Kini,Farahani telah mengganti tempat aku . Manusia ni cepat lupa!"jerit Nami lalu berlari meninggalkan rakan-rakannya. "Nami! Wait!!" jerit rakan-rakannya .
Di bumbung sekolah... Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa wajah Nami. Sungguh nyaman. Sedang Nami khusyuk melayan angin yang nyaman, Nami terdengar tapak kaki orang menaiki tangga menuju ke bumbung sekolah. Nami lekas bersembunyi.
Ianya Adrian dan Farahani. Nami ternampak beg plastik yang tertulis Mira Filzah's Shawl . Fikiran Nami menerjah ingatan sewaktu dia meneman Adrian membeli shawl di kedai Mira Filzah's Shawl. Dia masih lagi ingat kata-kata Adrian. Hati Nami mula resah.