Keesokkan paginya...
Semasa sarapan, Puan Suhara dan Nadine bersilih ganti beri isyarat untuk menyoal Nami. Akhirnya Nadine mengaku kalah dan memberanikan dirinya menyoal Nami.
"Errr..Nami, akak nak tanya sesuatu boleh?"
"Apa dia kaklong?"
"Tolong jawab dengan jujur boleh? Apa sebenarnya terjadi dengan pipi kamu?"
Nami menelan air liurnya . Macam mana Kak Nadine boleh tahu? Nadine hanya mendiamkan diri.
"Namk Aishah binti Ahmad Aezman! Answer me!" marah Nadine.
"Apa kena ngan pipi Nami?"
"Jangan sampai kaklong cabut purdah tu!"
"Huh! Okey fine!"
Nami membuka purdah dengan perlahan-lahan. Saat itu,kakak keduanya,Nasya Amyrah ,Naufal dan Encik Aezman terkejut melihat lebam sebesar 50 sen jelas terlihat di pipi kanan Nami.
"Nami..what..happened to your face?" soal Nasya kerisauan.
"Actually... kawan Nami tertampar Nami tanpa sengaja,".
"Sape kawan akak tu? Biar adik pergi balas balik," amuk Naufal.
"Naufal,Kak Nadine,Kak Nasya,Umi,Abah tak perlu tahu siapa kawan Nami tu," .
"Nami! Bagi lah kitorang tahu!" paksa Puan Suhara.
"Umi, Nami tak suka kena paksa. I need time. Nami masuk bilik dulu. Assalamualaikum, "
Nami lekas bangun dan menaiki anak tangga ke tingkat atas . Puan Suhara mengeluh melihat anaknya.
Naufal menghabiskan makanannya lalu naik ke tingkat atas.
Di dalam bilik Nami...
Knock! Knock! Knock!
"Masuklah," . Naufal memulas tombol pintu berwarna kuning keemasan itu. Dia melihat Nami sedang bersantai di beranda biliknya.
"Akak..Naufal nak tanya something ni. Jangan marah eh?"
"Fal nak tanya pasal pipi akak,kan?"
"Hihi..yup,".
"Sebelum Fal tanya, better akak jawab terus. Tapi Naufal jangan bagitahu kat sape-sape termasuk umi ngan Abah. Boleh?"
"No problem,boss!"
Nami menarik nafas panjang dan hembuskan dengan perlahan-lahan. Nami terus menceritakan perkara yang sebenar mengenai apa yang berlaku terhadap pipinya dari A to Z.
Naufal memberi reaksi terkejut mendengar cerita Nami.
"Sian akak kena layan teruk cam tu. Sepatutnya kaum Adam ni kena hormat kaum Hawa bukan memukul. Naufal nak jumpa ngan Abang Adrian. Right now!" bentak Naufal lalu berlari keluar meninggalkan Nami.
Nami tidak berdaya menghalang adiknya. Naufal Armine. Nampak je muda gitu tapi bila angin dia datang,tiada makhluk atas muka bumi ni berjaya halang dia.
Di rumah Adrian...
"Assalamualaikum! " .
"Waalaikumussalam! Naufal?"
"Abang Adrian! Boleh kita berjumpa sekarang?" soal Naufal.
Adrian lekas keluar dan menuju kearah Naufal.
"Ada apa Naufal nak jumpa ngan abang?"
"Abang tau apa yang berlaku kat Kak Nami?"
"Err tak..apa dia?"
"Abang Adrian tak payah bohong lah! Kak Nami dah bagitau semuanya kat Naufal!"
"Apa yang Abang buat kat kakak kamu?"
Terlalu geram dengan layanan Adrian,Naufal terus menumbuk Adrian. Akan tetapi tumbukannya tersalah sasaran. Nami yang muncul secara tiba-tiba terkena tumbukan tersebut. Naufal terkesima. Adrian terkejut.
"K..k..kak Nami?"
Tumbukan Naufal tepat mengenai pipi kiri Nami. Darah mula mengalir keluar dari bibir Nami. Sakitnya! Pada saat itu,Adrian ternampak kesan tamparannya di bahagian pipi kanan Nami. Lebam teruk. Dia mengerutkan dahinya.
"Maafkan,akak. Naufal,jom balik!" arah Nami lalu menarik tangan Naufal pergi meninggalkan Adrian.
'Ya Allah! Begitu teruk sekali keadaan Nami. Apa yang terjadi pada aku?! Kenapa aku jadi sekejam begitu?! Astaghfirullahalazim!' .
ANDA SEDANG MEMBACA
Love Between Me And Him
Ficção AdolescenteNami Aishah. Jatuh cinta pada sahabat karibnya sendiri,Adrian Muzakkir. Nami tidak pasti bahawa cintanya bertepuk dua belah tangan atau tidak. Kata-kata rakan-rakannya mengenai Adrian menambahkan lagi kelonggaran keyakinan dia terhadap Adrian . Keha...
