Part 16

265 6 0
                                        

Selesai merawat luka Nami,Afrine lekas menyimpan kotak mini first aid kit miliknya ke dalam beg. "Nami,awak okey tak ni?" soal Afrine kerisauan kerana Nami tidak bercakap sepatah pun sejak insiden tadi. "Nami,just like I said. Kalau orang yang kita suka tu tak sukakan kita,kita tak boleh buat apa-apa pun melainkan kita hanya mengalah. Come on, Nami. Janganlah bersedih. Saya tak boleh tengok perempuan nangis tau. Kalaulah saya jadi Adrian, saya takkan tolak cinta awak. Yalah,bukan senang nak jumpa perempuan melayu dan muslimah terakhir macam awak ni. Dahla cantik,baik and paling penting dalaman jugak baik," ujar Afrine.

"Saya takkan mengalah, " tiba-tiba Nami bersuara. "Haa keluar pun suara.  Ingatkan dah bisu," ejek Afrine. "Eh awak ni. Saya dah bercakap ni kira okey tau," marah Nami lalu memuncungkan mulutnya. Afrine ketawa. "Walaupun mulut Adrian kata tak sukakan saya,tapi siapa tahu apa yang hati dia cakap? I will never give up," ujar Nami.

"Okey,it's up to you. Tapi janganlah sedih,okey?" balas Afrine. "Okey," kata Nami lalu beri senyuman yang manis pada Afrine.
'Payah jugak nak tawan hati minah ni. Okey sabar. Bila Nami dah terpaut dekat aku,masa tulah aku seksa dia. Hahahaha!' bisik Afrine sambil memberi senyuman jahat.

Malam itu...

Selesai solat Isyak,Nami berdoa pada Yang Esa...
"Ya Allah, ku yakin bahawa takdirmu lebih baik dari semua yang aku inginkan..berikanlah aku kekuatan untuk memahami ini sebagai anugerah darimu,Ya Allah. Ya Allah Ya Tuhanku... Engkau berikanlah kesabaran yang tinggi dan hati yang cekal pada ku untuk menempuh dugaan yang Engkau berikan pada aku..aku mohon padaMu, Ya Allah! Amiin ya Rabbal Alamin," . Saat itu,air mata kesedihan jatuh membasahi pipi Nami.

Keesokkan paginya...

Nami datang ke sekolah seperti biasa. Semasa dia ingin masuk ke kawasan sekolah,Nami ternampak Farahani bersama dengan Adrian. 'Sabar hati. Aku tau kau sakit, kan? Kita cuma kena sabar' bisik Nami dalam hatinya. Tiba-tiba Afrine dan Zulhaqq muncul entah dari mana.  Nami hampir nak menjerit tengok dua sahabat itu muncul secara tiba-tiba. "Afrine! Zulhaqq!  Boleh tak korang jangan muncul camtu lagi?! Terkejut saya!"marah Nami. "Hehehe..maaflah Nami. Janji tak buat lagi," maaf Afrine.

"Hmm..yalah . Jom masuk! "Ajak Nami. Afrine dan Zulhaqq hanya menurut sambil tersenyum.

Di kelas...

"Baru pukul 6.35? Awal jugak kita datang," kata Nami sambil melihat jam tangannya . "Emm jom kita bersihkan kelas kita dulu," ajak Zulhaqq. "Today is not my duty. Today is your duty, Zul and Afrine..I wanna sleep,"jawab Nami .

"Alaa,Nami. Tolonglah kitorang . Please. Nanti kitorang belanja awak icecream Cornetto. Nak?" gesa Afrine. "Betul ni? Kalau camtu okey saya tolong," balas Nami. Afrine dak Zulhaqq melompat keriangan. Dah macam orang terencat akal pulak dua orang ni 😂 . Nami tersenyum .

Ada dua orang pelajar tingkatan 3 sedang asyik bermain kejar-mengejar sehingga mereka tidak sedar yang Nami berada di hadapan mereka. Tak semena-mena Nami dilanggar oleh mereka. Saat Nami hendak terjatuh,badannya sempat disambut oleh Afrine.

Mata Nami dan Afrine bertentangan. Dan pada masa yang sama,Adrian muncul di situ dan melihat segala-galanya . Nami ternampak Adrian. Nami lekas membetulkan posisinya. "Macam habis menari je korang ni," tegur Adrian. "Mana ada. Saya hampir terjatuh tadi.  Thanks, Afrine, "ucap Nami.  Afrine hanya mengangguk lalu masuk ke kelas meninggalkan Nami dan Adrian.

"Emm..macam mana denga lutut dan tangan awak tu?" soal Adrian. "Okey je," jawab Nami acuh tak acuh. "Nami,kenapa awak ni? Dah macam orang lain. Bukan Nami yang saya kenal. What happened to you?" tanya Adrian. "La saya ni ada perubahan ke? Tak perasan pulak. Mungkin ada orang yang telah ubah saya, " sindir Nami.  "Nami! Kenapa awak ni makin lama makin kurang ajar? Awak kerap sindir saya,sindir Farahani and semua orang.  Mana pergi sikap awak yang ceria dan berfikiran positif tu?!" marah Adrian.

"Eh,Adrian Muzakkir! Kalau awak nak tahu kenapa saya berubah sampai macam ni sekali, tanya diri awak tu! Assalamualaikum! " tengking Nami lalu masuk ke kelasnya denga air mata yang mula bertakung di kelopak matanya. Adrian memandang Nami dengan pandangan sayu.

Love Between Me And HimTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang