Part 28

249 4 0
                                        

Di rumah, Nami banyak menghabiskan masa dengan duduk di atas katil sahaja . Tubuhnya seakan-akan malas untuk bergerak . Dia hanya memikirkan mengenai hubungan dia dengan Adrian .

'Betul ke Adrian dah anggap aku ni sebagai stranger dalam hidup dia? TAK! Adrian cakap camtu sebab ego . EGO!! Aku yakin Adrian masih anggap aku seabagai sahabatnya' bisik Nami dalam hati . Dia amat mengharapkan bahawa Adrian masih menganggap dia sebagai sahabat .

Knock ! Knock !

Bunyi ketukan dari luar menghentikan lamunan Nami . "Masuk !" . Wajah Naufal terjengul di muka pintu . Nami lekas mengubah posisinya dari baring ke duduk . "Ada apa?" soal Nami . "Naufal nak cakap sikit dengan akak,"balas Naufal lalu duduk di birai katil Nami .

"Cakaplah," suruh Nami .

"This is about Adrian,about you . About your life ,sis . Akak dengan abang Ad okay?" soal Naufal .

"Okay jer," jawab Nami ringkas .

"Noona, be honest please . Kalau akak nak luah segalanya luah la kak . Naufal sedia mendengar . Akak jangan terus pendam . It's not good for you, noona,"ujar Naufal .

Nami diam sejenak . 'Perlu ke aku bagitahu?'

"Hmm okay. Sebenarnya hubungan akak dengan Adrian tak berapa okay hanya disebabkan oleh Farahani . Hari ni kat sekolah, Adrian tampar akak sebab akak marah dekat Farahani . Masa tulah Adrian anggap akak sebagai stranger pada dia dan Farahani tu sebagai lover dia . Masa tu Allah je tahu betapa peritnya hati akak bila terpaksa telan semua kata-kata tu . Adrian dah banyak kali sakitkan hati tanpa dia sedar hanya disebabkan Farahani . Kadang-kadang mulut akak geram t]nak Tanya kat Adrian yang Farahani tu penting sangat ke pada dia?? 6 tahun akak jadi sahabat dia. 6 tahun akak selalu ada di samping dia tidak kira waktu dia senang atau susah . Shaffi'ie yang kawan dengan dai selama 2 tahun pun tak reti sangat jaga hati dia . Tapi akak ni 6 tahun duduk dengan Adrian . Akak pun dah tahu apa yang Adrian suka dan apa yang Adrian tak suka . Tapi, sejak Farahani muncul kat sekolah akak, terus semua kenangan manis dan pahit akak dengan dia,semua jasa akak pada dia ,dia lupa terus ! Akak hilang satu-satunya sahabat akak disebabkan seorang perempuan," luah Nami .

Nami sudah mula menangis . Kini apa yang dia rasa,apa yang dia pendam sudah pun diluahkan . Naufal juga turut menangis kerana dia faham apa yang Nami alami . Naufal menepuk bahu Nami dengan lembut .

"Akak, Naufal harap abang Ad tu sedar mengenai akak and Naufal harap dia ada jodoh dengan akak . Bila Naufal tengok akak ni, Naufal tahu yang akak cintakan abang Ad ,akak sayangkan abang Ad . Naufal berdoa agar Allah buka pintu hati abang Ad, buka mata abang Ad biar dia sedar siapa permata dan siapa kaca . Be strong ,eh?" nasihat Naufal .

Nami sedikit tersentuh dengan nasihat Naufal . Jarang adiknya beri nasihat padanya kerana selama ini dia yang beri nasihat pada Naufal . "Akak berhenti nangis,eh . Naufal tak boleh tengok orang perempuan nangis lebih-lebih lagi darah daging Naufal,tau?" pujuk Naufal .

Nami memberi senyuman manis pada Naufal . Kali ni bukan fake smile . Hati Naufal tenang apabila kakak kesayangannya memberi senyuman .

*****

Afrine meraup rambutnya . Orang itu telah menghantar WhatsApp kepadanya dan memberi tekanan padanya . "AKU TAK NAK !! AKU TAK NAK !!" jerit Afrine . "Afrine? What's wrong ni,sayang?" soal Datin Shira apabila terdengar jeritan anaknya . "Err...nothing ,ma . Afrine tengah layan movie ni," bohong Afrine .

"Hmm..yalah . Afrine tolong jaga rumah . Mama nak jumpa client jap . Boleh,kan?" soal Datin Shira dari luar . "Boleh jer,ma," jawab Afrine . Datin Shira tersenyum lalu menuruni anak tangga ke tingkat bawah .

Afrine memandang gambar Nami yang dipegangnya . Dia bingung . Dia ada dua pilihan . Maruah keluarga atau nyawa Nami . Kedua-duanya amat penting dalam hidupnya . Rancangannya telah semakin jauh terpesong . Pada asalnya dia ingin mengacau hidup Adrian kerana.....

Fikiran Afrine menerjah ke zaman dia di tahun 6....

Waktu itu dia sudah berkawan baik dengan Adrian namun semuanya musnah apabila perempuan yang Afrine suka menyukai Adrian iaitu Nadirah,classmatesnya yang kini . Meskipun waktu itu masing-masing belum matang namun Afrine menganggap bahawa Adrian telah merampas Nadirah darinya . Waktu itu,Adrian masih belum tahu nama penuh Afrine kerana dia mengenali Afrine dengan panggilan "Rai" iaitu Raifan dan bukannya Afrine . Afrine berdendam terhadap Adrian meskipun Nadirah telah memberitahu bahawa dia sekadar suka-suka sahaja dan bukannya ambil serius mengenai itu . Sejak itu, Afrine dan Adrian berpisah . Afrine membawa diri jauh dari hidup Adrian .

"Aku nak balas dendam pada kau melalui Nami tapi kenapa hati boleh terjatuh cinta pada Nami?! Kalaulah aku dengar cakap Zul,aku takkan jadi bingung macam ni . Sekarang ni aku kena bunuh gadis yang aku cintai ! Kenapa?!" . Afrine terduduk sambil menangis . Dia buntu . Dia mengharapkan pertolongan dari Allah sahaja kali ni . Tiada siapa yang mampu menolong dia pada saat ini .

Kini dia terjebak dalam rancangan orang yang ingin membalas dendam pada Nami ...

Love Between Me And HimTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang