bab 4

564 54 6
                                    

Suasana kafe milik SM Entertainment yang tadinya senyap bertukar menjadi riuh apabila tiba masa makan tengah hari.Semua idol tidak kiralah sunbae mahupun hoobae,semuanya memenuhi persekitaran kafe tersebut.

Exo juga tidak ketinggalan untuk mengisi perut mereka.Roti bakar yang dibuat oleh D.O pagi tadi hanya sekadar menggalas perut mereka sahaja.Sekarang rasa lapar mula menguasai mereka.

"Sehun-ah,tunggulah aku.Janganlah jalan cepat sangat."kata Chen membuatkan Sehun yang sedang berjalan dengan laju berhenti lalu memusingkan badannya memandang Chen dan ahli Exo yang berada tidak jauh darinya.

"Palliwa,hyung.Saya dah lapar sangat ni."Kata-kata Sehun membuatkan ahli Exo yang lain hanya tersenyum,tahu sangat kerenah si maknae tu.

"Ooo...patutlah tadi masa kita berlatih,kau macam tak tumpukan perhatian sangat,ni sebab lapar la ni?"kata Suho pula.Selaku leader,dia sangat mengambil berat tentang latihan mereka.Asal ada sahaja yang bersikap sambalewa,pasti dia akan bertanya masalah.

Sengihan Sehun menguatkan lagi fakta yang keluar dari mulut Suho.Setelah membeli makanan,mereka duduk di tempat kebiasaan mereka di kafe itu.Jumlah mereka yang agak ramai membuatkan mereka mencantum meja di sebelah mereka menjadikan meja mereka dua.

"Comeback kita tinggal beberapa hari je lagi,kan?"tanya Kris sambil menyedut ais americanonya.

"Ha'ah.Tak sabar nak tengok penerimaan diorang terhadap album terbaru ni."Lay menjawab membuatkan semua ahli exo yang lain mengangguk.

"Eii...tak sabarnya!"ujar Kai pula.

Kesemua ahli exo mengangguk kepala menandakan mereka benar-benar setuju dengan apa yang dikatakan oleh Kai.

"Mesti lepas ni kita sibuk dengan fan..."tidak sempat Luhan berkata-kata,bunyi kaca pecah kedengaran dengan kuat.

Suasana kafe yang tadinya riuh dengan para idol tiba-tiba bertukar menjadi senyap.Mereka tergamam dengan apa yang mereka lihat saat itu.Namun ada juga yang masih mencari punca bunyi tersebut.

Ahli Snsd juga tergamam.Bagaimana itu semua boleh berlaku?Seingat mereka,tidak pernah kejadian sebegini terjadi.Malah,ia berlaku kepada leader mereka sendiri,Taeyeon.

Ya,Taeyeon yang sekarang ini,dia juga tergamam.Rasanya,dia sudah berhati-hati tadi,mengapa pula dia boleh terlanggar Siwon yang juga sedang membawa makanan.

"Taeyeon-ah,gwenchana?"Siwon bertanya dengan nada risau.Masakan tidak,sejak dari tadi,Taeyeon seakan-akan senyap.

"Nae,gwenchanayo,sunbaenim.Geogjeonghaji-maseyo."ujar Taeyeon.Rasa bersalah mula menebal dalam dirinya.Sudahlah dia yang bersalah tadi kerana melanggar Siwon,malah membuat Siwon risau juga.

"Naneun asim.Jeongmal gwenchana?"(Lega saya.Betul tak apa-apa?)Siwon bertanya bagi mendapatkan kepastian.

"Nae,sunbaenim.Mugeleul jusyeoseo kamsahamida."(Betul,senior.Terima kasih kerana ambil berat.)Taeyeon cuba untuk tersenyum menandakan dia tidak apa-apa,namun siapa yang mengenali Taeyeon pasti tahu,senyuman yang dibuatnya adalah senyuman terpaksa.

"Unnie!!!"panggilan tersebut membuatkan Taeyeon berpaling ke belakang.Baru dia sedar,kejadian yang berlaku tadi,membuatkan semua orang memandangnya.

Taeyeon menggigit bibir bawahnya lalu menunduk hormat kepada semua orang yang berada di kafe tersebut.Dia tahu itu kesalahannya,jadi wajarlah jika dia menunduk hormat kerana sudah menganggu ketenteraman mereka yang sedang makan tengah hari.

"Unnie,gwenchana?Macam mana boleh terlanggar dengan Siwon Sunbaenim?"tanya Seohyun.

"Unnie tak apa-apalah."kata Taeyeon.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now