bab 20

356 41 11
                                    

Taeyeon membuka matanya perlahan-lahan apabila kedengaran bunyi bising menggamit telinganya.Dia yang pada mulanya malas mengambil tahu terus memutuskan untuk menyambung tidurnya yang terganggu sebentar tadi.Namun apabila sayup-sayup kedengaran namanya seolah-seolah menjadi topik perbincangan,Taeyeon bingkas bangun dari katil.

Sempat matanya menyorot pada jam di dinding yang menunjukkan angka 8.Langkahnya diatur menuju ke bilik air terlebih dahulu.Taeyeon menyapu mukanya dengan air yang mengalir dari sinki berulang kali.Kemudian,dia pun terus mendongakkan kepalanya ke cermin.Dibelek-belek mukanya yang pucat dan matanya yang sembab.Mungkin kerana terlalu banyak menangis.

Taeyeon terimbas kembali kejadian semalam.Kejadian yang tidak pernah dipintanya untuk terjadi.Kejadian yang membuatkan dia tidak tahu akan apa yang harus dilakukannya selepas ini?Mengingat dan memikirkan semua itu hanya membuat air matanya kembali tumpah.

"Besar sangat ke kesalahan saya sampaikan awak pekakkan telinga awak untuk dengar penjelasannya?Salah saya ke semua ni berlaku?Saya tak mintak pun,Baekhyun...Saya tak sangka pertolongan yang saya berikan pada sunbaenim akhirnya menjerat diri saya sendiri.Awak salah faham,Baekhyun...semua ni hanya satu salah faham."ujar Taeyeon perlahan lalu mengesat perlahan air matanya yang mengalir.

Dia membersihkan mukanya buat kali kedua.Kali ini,agak lama dia berbuat begitu bagi mengelakkan rakan-rakannya yang lain bertanyakan apa-apa soalan kepadanya.Setelah itu,dia pun mengelap mukanya yang basah dengan kain yang berada di paku yang diketuk di belakang pintu.

Namun,Taeyeon terlupa bahawa dia hanyalah seorang insan biasa yang tak akan lari daripada mengadapi suka duka dalam kehidupan.Semua itulah yang menjadi rencah yang telah ditetapkan oleh Tuhan kepada manusia.Duka bukanlah bererti kita harus menanggungnya sendirian.

Kerana itulah datangnya seorang sahabat untuk kita kongsi dan meluahkan apa yang kita rasa agar semuanya menjadi lebih ringan.Dan yang paling penting,duka juga bukanlah bererti kita lemah,kerana ianya akan menjadi kekuatan untuk kita tetap meneruskan liku-liku cabaran dalam kehidupan.

Perbualan yang hangat dibincangkan tiba-tiba terdiam.Masing-masing di meja makan tidak mengeluarkan sebarang suara tatkala berbalas pandangan dengan topik yang menjadi perbualan hangat sebentar tadi.Taeyeon tersenyum.Namun,apabila dilihat dari dekat,senyuman itu tiada serinya.

Taeyeon menghampiri mereka lalu mengambil tempat di sebelah Tiffany dan Hyoyeon.Dicapainya sebotol jem lalu disapunya ke atas sekeping roti yang dipegangnya sedari tadi.

"Unnie...macam mana hari ni?Ok?"pertanyaan dari si maknae memecah kesunyian antara mereka bersembilan.Ahli yang lain hanya melemparkan pandangan ke arah Taeyeon.

"Hmm...unnie rasa sihat sikit harini.Cuma...kepala ni jer,sejak dari tadi asyik sakit jer."jelas Taeyeon.

"Kalau macam tu,kau tak payahlah pergi agensi.Kau duduk jer berehat dekat dorm.Nanti kalau ada apa-apa,kau telefon jer manager unnie,ye?"ujar Tiffany pula.Sememangnya dialah rakan yang paling rapat dengan Taeyeon,jadi dia tahu memaksa Taeyeon untuk memberitahu segalanya bukanlah suatu yang mudah untuk dilaksanakan.

"Aku pun fikir macam tu jugak.Nanti takut kalau ada-apa,menyusahkan korang pulak."balas Taeyeon sambil melihat reaksi ahli yang lain.Belum sempat Yuri berkata apa-apa,kata-katanya disampuk seseorang.

"Memang pun.Baguslah kalau sedar diri tu menyusahkan."ujar insan tersebut dengan nada yang sinis.

"Jessica..."dengan lantang Tiffany berkata.Dapat dilihat dadanya turun naik kerana menahan amarah melihat Jessica yang bersikap kurang ajar.

"Apa?Betul lah apa yang aku cakap.Tae kena sedar yang diri dia ni dah banyak menyusahkan kita.Selama ni,aku sabar jer dengan dia kerana masih wujud lagi perasaan hormat aku kepada dia memandangkan dia ketua kumpulan ni.Tapi lepas apa yang berlaku semalam,aku memang tak boleh kawal perasaan aku.

Bila kita tanya apa masalah dia,dia kata tak ada apa-apa.Kau fikir kitorang ni buta ker,Tae?Apa?Kitorang tak boleh nampak yang kau memang ada masalah?Kalau dah tahu,tak boleh kongsi masalah tu dengan kitorang,tak payahlah balik ke sini.Selesaikan jelah masalah kau sendiri.Itu yang kau nak,kan?Then,solve it by yourself..."Jessica berkata dengan nada yang sangat tinggi.Segala apa yang telah terbuku di hatinya selama ini telah diluahkan.Dia tidak kisah seandainya ahli yang lain akan mengatakannya sebagai seorang yang berkurang ajar atau pentingkan diri.Dia tidak kisah...

Tiffany yang berada di sebelahnya hampir sahaja mahu menampar pipi Jessica kalau tidak disebabkan Taeyeon menghalangnya dengan juraian air mata.

"Jangan,Fany."ujar Taeyeon dengan lirih sekali.Kelihatan ahli yang lain sudah pun berdiri dan berwajah ketakutan.Bimbang akan terjadi pertelingkahan yang lebih teruk.

Tiffany mengeluh nafas berat.Dirinya benar-benar jatuh kasihan pada Taeyeon.Ketua yang dulunya dikenali dengan berwajah ceria dan periang kini sudah tiada.Di hadapannya kini hanyalah seorang ketua yang lebih suka memendam perasaannya sendiri.Tiffany tahu ada yang disembunyikan oleh Taeyeon namun dia juga tahu Taeyeon punya hak untuk berdiam dan tidak menceritakan segalanya pada mereka.

Dengan langkah yang perlahan,Taeyeon berjalan menghampiri Jessica.Dia berdiri berhadapan dengan Jessica namun Jessica dengan pantas memalingkan wajahnya ke arah lain.Taeyeon tahu,Jessica bimbangkan dirinya namun dia juga terperangkap dalam rahsia perkahwinannya kerana bukankah dia sudah berjanji kepada Baekhyun untuk tidak memberitahu sesiapa.

"Sica,maafkan aku kalau selama kita berkenalan ni,aku ada sakitkan hati kau.Tak kisahlah sama ada aku sengaja ataupun tak.A...Ak...aku bukan tak nak ceritakan masalah yang aku sedang hadapi sekarang ni,aku nak sangat.Tapi malangnya keadaan sekarang tak mungkin mengizinkan aku berkongsi segalanya dengan korang.Kalau kau tahu apa yang ada dalam hati aku ni,aku pasti yang kau akan faham segalanya.Namun aku sedar,kita hanyalah insan biasa yang tak mungkin dikurniakan sebarang kuasa untuk menilai hati orang lain.

Aku tahu,aku mungkin tak berhak untuk memaksa kau memahami perasaan aku tapi sekali jer,Sica...sekali jer aku minta kau tolong faham keadaan aku.Mungkin aku akan bagitau korang semua apa sebenarnya yang berlaku tapi bukan sekarang kerana aku sendiri pun tak tahu betul ke jalan aku pilih selama ni dan... aku pun tak tahu apa yang harus aku buat selepas ni.Jadi,maafkan aku,korang."ujar Taeyeon lalu berlari menuju ke bilik tidurnya meninggalkan ahli yang lainya terpinga-pinga.

Jessica yang mendengar luahan hati Taeyeon itu pun terus terduduk.Dia rasa bersalah namun mungkin kerana egonya juga terlalu keras,dia hanya diam dan tidak menghalang Taeyeon daripada berlalu ke biliknya.Dia duduk merenung kembali kesalahannya manakala ahli yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain.





I'm terribly sorry for the late update.So,I hope that all of you guys can enjoy read this new chapter.Kalau ada typo,harap diabaikan ye?

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now