bab 25

387 49 13
                                    

Baekhyun melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan Chen dan Kai.Perutnya yang kempis itu diusapnya menandakan dia benar-benar kenyang selepas makan malam yang dibeli oleh manager mereka sebentar tadi.Drama yang baru sahaja bersiaran di televisyen yang terpasang itu menggamit perhatian Baekhyun.Walaupun inilah kali pertama dia menonton drama tersebut,dia sendiri mula menaruh minat terhadap drama yang sering diperkatakan di media massa Korea.

"Best sangat ker cerita ni?Hyung tengok dekat internet tu banyak orang komen tentang drama ni."tanya Suho yang turut melabuhkan punggungnya di atas lantai bersama Chanyeol,Sehun dan Xiumin.Kyungsoo yang baru sahaja siap mengemaskan meja makan turut menyertai mereka.

"Entahlah...tapi aku pun ada dengar macam tu jugak.Tapi tulah...kita ni manalah sempat nak tengok drama-drama ni semua,balik pun kadang-kadang lewat."jawab Lay.

"Tapi...mungkin la kot cerita ni best.Hyung tengoklah siapa pelakon-pelakonnya.Walaupun masih muda,tapi diorang dapat pegang watak tu dengan baik.Tu sebab drama ni dapat rating yang tinggi."jawab Chanyeol pula membuatkan ahli yang lain menganggukkan kepala.Kemungkinan mereka setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Chanyeol.

"Seronoknya diorang dapat melancong di luar negara.Dahlah tempat tu cantik pulak tu."ujar Sehun sambil menggosokkan kedua belah tangannya.Riak wajahnya jelas menunjukkan keterujaannya apabila salah satu babak di dalam drama tersebut dimainkan di luar negara.

Tiba-tiba Suho menjerit membuatkan Baekhyun dan ahli yang lain turut terkejut.Masing-masing menyapa Suho dengan riak wajah yang tertanya-tanya.

"Cakap pasal melancong ni kan membuatkan hyung teringat pada Taeyeon Sunbaenim."ujar Suho sepatah membuatkan masing-masing mengeluh lega.Ingatkan apalah tadi,rupa-rupanya tentang salah seorang ahli Snsd rupanya.Namun mereka yang lain masih lagi menumpukan wajah mereka kepada Suho hanya untuk mendengar cerita yang selanjutnya.

Baekhyun turut melemparkan pandangannya kepada Suho di bawah.Entah kenapa dadanya tiba-tiba berdebar membuatkan dirinya turut berada dalam keadaan cemas.Hatinya berupaya disabarkan untuk mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ketua kumpulan mereka itu.

"Kalau tak silap hyung tadikan,hyung adalah terdengar tentang perbualan ahli Snsd tentang Taeyeon Sunbaenim yang ingin pergi melancong.Tapi hyung tak tahulah dia nak pergi mana."cerita Suho tentang apa yang tidak sengaja didengarinya ketika dia dalam perjalanan ke tandas.

Baekhyun menggigit bibirnya menahan amarah yang bersarang di dadanya.Tanpa setiap orang pun menyedari,Baekhyun mengenggam erat tangannya menandakan dia benar-benar geram dengan perkhabaran tersebut.Dia tidak menyangka,Taeyeon akan mengambil keputusan seperti itu.Bukankah hubungan mereka sedang dalam masalah,jadi kenapa isterinya itu harus melarikan diri tanpa sedikit pun berusaha menyelesaikan masalah yang wujud antara mereka?

Dan ayat yang keluar dari mulut Suho selepas itu benar-benar membuatkan Baekhyun hilang sabar.

"Dan dengarnya,dia nak pergi malam ni jugak..."

💓💓💓💓💓💓💓💓

"Unnie...janganlah pergi lama sangat.Nanti mesti Seo rindukan unnie."ujar Seohyun sambil memeluk erat tubuh Taeyeon membuatkan ahli yang lain menganggukkan kepala mereka.Masing-masing sudah mula menitiskan air mata walaupun pagi tadi,mereka sampai berjanji tak akan menangis ketika kepergian Taeyeon.

Namun siapa yang dapat menahan kehendak hati?Hakikatnya,mereka sudah lama bersama sebagai satu kumpulan.Dari satu pertemuan yang kekok bertukar menjadi sebuah persahabatan yang tiada tandingannya.Apabila mereka tahu,salah seorang dilanda masalah dan bertindak kuat dengan semua...mana mungkin mereka dapat menahan sebak di hati masing-masing.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now