bab 9

566 43 4
                                    

Usai sahaja Taeyeon keluar dari hospital,dia kembali menjalankan tugasnya sebagai seorang artis.Jadualnya padat dengan persembahan duetnya dan Baekhyun.Walaupun Taeyeon sedar,mereka bukan dalam keadaan yang baik,namun demi peminat dan kerja,dia yakin bahawa Baekhyun akan dapat bersikap seperti profesional.

Persembahan di Mcountdown,Music Bank dan Inkigayo mendapat sambutan yang amat memberangsangkan.Benarlah seperti apa yang dikatakan Mr.Choi bahawa lagu duet mereka itu pasti menjadi hit sebaik sahaja dilancarkan.Walaupun tanpa membuat persembahan langsung,mereka berjaya menjuarai carta di anugerah lagu itu.

Taeyeon sekarang sedang bersiap-siap untuk ditemu ramah oleh wartawan bersama Baekhyun.Kelibat wartawan itu yang menghampiri mereka membuatkan mereka segera berdiri,menunduk hormat lantas menyambut salam wartawan tersebut.

"Annyeonghaseyo...Sudah lama rasanya tidak mendengar khabar dari awak berdua.Boleh ceritakan sedikit aktiviti awak berdua sekarang?"ayat-ayat permulaan mula dilantunkan oleh wartawan itu sebaik sahaja duduk.

Taeyeon tersenyum sebelum menjawab.

"Nae...sebenarnya kami berdua baru sahaja melepaskan sebuah lagu duet sempena musim sejuk kali ini.Kami membawakan lagu yang bertajuk different.Jadi agak sibuk jugak lah dengan persembahan dan undangan ke stesen radio."jelas Taeyeon.

"Ohh...different?Kenapa tajuk lagu ini different?Ramai sebenarnya yang nak tahu lagu ini berkisarkan apa?Boleh ceritakan sedikit?"tanya wartawan itu.

"Sebenarnya lagu ini berkisarkan tentang perpisahan.Lagu ini diselitkan dengan pentingnya akan sebuah kesefahaman antara pasangan.Kenapa tajuk lagu ni different?Mungkin sebab perbezaan pendapat antara pasangan merupakan antara faktor utama retaknya sesebuah hubungan atau mungkin perbezaan dari segi penerimaan."jelas Baekhyun.Sesekali matanya melirik ke arah Taeyeon yang turut memandangnya.

"Perbezaan dari segi penerimaan?Maksudnya?"tanya wartawan yang kurang mengerti apa yang ingin disampaikan oleh Baekhyun.

"Maksudnya mungkin sahaja pihak lelaki beria untuk memutuskan sesebuah hubungan namun tidak bagi pihak wanita.Wanita dikenali sebagai insan yang lemah.Jadi apakan daya seorang wanita jika pihak lelaki sendiri yang ingin memutuskan perhubungan.Walaupun si wanita itu tidak sanggup,tapi apa yang boleh dibuatnya?Hanya menerima sahaja perlakuan lelaki itu."jelas Taeyeon sambil matanya pula yang melirik ke sebelah untuk melihat reaksi suaminya.Adakah suaminya akan marah kerana dia telah memerlinya?

Jelas tergambar di muka Baekhyun bahawa dia sungguh terpukul dengan kenyataan Taeyeon itu.Dia tahu benar bahawa Taeyeon jelas memperlinya.Walaupun wartawan di hadapannya ini tidak menunjukkan sebarang reaksi,yalah...bukankah perkara sebenarnya hanya diketahui oleh mereka.

"Ohh...begitu rupanya.Saya tidak sangka bahawa ada maksud yang tersirat sebegitu di dalam lagu different ini.Jadi,Taeyeon-sshi,apa nasihat awak pada si lelaki yang memutuskan hubungan dan pada wanita yang menerima tamparannya?"wartawan itu bertanya.

"Kepada pihak lelaki,ingatlah bahawa perempuan adalah insan yang patut dihargai,disayangi dan dicintai.Perempuan bukan macam tisu.Bila dah guna,dibuang.Bila tak guna,dibiarkan melayang.Percayalah cakap saya,walaupun si lelaki sudah berusaha untuk mencantumkan semula hati seorang perempuan tapi parutnya masih ada dan ia tidak akan kekal semula kepada bentuk asalnya."kata Taeyeon sebelum berdeham.

"Bagi wanita yang disia-siakan pula,saya nasihatkan berhenti menangis untuk hati yang tak sudi.Tapi bangkitlah untuk hati yang sedang menanti.Ingatlah bahawa ada seseorang yang lebih baik menunggu anda.Hanya waktu sahaja yang menentukan.Selama ini saya berpegang pada satu ayat yang saya rasa menarik...Jika dia bukanlah jodoh yang terbaik,jangan pernah menyalahkan takdir.Hanya ingatlah,mungkin dia hanya persinggahan untuk kita kerana kita tidak tahu bila dan di mana perhentian yang sepatutnya dituju."sambung Taeyeon lagi.

"Wau...kata-kata nasihat yang saya rasa cukup menarik.Akhir soalan daripada saya,Baekhyun-sshi..."wartawan itu mengalihkan soalannya kepada Baekhyun pula.

"Kita semua sedia maklum bagaimana hubungan awak dan Taeyeon.Jadi apa yang awak nak katakan dan jika suatu hari nanti anda berdua digandingkan sekali lagi bersama,apa pandangan anda?"tanya wartawan itu.

"Hmm...untuk lagu ni,kami memang tidak ada apa-apa masalah.Kami cuba untuk bersikap profesional dan mengelakkan agar perkara peribadi dan hal kerja bercampur.Jadi,andai nanti suatu hari nanti,kami berkolaborasi bersama sekali lagi,saya rasa ianya bukan satu masalah memandangkan kami sudah pernah bekerjasama.Kan,Taeyeon?"tanya Baekhyun.Sekadar untuk mendapatkan kepastian agar dapat mengaburi mata wartawan itu.

"Nae..."ujar Taeyeon sambil melemparkan senyuman yang dirasakan paling ikhlas sekali.

Wartawan itu mengangguk.Mungkin berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Baekhyun dan Taeyeon itu.

"Jadi saya harap agar lagu ini berjaya menambat hati sesiapa yang mendengarnya,ye?Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan pada Baekhyun dan Taeyeon kerana sudi ditemu ramah."akhiri wartawan itu sambil menunduk hormat.

Taeyeon dan Baekhyun hanya tersenyum lalu mereka juga ikut menunduk hormat.Masing-masing berusaha mengekalkan riak wajah walaupun dalam hati hanya mereka sahaja yang tahu.

------~~~~~~~~~-------------

Taeyeon berjalan keluar dari dormnya menuju ke tepi jalan.Cermin mata hitam diletakkan di matanya sambil dia kelihatan menunggu seseorang.Rambutnya diselak ke belakang telinga agar tidak menganggu penglihatannya yang sedang menunggu seseorang di sebalik keriuhan kereta yang lalu di jalan tersebut.

Taeyeon melirik ke arah jam tangannya.Sudah dua puluh minit berlalu namun bayang yang dinantikan masih tidak kunjung tiba membuatkan Taeyeon mengeluh.Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapannya lalu menurunkan sedikit cermin kereta.

Taeyeon menjenguk untuk melihat gerangan si pemandu kereta.Setelah mengenalpasti,dia pun terus membuka pintu kereta dan duduk di sebelah pemandu.

"Kenapa lambat?Saya dah lama tunggu tahu tak.Janji pukul 3.Ambik..."belum sempat Taeyeon berkata,si pemandu terlebih dahulu memintas.

"Saya mintak maaf.Saya keluar lambat tadi."kata si pemandu.

"Kalau dah tahu diri tu lambat,tak boleh call ker?Saja jer kan nak biarkan saya tercongok jer kat situ."kata-kata Taeyeon membuatkan si pemandu terdiam.Bagaimana hendak membuat panggilan jika nombor telefon Taeyeon dibuangnya.

"Ker...awak dah buang nombor saya?"tanya Taeyeon.

Namun si pemandu masih lagi diam.Hanya memfokuskan pemanduan ke destinasi yang dituju.Tidak tahu hendak berkata apa.Takut pengakuannya hanya akan memburukkan keadaan yang dah sedia buruk.

"Baekhyun!!!"jeritan Taeyeon mengejutkan Baekhyun yang sedang memandu.Panas sungguh hatinya.Adakah soalan yang diberikannya terlalu susah sehinggakan suaminya itu hanya diam membatu.Dia perlukan jawapan bukannya reaksi sebegitu.

"Kalau saya kata,saya dah buang sekalipun,kenapa?Awak ada masalah ker?Jika ya,bagitahu saya..."ujar Baekhyun dengan nada yang sinis.Sebenarnya bukan niatnya hendak berkata sebegitu,namun apabila melihat reaksi dingin Taeyeon di hospital tempoh hari,dia tahu niatnya untuk berbaik dengan Taeyeon semakin kelam.

Taeyeon tergamam.Sungguh mudahnya Baekhyun melupakan dirinya.Dia sedar bahawa dirinya sudah tidak penting dalam hidup lelaki bernama Baekhyun.Dia tahu walaupun dia telah menjadi isteri Baekhyun namun bila-bila masa sahaja gelaran itu boleh diambil kembali.

Taeyeon membuat keputusan untuk berdiam diri.Tiada gunanya untuk dia terus berbalah.Setelah beberapa ketika,Taeyeon pun melelapkan matanya yang sudah penat.Hanya membiarkan Baekhyun yang memandu ke arah destinasi yang dituju...

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now