bab 11

405 50 0
                                    

Taeyeon menutup pintu bilik latihan yang selalu digunakan olehnya dan ahli Snsd yang lain ketika mereka sedang berlatih.Tujuan dia datang ke situ adalah untuk meminta diri sebelum pergi ke rumah Baekhyun.Namun baru dua tiga tapak dia melangkah,Taeyeon terdengar ada orang memanggilnya.

"Ahh...Siwon Sunbaenim rupanya.Ingatkan sapa la tadi.Terkejut saya."ujar Taeyeon apabila kelihatan Siwon sedang berdiri di belakangnya sambil membuat muka pelik.

"Eh,bukan ke patutnya Taeyeon dah balik rumah appa dengan omma?"tanya Siwon membuatkan Taeyeon tersengih.Ingatkan kenapa la membuat muka pelik tadi.Rupanya tertanya-tanya kenapa dia tak pergi lagi rupanya.Nasiblah muka tu hensem.

"Memang pun.Datang ni pun nak bagitau kat diorang.Ala,nak meminta diri sebelum pergi.Lagipun,nak ingatkan diorang juga supaya jaga dorm tu elok-elok.Takut pula nanti balik-balik jer,tengok tinggal rangka rumah jer.Hahaha..."Taeyeon berseloroh membuatkan Siwon yang mendengarnya turut ketawa.

"Hmm...Taeyeon balik ni berapa hari?Kenapa?Omma dan appa Taeyeon sakit ker?"tanya Siwon dengan nada prihatin.

"Eh,tak delah.Saya saje jer balik.Dah rindu sangat dengan diorang.Lagipun diorang ada lagikan,dah jadi tanggungjawab kita untuk jaga diorang walau macam mana sibuk pun kita.Takut nanti bila diorang dah tak de,menangis tak berlagu pulak."ujar Taeyeon sambil kakinya dilangkah menuju ke arah tangga.Sesekali turun ikut tangga pun apa salahnya.Boleh bersenam sikit,kan?

"Betul kata Taeyeon tu.Sunbae setuju sangat.Itulah tanggungjawab kita sebagai anak,kan?"kata Siwon.Jujur dikatakan dia begitu tabik dengan sikap dan peribadi Taeyeon.Walau sesibuk mana pun latihannya,pasti dia akan mencuri masa untuk pulang ke rumah omma dan appanya.Seringkali juga dia terlihat ahli kumpulan Snsd tanpa Taeyeon.Bila ditanya saja,pasti jawapannya Taeyeon pulang ke rumah orang tuanya.

"Untung omma dan appa Taeyeon dapat anak macam Taeyeon."ujar Siwon sambil tangannya menggosok lembut kepala Taeyeon itu.Jika dilihat ibarat seorang abang sedang memanjai adiknya.Tidak hairanlah kerana sesungguhnya Taeyeon merupakan adik kesayangan buat Super Junior.Bukan sahaja itu,malah Taeyeon juga merupakan sunbae kesayangan bagi para hoobae.

"He he he...Janganlah puji Tae sampai macam tu sekali.Merah dah muka Tae ni."bidas Taeyeon.

"Hmm...sunbaenim,Tae pergi dulu.Takut lambat pulak nanti sampai rumah Bae..."dengan pantas Taeyeon menutup mulutnya.Aduh...macam mana boleh terlepas ni?Nasib baik tak cakap penuh.Alahai mulut...asal la masa-masa ni jugak kau nak buat hal?

"Apa Tae?"Siwon bertanya.Rasanya dia ada mendengar seperti Taeyeon berkata sesuatu namun tidak pula dia dapat menangkap perkataan yang keluar dari mulut Taeyeon itu.

"Hahah...tak ada apalah.Tae pergi dulu lah.Jumpa nanti.Annyeong..."Taeyeon menunduk hormat kepada Siwon sebelum melangkah menuruni tangga.Namun entah di mana silapnya,Taeyeon hampir-hampir sahaja tersadung.Untung Siwon yang berada di situ bertindak pantas lalu mendakap kemas tubuh Taeyeon daripada jatuh.Taeyeon tergamam.Begitu juga dengan Siwon.

"Taeyeon-ah,gwenchana?"tanya Siwon dengan cemasnya.

"Nae..."Taeyeon berkata sepatah memandangkan dia benar-benar terkejut dengan peristiwa tadi.Kejadian yang berlaku cukup pantas sehinggakan dirasakan jantungnya hampir sahaja terkeluar.

"Sunbaenim...terima kasih sebab selamatkan saya.Kalau tak ada sunbaenim tadi,saya rasa saya dah jatuh ke bawah dah tadi."sambung Taeyeon lagi.Walaupun dia sudah berdiri,namun dirasakan kakinya seakan menggeletar.Mungkin kesan terkejut tadi.

"Sama-sama.Tae hati-hati,ye?Jangan terburu-buru sangat."nasihat Siwon kepada Taeyeon yang cuba untuk tersenyum itu.

Taeyeon hanya mengangguk menandakan dia membalas nasihat yang diujarkan oleh Siwon itu.Setelah memohon diri,Taeyeon kembali menuruni tangga ke tingkat satu.Walaupun sudah berkali-kali,Siwon memujuknya agar biar dia sahaja yang menemani Taeyeon ke kereta.Namun Taeyeon menolak.Alasannya,dia tidak ingin menyusahkan Siwon yang sudah pun membantunya tadi.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now