bab 7

565 49 4
                                    

Hari ini 25 Disember,musim sejuk telah tiba,menyapa penduduk Korea Selatan.Kelihatan salji telah mula memenuhi negeri ginseng itu.Korea Selatan dibaluti dengan selimut berwarna putih.

"Ahh...cantiknya."kata Taeyeon di hadapan bangunan SM Entertainment bersama dengan ahli Snsd yang lain.

"Betul tu,Taeyeon."kata Sunny seraya mendongak melihat titisan salji yang sedang turun.

Taeyeon memeluk baju sejuk yang membalut dirinya.Topi beanienya dibetulkan.Dia memejamkan matanya,menghayati titisan salji yang sekali sekala turun ke pipinya.Bukan dia tidak pernah merasakan musim sejuk,namun tahun ini adalah tahun yang istimewa baginya kerana musim sejuk kali ini membawakan dia gelaran yang baru iaitu seorang isteri.

"Taeyeon-ah,jomlah kita masuk.Sejuk ni."kata Tiffany seraya memandang ahli yang lain.

"Takpelah,korang masuklah dulu.Aku nak berdiri kat sini kejap.Nanti aku masuklah...,ye"kata Taeyeon masih memejam matanya.

Tiffany mengisyaratkan ahli yang lain supaya masuk,meninggalkan dirinya bersama Taeyeon.Jessica yang melihat itu terus menyuruh ahli yang lain supaya masuk ke dalam terlebih dahulu.Dia tahu pasti ada yang ingin dibincangkan oleh mereka berdua.Jessica memandang leadernya itu,dia tahu Taeyeon ada masalah,namun sikap Taeyeon yang suka memendam perasaan,menghalang mereka semua untuk menyelami isi hati Taeyeon.

Setelah memastikan ahli yang lain telah masuk,Tiffany berdeham buat seketika.Menyedari hal itu,Taeyeon membuka matanya.

"Kenapa kau tak masuk?Nanti kau sejuk."kata Taeyeon memandang Tiffany dengan pandangan redup.

"Habis tu,kau nak aku tinggalkan kau kat sini seorang?Cukuplah,Taeyeon.Cukup..."kata Tiffany.

"Apa maksud kau ni?"Taeyeon bertanya.Dia tidak faham dengan apa yang Tiffany cuba sampaikan.

"Cukup seksa diri kau.Cukuplah pendam masalah kau.Kau ingat kitorang tak tahu,bahawa kau dalam masalah?"Tiffany seakan-akan ingin menjerit.Memberitahu bahawa dia dan ahli yang lain cukup risaukan Taeyeon.

"Apa yang kau merepek ni?Aku tak apa-apalah."kata Taeyeon.Dia sebolehnya tidak ingin masalahnya diketahui oleh orang lain.Walaupun ahli kumpulannya sendiri.

"Tak apa-apa?Dengan keadaan kau yang cengkung...kurus,kau masih lagi menafikan.Kau tak anggap kitorang sebagai kawan kau ker?"ujar Tiffany.Dia sebenarnya bimbang dengan keadaan Taeyeon yang sebenarnya.Mana Taeyeon yang dulu?

"Tak...aku tak pernah anggap korang macam tu.Aku sayang korang.Koranglah kawan aku yang paling baik aku pernah kenal...pernah ada.Cuma aku tak bersedia nak cakap masalah aku ni.Aku..."Taeyeon menangis.Dia tidak pernah tahu bahawa dirinya selalu menjadi tumpuan mereka.Betapa dia bersalah kerana telah membuat mereka risaukannya.

Tiffany menyeka air mata rakannya itu.Dia juga turut menangis.Walaupun dia sendiri tidak tahu masalah apa yang Taeyeon alami,namun dengan melihat Taeyeon sekarang cukup menggambarkan keperitan hidup Taeyeon.Dia memeluk Taeyeon agar beban yang ditanggung oleh rakannya itu,dapat dirasainya.Walaupun sebenarnya tidak.

"Maafkan aku kalau aku terlalu memaksa.Tapi niat aku baik,aku tak nak kau seksa diri kau seorang.Waktu kitorang ada masalah,kaulah yang selalu pinjam telinga untuk dengar masalah kitorang,di bahu kau jugaklah kitorang menangis.Jadi saat kau ada masalah,kitorang tak nak jadi kawan yang pentingkan diri.Kau sedar tak,kebelakangan ni,dorm kita terlalu sunyi.Bukan macam dulu.Aku rindukan suasana yang dulu,saat kita selalu mengusik antara satu sama lain."kata Tiffany selepas merungkaikan pelukannya.

"Kalau kau dah bersedia untuk bercerita,kau cakap sahaja.Kau tahukan kitorang ni selalu ada untuk kau.Kitorang sayangkan kau,Taeyeon...terlalu sayangkan kau."ujar Tiffany.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now