bab 27

260 38 10
                                    

Minggu ketiga bulan November hampir sahaja melabuhkan tirainya.Ini bermakna sudah hampir sebulan jugalah Taeyeon hilang tanpa khabar berita.Sudah puas dia mengintip dari jauh dorm Snsd,namun kelibat Taeyeon tidak pernah kelihatan...sudah puas juga dia mencari di bilik latihan milik Snsd,namun orang yang dicarinya tetap juga tiada.Dirinya hampir sahaja berputus asa.Di mana lagi dia harus mencari isterinya itu?Di mana lagi harus ditujuinya hanya untuk menebus segala kesalahannya?

Sepanjang sebulan ini,terlalu banyak perkara yang terjadi yang membuatkan dirinya merasa terlalu bodoh.Bodoh kerana terlalu senangnya membuang permata yang bernilai hanya kerana terdapat sedikit goresan padanya.Bodoh kerana dia tidak tahu bagaimana untuk menjaga permata itu sehinggakan permata itu hilang.Bodoh kerana sepanjang permata itu berada padanya,dia hanya tahu membandingkan dengan permata yang lain...

Baekhyun hanya melihat peti televisyen di hadapannya ini dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Walaupun berita itu sudah jemu didengar oleh orang lain namun tidak baginya kerana berita itulah yang menyedarkannya bahawa permata yang hilang itu adalah sesuatu yang amat berharga.Benarlah kata orang,bila 'dia' tidak ada lagi di hadapan mata kita,barulah kita faham apa itu makna kehilangan...apa itu makna rindu kerana sesungguhnya itulah yang Baekhyun rasakan sekarang.

Berita tentang Siwon yang ditangkap oleh paparazi sedang keluar sambil berpegangan tangan dengan seorang artis Korea terkenal dipandang sepi.Berita itu sudah pun menjadi topik hangat antara warga Korea dan peminat Super Junior di luar negara.Dan yang paling hangat sekarang ini sudah tentulah ucapan terima kasih Siwon kepada Taeyeon yang banyak membantunya sebagai orang tengah dalam perhubungan mereka.Taeyeon juga orang yang membantunya dalam mengenali hati seorang wanita.Hal itu bukan sahaja mengejutkan penggemar K-pop namun juga Baekhyun.Hatinya bagai ditusuk dengan pisau berulang-ulang kali saat pertama kali mendengarnya.

Dia tidak pernah menyangka segala kata-kata manis yang pernah dibacanya dulu di telefon bimbit Taeyeon itu adalah bukti segala pertolongan isterinya kepada Siwon.Disebabkan itu,dengan mudahnya,dia menghalau Taeyeon dan dengan mudahnya dia menuturkan kata-kata kesat kepada Taeyeon.Air mata penyesalan yang entah untuk keberapa kalinya terjatuh di pipinya.Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa menyesalnya dia berkata seperti itu...

Baekhyun lantas bangkit lalu berlalu ke biliknya.Sempat lagi dia menghulurkan sebuah senyuman kepada Chanyeol namun rakannya itu hanya beriak biasa dan terus meneruskan aktivitinya.Baekhyun tahu pasti sukar untuk Chanyeol dan ahli yang lain menerimanya semula.Hanya Suho sahaja yang cuba untuk berbuat baik padanya namun dia tidak pernah menyalahkan mereka kerana dia tahu semua yang berlaku ini adalah berpunca darinya.Baekhyun lantas menutup pintu biliknya lalu beralih ke katil.Dia duduk termenung di situ sebelum teringat akan satu perkara.Bagaimana dia boleh lupa dengan perkara itu?

Surat...surat yang pernah diberi oleh Taeyeon beberapa hari sebelum kehilangannya.Dia membuka lacinya satu persatu dan meneroka setiap isi dalamnya.Puas dikerah otaknya untuk mengingat di mana dia meletakkan surat itu kerana pada mulanya dia bercadang untuk membakar sahaja surat itu namun dia terlupa.Tiba-tiba matanya terpandang pada sepucuk surat yang masih kemas di antara kertas-kertas muzik dalam lacinya.Dengan pantas diambil lalu punggungnya dilabuhkan pada katilnya semula.Dengan perlahan-lahan,surat itu dibuka...

Byun Baekhyun...

Tak pernah terjangka dek akal fikiran saya bahawa saya akan menaruh perasaan pada awak.Jujur saya katakan,kali pertama kita bertemu,rasa cinta tidak pernah hadir dalam diri saya kerana saya menganggap awak sama seperti hoobae yang lain.Namun...awak mencabar saya dengan keberanian yang awak miliki dan walaupun sudah puas saya menolak,takdir Tuhan tiada siapa dapat menduga.Awak tahu awak tidak bertepuk sebelah tangan dan dengan mudahnya,awak memberi segala kata-kata manis hanya untuk menyakinkan saya.

Dan...semakin mengenali awak,saya benar-benar tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya amat menyayangi awak dan tidak mahu kehilangan awak.Bersama masa yang terlalu cepat berlalu,perasaan sayang ini lama kelamaan bertukar menjadi sebuah cinta.Dalam pada itu,saya merasa bersyukur kerana walaupun saya tidak seberuntung kupu-kupu yang telah diciptakan untuk memiliki banyak warna tetapi saya sangat bersyukur dapat memiliki awak.Terasa saya ingin hidup seratus tahun lagi hanya untuk...bersama awak.

Namun akhirnya,bila saya telah memberi segala harapan dan hati saya,awak mencampaknya seolah-olah ia tidak berharga di mata awak.Awak memberi saya harapan yang sangat besar namun dalam diam,awak juga yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.Saya sedih bila awak kata yang hubungan kita selama ini tiada masa depan...tapi siapa awak?Siapa awak untuk menentukan masa depan kita?Bagaimana awak tahu pengakhirannya jika awak sendiri pun tak nak berjuang mempertahankan cinta kita?Saya tak kisah walau semua orang menentang cinta kita...saya tak kisah kalau semua orang menjauhi diri saya...biarlah semua itu tetapi kalau awak sendiri telah pun berputus asa,jadi bagaimana dengan saya?

Saya terlalu bencikan awak tapi semua tu buatkan saya terfikir,bagaimana saya harus bencikan awak sedangkan hampir setiap hari saya merindui awak.Hampir setiap hari...hanya nama awak je yang menjadi peneman ketika itu...dan hampir setiap hari...saya mengingati awak.Dan...saya fikirkan,bila kita disatukan,ianya akan jadi satu permulaan baharu untuk saya.Saya terlalu berharap agar awak dapat menimbangi semula keputusan awak dulu...saya terlalu berharap agar rasa cinta awak pada saya dulu tidak pernah berubah namun...saya tersilap.Di saat awak melakukan banyak perkara yang menyakitkan hati saya,barulah saya tahu semua tu tak akan berlaku.Apa yang saya fikirkan adalah hampir mustahil dan...di saat awak menghalau saya pada malam itu,perkara pertama yang tak akan saya boleh lupa ialah ketika awak menuturkan yang tak pernah cintakan saya.Awak tahu tak betapa sakitnya hati saya?awak tahu tak betapa pedihnya hati saya?

Baek...saya berdoa supaya satu hari nanti awak akan memahami erti cinta yang sebenarnya supaya satu hari nanti,awak dapat rasakan apa yang saya rasakan selama ini.Dan...semoga awak tidak pernah terlewat untuk menghargainya.Saya tak pernah kesal dipertemukan dengan awak kerana saya percaya,andai benar kita punya jodoh...awak akan kembali semula pada saya.Itu bukanlah harapan saya kerana saya ingin belajar untuk pasrah dengan ketentuan Tuhan..saya yakin Dia telah merancang yang sebaiknya untuk kita berdua.Dan...kalaupun awak tak akan pernah kembali pada saya..saya percaya mungkin itu yang terbaik..

Selamat tinggal,Byun Baekhyun...

Air mata yang sudah kering kini kembali tumpah.Baekhyun menangis teresak-esak sambil memegang dadanya.Surat itu tidak mampu untuk dipegangnya lalu dibiarkan terjatuh ke lantai.Terasa jantungnya sudah tidak mampu lagi untuk mengepam.Dirasanya ketika ini seolah-olah dihempap oleh sesuatu yang amat berat yang membuatnya tidak mampu untuk bernafas.Kebenaran yang terlalu pahit untuk ditelan...kini telah pun memerangkap dirinya.

"Maafkan saya,Taeyeon...saya terlalu bodoh menjaga hati awak...maafkan saya.Pulanglah semula pada saya walau di mana sahaja awak berada saat ini.Pulanglah...saya perlukan awak dan...saya cintakan awak.Saya janji lepas ni saya akan jaga awak dan tak akan pernah lukakan hati awak lagi..."ujar Baekhyun sambil menangis teresak-esak sambil mindanya ligat memutarkan perkara-perkara yang dilakukan sepanjang perkenalannya dengan Taeyeon namun pada di saat ini  baru dia tersedar bahawa selama itu jugalah,tidak pernah sekali dia cuba untuk membahagiakan Taeyeon.Walaupun begitu,perasaan Taeyeon padanya tetap tidak berubah.

Adakah perkataan 'terlambat' sesuai untuk menggambarkan situasi Baekhyun sekarang?Adakah Baekhyun sudah terlambat untuk memohon maaf?Adakah Baekhyun sudah terlambat untuk memperbaiki segala-galanya?Namun bukankah lebih baik terlambat dari terus berputus asa,bukan?








Another update for my readers...so korang suka tak??😂😂

Jangan lupa:

Vote✔
Comment✔

Dan..klo korng ada bnda nk tnya or nk bgi pndapat,just drop your's here,ok?👉👈

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now