bab 19

333 46 16
                                    

"Tak pernah sekalipun terbit rasa cinta dalam diri aku untuk kau."

Taeyeon melangkah keluar dari rumah Baekhyun dengan langkah yang amat berat.Hujan lebat yang turun seakan-akan menangisinya pada malam itu.Taeyeon memandang ke arah langit dan membiarkan hujan yang turun membasahinya.

Dia berharap agar hujan yang turun dapat menghapus kesedihannya namun dia tahu ianya amat mustahil.Bagaimana mungkin ia boleh menghapuskan luka yang terpalit di hatinya.Taeyeon lantas menuju ke keretanya.

Namun di saat dia hendak membuka pintu keretanya,dia jatuh terduduk.Dirinya benar-benar tidak kuat untuk melangkah lagi.Taeyeon menangis sepuas-puasnya sambil dibasahi hujan yang kelihatan tiada tanda-tanda untuk berhenti.

FLASHBACK

"Tae...sebelum eomonim balik ni,eomonim ada benda sikit nak cakap dengan Tae."ujar Puan Byun ketika Taeyeon sedang membantunya mengemaskan pakaian ke dalam bagasi.Baekhyun dan Encik Byun pula sedang berbual-bual di ruang bawah.

"Ada apa eomonim?"tanya Taeyeon.Niatnya untuk memasukkan pakaian ke dalam bagasi terbantut.Dia memusatkan seluruh pandangannya ke arah Puan Byun.

"Tae tahukan yang eomonim sayang sangat dekat Tae?Eomonin tak pernah anggap Tae macam menantu eomonim sebaliknya eomonim anggap Tae macam anak eomonim sendiri.Tahu kan?"tanya Puan Byun sambil memegang erat jari jemari menantunya itu.

Taeyeon hanya mengangguk dan melemparkan secebis senyuman tanda dia membalas pertanyaan Puan Byun tersebut.Dia juga membalas pegangan Puan Byun.

"Kalau macam tu,bolehkan kalau Tae tunaikan satu harapan eomonim?"tanya Puan Byun.

"Sudah tentu,eomonim.Apa sahaja yang eomonim nak,eomonim katakan jer.Pasti Tae akan tunaikan."tutur Taeyeon ikhlas.

"Eomonim harap sangat yang perkahwinan kamu dengan Baekhyun akan berjalan dengan baik.Eomonim tak meminta banyak cuma eomonim nak yang terbaik untuk anak-anak eomonim.Eomonim tahu yang Baek ada melukai hati kamu tapi eomonim harap sangat yang kamu dapat bersabar dengan kerenahnya.

Mungkin,suatu hari nanti,jika kamu dah tak boleh bertahan dengan Baekhyun,Tae fikirkanlah eomonim,ye?Eomonim tak nak orang lain sebagai menantu eomonim kerana eomonim hanya nak Tae sahaja.Bolehkan,sayang?"tanya Puan Byun dengan nada yang lirih.

Tae tidak menjawab.Dia terus sahaja memeluk tubuh tua di hadapannya ini.Dia menitiskan air mata.

"Tae janji eomonim."ujar Taeyeon.

END FLASHBACK

Memori perbualannya dengan Puan Byun terus-terusan berulang di kotak fikirannya.Mengingatkan janji yang dibuatnya itu membuatkan hati Taeyeon merasa lebih pedih.

"Eomonim..."panggil Taeyeon dalam lebatnya hujan yang menimpanya.

"Tae minta maaf kerana Tae tak dapat menunaikan hasrat eomonim.Tae dah tak mungkin dapat bertahan dengan semua ni.Tae tak kuat untuk terus menghadapi semua ni kerana ianya terlalu berat untuk Tae.Tae tak kuat,eomonim..."dengan lirih Taeyeon bersuara.

Dia menekupkan kedua tapak tangannya ke muka.Baju yang basah tidak dipedulikannya.
Taeyeon kembali menangis.Namun hanya seketika apabila kekuatan yang tadinya hilang terus datang untuk menguatkannya.Dia bingkas bangun lalu menyapu kasar air mata yang menitik di pipinya.

"Baekhyun,kalau awak ada di sebalik pintu tu,saya harap awak dapat dengar apa yang saya nak cakapkan.Bukan ker awak kata yang awak tak pernah cintakan saya?Jadi,selama ni siapa saya di hati awak?Pernah tak selama kita berkenalan,sedetik sahaja awak fikirkan perasaan saya?"Taeyeon meluahkan perasaannya.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now