bab 1

1.3K 62 4
                                    

Para wartawan sekarang ini sedang sibuk untuk membetulkan kamera masing-masing agar dapat menangkap sudut yang terbaik.

"Apalah tujuan SM Entertainment buat press conference nikan?"tanya wartawan hiburan yang memang sudah dikenali di kalangan para artis Korea.

"Entahlah...aku pun tak tahu.Tapi...mungkin ianya berkaitan dengan gosip yang menimpa Baekhyun Exo dan Taeyeon Snsd."kata wartawan yang lain.

"Mungkin juga..sebab gosip tersebut bukan sahaja sudah heboh di kalangan kpoppers di Korea sahaja malahan di luar negara juga."kata wartawan yang lain

Begitulah keadaan di bilik mesyuarat SM Entertainment sejak dari tadi.Begitu banyak sangkaan yang entah benar ataupun tidak dilontarkan oleh para wartawan yang sibuk mencari rezeki.

Tiba-tiba keadaan di dalam bilik meayuarat menjadi senyap namun sedikit bising dengan bunyi pantulan kamera apabila didatangi oleh Lee Soo Man,Baekhyun,Taeyeon dan beberapa ahli kumpulan masing-masing.

Mereka duduk di atas kerusi yang disediakan dan melemparkan secebis senyuman kepada wartawan yang hadir.

"Annyeonghasimnika,saya Lee Soo Man,pengasas SM Entertainment.Pertama sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi hadir pada hari ini."Lee Soo Man berdeham sebelum menyambung...

"Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa press conference ini diadakan.Oleh itu,tanpa menimbulkan banyak tanda tanya kita serahkan hal ini kepada Baekhyun dan Taeyeon."

Semua pandangan beralih kepada wajah Baekhyun dan Taeyeon.

"Annyeonghasimnika,saya Baekhyun dari kumpulan Exo ingin membuat pengumuman bahawa saya dan Taeyeon dari kumpulan SNSD telah couple dengan rasminya.Jadi,saya harap tiada lagi yang akan mempersoalkan apabila kami keluar berdua nanti."kata Baekhyun lalu memberi peluang agar Taeyeon berucap juga.

"Saya juga berharap agar peminat kami di luar sana akan terus menyokong kami."Taeyeon menamatkan ucapannya.

"Bagaimana pula dengan reaksi ahli kumpulan?Adakah kalian akan menyokong perhubungan mereka?"tanya wartawan yang dikenali sebagai Jae Hee.

"Sudah tentu.Lagipun kami memang sudah lama kenal dengan Taeyeon Sunbaenim,jadi saya rasa ianya bukan satu masalah.Lagipula,jika ianya memang yang terbaik buat Baekhyun,kami akan menyokongnya."ujar Chanyeol selaku ahli yang paling rapat dengan Baekhyun.

"Ahli SNSD juga begitu.Kami tidak membantah apa jua yang dilakukan oleh Tae.Kami akan sentiasa menyokong leader kami ini."Tiffany selaku wakil SNSD bersuara.

Baekhyun dan Taeyeon tersenyum.Begitu juga dengan Mr.Lee Soo Man yang bangga dengan anak didiknya yang sentiasa menyokong antara satu sama lain.

~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~

7 BULAN KEMUDIAN...

"Boleh jelaskan apa status Taeyeon sekarang?"tanya wartawan yang sibuk untuk mendapatkan penjelasan.

"Maaf,no comment."kata Taeyeon.

Ahli-ahli SNSD yang lain berusaha untuk melindungi Taeyeon yang sekarang ini dikerumuni oleh wartawan hiburan yang tidak henti-henti mendapatkan penjelasan mengenai gosip yang melanda leader mereka itu.

"Maaf,sila beri laluan."kata Yuri.

"Taeyeon...Taeyeon..."panggil mereka.

Akhirnya berjaya juga member SNSD keluar daripada kebanjiran para wartawan hiburan dan masuk ke SM Entertainment.

"Tae Unnie..."panggil Seohyun membuatkan semua member melontarkan pandangan ke arahnya.

"Wae?"tanya Taeyeon.

"Seohyun rasa baik Tae Unnie beri penjelasan pada mereka."ujar Seohyun.

Taeyeon hanya menunduk dan ketika itulah member Exo mendekati mereka.

"Taeyeon..."panggil Baekhyun.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni."jelas Baekhyun.

"Apa lagi?Dahlah..."kata Taeyeon.Penat barangkali dengan gosip yang melanda mereka berdua.Dia pun terus berlalu pergi.

Baekhyun mengejarnya dan menarik tangan Taeyeon untuk mengikutinya.Member yang lain kelihatan terkejut namun mereka tahu,mereka tidak boleh ikut campur dalam hal mereka berdua.

"Apa ni?Sakit tau tak?Jangan nak kurang ajar boleh tak?"marah Taeyeon.

Baekhyun melepaskan pegangannya.

"Mr.Lee Soo Man nak jumpa kita.Baik kita cepat sebelum dia naik angin."kata Baekhyun lalu pergi.

Taeyeon mengeluh halus sebelum mengikut Baekhyun dari belakang.Dia sedikit takut apabila mendengarkan nama Lee Soo Man.Namun digagahkan jua dirinya.

Pintu diketuk lalu dibuka perlahan.Mr.Lee Soo Man sedang duduk di atas kerusi empuknya sambil meneliti beberapa dokumen.

"Tuan panggil kami?"Baekhyun bertanya.Terselit nada getaran di suaranya.

"Ya,silakan masuk."kata Mr.Lee Soo Man tanpa memandang mereka.

Mereka masuk kemudian duduk di hadapan Mr.Lee Soo Man.Menatap wajah bengis manusia di hadapan mereka ini membuatkan mereka kecut perut.

"Kamu berdua ni tau tak alasan saya panggil kamu berdua."tanya Mr Lee Soo Man mendatar.

"Rasanya..."belum sempat Baekhyun menjawab,Mr Lee Soo Man menyampuk.

"Saya nak korang berdua buat pengumuman mengenai hal ini.Saya tak kisah bagaimana pun caranya.Faham?"tanya Lee Soo Man dengan nada yang agak kasar.

"Faham..."Baekhyun dan Taeyeon menjawab serentak.

~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~...~

"Baekhyun,macam mana dengan press conference tadi?"tanya Suho selaku leader.

"Huh..ramai jugak la yang kutuk sebab baru beberapa bulan je dah putus."ujar Baekhyun tenang.

"Sabarlah.Nanti diorang lupalah tu."kata Xiumin pula.

"Entahlah hyung.Baekhyun dah tak tahu nak buat macam mana.Mr.Lee Soo Man pun macam marah je."kata Baekhyun.

"Ala,biasalah tu.Takpe,aku yakin dengan comeback kita ni,mesti orang akan lupa dengan gosip kau tu."kata Chanyeol.

"Harapnya begitulah..."

Semua ahli exo hanya memandang Baekhyun.Namun dalam hati masing-masing berdoa agar permasalahan yang melanda kumpulan mereka dan SNSD akan cepat pulih.

"Kring...kring..."Baekhyun segera mengangkat telefonnya lalu dilekapkan di telinga.

"Yeoboseyo..."ujar Baekhyun.

"Baekhyunnie...kamu sihat?"tanya Puan Byun.

"Nae,omma.Saya sihat."kata Baekhyun dengan nada yang tidak bermaya.

"Omma dah tengok di televisyen tadi.Omma harap kamu bersabarlah."kata Puan Byun.

"Gomawo,omma."

"Oh ye,kamu baliklah lusa ye.Omma dah rindu sangat dengan kamu ni.Baliklah ye..."

"Saya tak tahu lagilah,omma.Saya kena tanya Suho hyung dulu.Nanti,apa-apa saya bagitau omma,ye?"kata Baekhyun.Sungguh dia tidak dapat berjanji memandangkan comeback mereka pada 2 bulan lagi.

"Yelah...tapi omma harap sangat kamu dapat balik."

"Nae,omma.Saya cuba..."


Hai readers...Ini merupakan ff saya yg ketiga.Tapi,ff ni pendek je.Ta taulah best ke x.Haha..papepun jangan lupa vote and komen.
Annyeong...

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now