bab 2

721 49 3
                                    

Setelah mendapat keizinan dari Suho tapi dengan syarat balik awal,Baekhyun pun pulang ke rumah kedua ibu bapanya di Bucheon.

"Omma,Baekhyun dah balik ni."kata Baekhyun.

Pintu yang tertutup sedari tadi dibuka oleh Puan Byun.Apabila melihat saja kelibat anak kesayangannya,terus Puan Byun memeluk anaknya.

"Omma rindu sangat dengan kamu..."kata Puan Byun dengan nada yang sedih.

"Baekhyun pun rindu sangat dengan omma.Tapi omma fahamlah..."

"Takpe,omma faham.Dah jom masuk."pelawa Puan Byun.Kalau diikutkan hatinya,nak aje disambungkan lagi drama swasta tadi tapi takut ada jiran yang mengata pulak.

"Mana appa dengan hyung?"tanya Baekhyun.

"Appa kamu kerja la.Hyung kamu pulak dekat rumah dia la.Diakan dah kahwin."jelas ommanya.

Baekhyun hanya mengangguk.

"Hmm...sebenarnya,omma ajak Baekhyun balik ni pun ada sebab."kata Puan Byun sambil membuat air.

"Sebab apa,omma?"tanya Baekhyun.

"Sebelum tu,omma nak tanya ni.Kenapa putus dengan Taeyeon?Apa masalahnya?"

"Tak ada pun omma.Biasalah kitorang tak sependapat.Jadi,jalan yang terbaik adalah putus,betul tak?"

"Tak betul.Omma tak setuju langsung."kata Puan Byun sambil meletakkan air yang telah siap dibancuh lalu duduk di atas kerusi bersebelahan dengan anaknya.

"Omma..."rengek Baekhyun berharap ommanya tidak menyentuh lagi perihalnya dan Taeyeon.

"Baekhyun tahukan omma sayangkan Taeyeon.Lagipun omma dan omma Taeyeon pun berkawan baik."kata Puan Byun.

Baekhyun hanya mengeluh.Masakan dia tidak tahu...

Flashback...

"Baekhyuniee..."panggil Puan Choi.

"Nae,omma."kata Baekhyun namun sebaik sahaja dia terpandang wajah tetamu di hadapannya,lidahnya kelu.

"Kenalkan ni Kim ahjumma dan ni pulak anak dia,Taeyeon.Mesti kamu kenal kan?"

Baekhyun tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk.Taeyeon di hadapannya hanya tersenyum melihat telatah hoobaenya yang terpinga-pinga.

Sejak dari hari itu,Taeyeon dan Baekhyun menjadi rapat dan seterusnya mereka pun jatuh cinta.Namun di agensi mereka,tiada seorang pun yang tahu bahawa ibu mereka berkawan rapat.

End flashback...

"Malam ni,ada orang nak datang.Jadi,omma harap kamu dapat turun."kata ommanya.

"Siapa omma?"

"Adalah..."Puan Byun menyembunyikan senyuman.

~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~…~

Malam itu...

Pembacaannya terhenti apabila terdengar ketukan di pintu namun Baekhyun menghiraukannya.

"Baekhyun...kawan omma dah datang.Jom turun."kata  Puan Byun.

"Ala omma,Baekhyun letih la.Lagipun penting sangat ke Baekhyun kena jumpa kawan omma tu."Baekhyun lebih rela duduk di biliknya daripada terpaksa bermanis muka untuk berjumpa kawan ommanya.

"Penting.Omma nak kamu turun dalam masa 10 minit lagi.Jika tidak,siaplah kamu.Faham?"kata Puan Byun di sebalik pintu.

"Aish...nae omma."Baekhyun menyerah kalah.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now