bab 8

602 50 5
                                    

Taeyeon membuka matanya apabila dia terbaukan bau ubat-ubatan yang entah dari mana datangnya.Pandangan yang agak kabur pada mulanya lama-kelamaan menjadi terang.Dia mula berfikir di mana dia sekarang sebelum otaknya dapat mengenalpasti tempat tersebut.

Hospital.Itulah jawapan kepada persoalannya sebentar tadi.Namun apa yang membuatnya hairan,mengapa dia ke hospital dan siapa yang menghantarnya?Sebelum otak Taeyeon mencerna semuanya,tiba-tiba,ada seseorang yang membuka pintu bilik wadnya

Taeyeon melemparkan pandangannya ke arah pintu.Dia terkejut apabila mengetahui bahawa orang yang membuka pintu tersebut ialah suaminya,Baekhyun.Bersabung mata dengan Baekhyun membuatkan dia tak tahu hendak berbuat apa lalu dia melontarkan pandangannya ke luar tingkap.

Tiada apa-apa pun yang istimewa di luar itu sebenarnya.Hanya titisan salji yang mengaburkan tingkap.Malah tiada apa-apa pun yang dapat dilihat memandangkan hari sudah pun menginjak ke pukul 8 malam.Namun Taeyeon tetap memilih melihat ke tingkap...

"Awak dah bangun?Awak nak apa-apa tak?"tanya Baekhyun sambil kakinya dibawa mendekati katil milik Taeyeon.Tin minuman yang dipegangnya sedari tadi diletakkan di almari pendek di sebelah katil.

Sudah agak lama sebenarnya dia berada di situ.Namun memandangkan ahli kumpulan SNSD yang masih berada di hadapan wad milik isterinya membuatkan dia menunggu dengan lebih lama.Setelah mereka pergi,barulah Baekhyun melawat isterinya.

Persoalan Baekhyun dibiarkan sepi.Hanya kedengaran suara bising jururawat dan orang ramai yang lalu di hadapan bilik tersebut.Baekhyun mengetap bibirnya.Dipandang isterinya melalui pantulan cermin tingkap.

Taeyeon dilihat seperti sedang memikirkan sesuatu.Entah apa yang sedang difkirkannya pun Baekhyun tidak tahu.

"Awak..."

"Baliklah,Baekhyun.Usah pedulikan saya."belum sempat Baekhyun ingin berkata apa-apa,Taeyeon terlebih dahulu memintas percakapannya.Namun bukan itu yang difikirkan sebaliknya ayat yang yang keluar dari mulut Taeyeon.

"Ne?"Baekhyun bertanya.Manalah tahu kalau dia salah dengarkan walaupun sebenarnya ayat itu begitu jelas di pendengarannya.

"Saya kata usah pedulikan saya.Awak balik saja,Baekhyun.Uruskan diri awak sendiri."Taeyeon berkata lagi.Pandangannya tetap pada pemandangan luar tingkap.Ingin sahaja dia memandang Baekhyun,ingin melihat reaksi suaminya itu tapi ditahan.

"Apa yang awak cakap ni?"tanya Baekhyun.Sungguh dia tidak faham,salahkah jika dia ingin melawat isterinya yang sedang sakit?Salahkah dia jika ingin berada di samping isterinya?

"Saya rasa awak tak pekak lagi.Saya rasa awak dengar dengan jelas kan tadi...Jadi saya rasa,saya tak perlu ulang semula kot."sinis sahaja Taeyeon berkata.

Baekhyun yang mendengar terus menundukkan kepalanya lalu kakinya dibawa menuju ke pintu.Sebelum dia menutup pintu,dia memandang wajah Taeyeon yang sememangnya tidak sudi memandangnya.

Dilihatnya Taeyeon seperti tiada reaksi apa-apa bila bercakap sebegitu dengannya.Sekarang dia pasti bahawa Taeyeon benar-benar membencinya.Mungkin juga Taeyeon tahu tiada gunanya dia di situ kerana sepatutnya seorang suami akan selalu di samping isterinya,namun dia melepaskan tanggungjawabnya begitu sahaja.

Setelah pintu ditutup,Taeyeon melontarkan pandangannya ke arah pintu.Air mata yang bergenang di pelupuk matanya,perlahan-lahan turun.Bukan dia tidak nampak wajah sedih Baekhyun tadi apabila dia bercakap begitu,dia nampak...Dia nampak dengan jelas melalui pantulan tingkap yang dipandangnya.

Taeyeon bingkas turun dari katilnya lalu melangkah ke arah tingkap.Dalam keriuhan manusia yang datang ke hospital itu,dia dapat lihat dengan jelas akan susuk tubuh Baekhyun yang sedang memeluk kemas sweater.Tangan Taeyeon perlahan-lahan menjalar di segenap tingkap.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now