bab 15

379 48 12
                                    

FLASHBACK

Taeyeon dan Baekhyun berjalan sambil berpegangan tangan.Tiada apa yang patut disembunyikan kepada orang ramai kerana mereka sudah pun diberitahu menerusi press conference tempoh hari.Namun mereka tahu,sebagai artis popular pasti mereka tidak akan lari dari publisiti.Ke mana sahaja mereka pergi,pasti akan dihujani dengan peminat yang ingin mengambil gambar bersama mereka.

"Baek...kita pergi kedai tu kejap boleh tak?"tanya Taeyeon dalam nada yang manja.Dia memeluk tangan Baekhyun sambil membuat muka comel.

"Kedai yang mana satu?"tanya Baekhyun dalam sisa ketawa apabila melihat Taeyeon membuat agyeo tadi.Matanya meliar mencari kedai manakah yang dimaksudkan oleh kekasihnya ini.

"Ala...kedai yang tulah.Jom..."tunjuk Taeyeon lalu mengajak Baekhyun ke kedai yang dimaksudkannya.

Sejak dari tadi,dia amat tertarik dengan dekorasi kedai itu yang berjaya menarik minatnya ke situ.Dipandangnya nama kedai itu.'Couple Tower'.Menarik...Entah apalah yang dijual di kedai itu.Taeyeon dan Baekhyun pun segera memasuki kedai itu.

"Wah!"tutur Taeyeon teruja.Matanya sudah meliar memandang aksesori yang dijual.Padan sekali dengan namanya kerana kedai ini memang menjual barangan dan aksesori untuk orang yang bercinta.

"Ya...nak beli apa?"tanya jurujual dengan lemah-lembut sambil tersenyum.Almaklumlah artis popular kan,mestilah kena bermanis mulut.

"Tak tahu lagi.Baru nak tengok-tengok."ujar Taeyeon sambil membalas senyuman yang dilemparkan oleh jurujual itu.Kakinya sudah pun melangkah melihat barangan yang dijual dengan lebih dekat.

"Oh..ok.Silakan."kata jurujual itu sambil turut mengikut langkah Baekhyun dan Taeyeon.

Taeyeon ralit melihat barangan tersebut.Banyak juga yang dijual di situ.Ada couple tee,gelang tangan,malah cover handphone juga turut dijual.Semuanya kelihatan menarik membuatkan Taeyeon rambang mata.Kelihatan sekali-sekala dia bercakap dengan Baekhyun tentang apa yang ingin dibeli oleh mereka.Yelah...sekurang-kurangnya haruslah membeli satu sebagai kenangan.

Namun tiba-tiba,mata Taeyeon terpaku pada sepasang anak patung yang kelihatan seperti lelaki dan perempuan sambil memegang serpihan hati yang terputus dua.Jika disambung,ianya akan membuatkan serpihan hati yang lengkap.Taeyeon tersenyum lalu menarik lengan Baekhyun untuk melihat anak patung itu dengan lebih dekat.

"Cantik kan anak patung ni?"tanya Taeyeon sambil tangannya ligat meneliti kedua-dua anak patung itu.Menarik.Fikirnya.

"Ha'ah.cantik.Awak nak ke?Kalau nak saya boleh belikan."ujar Baekhyun sambil matanya turut memandang anak patung itu yang juga menarik hatinya.

"Boleh ker?"tanya Taeyeon.

"Mestilah boleh.Untuk awak...semuanya boleh."kata Baekhyun lalu mencubit pipi Taeyeon membuatkan kekasihnya itu menjerit perlahan.Malu dengan jurujual yang masih setia mengikuti mereka.

Setelah puas berjalan-jalan di sekitar bandar Seoul,mereka pun duduk berehat di taman kegemaran mereka.Suasana nyaman dengan angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan hati mereka menjadi tenang.

"Saya rasa seronok sangat dapat luangkan masa dengan awak."ujar Baekhyun sambil matanya melirik pada pengunjung yang ramai pada petang itu.

"Saya pun."ujar Taeyeon.

Baekhyun mengenggam erat tangan Taeyeon .Dia menatap lembut bening mata Taeyeon yang turut memandangnya lalu dihadiahkan senyuman manis buat kekasihnya itu.Dibetulkan rambut Taeyeon yang sedikit kusut kerana ditiup angin lalu diusapnya pipi Taeyeon.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now