bab 5

505 44 1
                                    

Sudah beberapa bulan sejak kejadian itu namun baik Taeyeon mahupun Baekhyun masing-masing saling mengelak apabila berjumpa.Exo dan Snsd yang menyedari akan hal itu tidak tahu hendak berbuat apa.Puas juga Suho menasihati Baekhyun agar bersikap profesional namun Baekhyun hanya diam membatu.

Bukan niatnya hendak berkurang ajar,namun ahli kumpulannya tidak tahu masalah apa yang sedang melanda dirinya.Mereka hanya tahu menasihati dan membebel tapi yang menanggungnya dia bukan mereka.

Jadi,jalan yang terbaik adalah dengan mengurungkan diri.Biarlah apa yang hendak dikatakan oleh ahli kumpulannya,dia sudah tak kisah.Bila difikirkan kembali masalahnya dengan Taeyeon,dia kembali kusut.Kadang-kadang tercalar juga hatinya sebagai seorang suami apabila melihat kelakuan Taeyeon,namun ketika itu jugalah dia menyumpah seranah dirinya.

"Kenapa dengan aku ni?Memang patut pun kan aku marah dia macam tu.Tapi...kenapa aku rasa serba salah sangat ni?"Baekhyun mengulang lagi ayat itu entah untuk keberapa kalinya.

Dia tidak tahu kenapa hati dia merasa  bersalah dengan apa yang diperkatakannya kepada Taeyeon.Walaupun perkara ni sudah berlaku beberapa bulan yang lalu,namun kotak fikirannya asyik mengulang kembali kejadian itu.

*************

"Yah,baekhyun"panggil Suho dengan wajah yang serius.

"Waeyo,hyung?"tanya Baekhyun sambil mengelap peluhnya yang merenik di dahinya.Penat yang menghiasi tubuh kerana latihan menari mereka tadi belum pulih sepenuhnya.

"Mr.Lee Soo Man panggil kau.Dia tunggu kau dekat pejabat dia."jelas Suho sambil duduk di sebelah Lay.

"Dah kenapa pulak dia panggil Baekhyun?Tak pernah-pernah dia panggil Baekhyun,ni dah kenapa?Buang tabiat?"soal Chen tanpa menjaga mulutnya.Sesedap dia jer nak cakap pengasas agensinya sebegitu.

"Sebelum hyung ketuk kepala kamu,baik kamu diam.Suka hati kamu jer kan,cakap dia macam tu?Ingat sikit dia tu sapa.Ingat sikit jasa dia kat kita ni.Dia dah banyak..."Suho selaku ketua kumpulan menasihati Chen yang hanya tersenyum kambing di sebelah Kai.

Baekhyun yang malas mendengar bebelan ketuanya itu terus menuju ke pejabat Mr.Lee Soo Man yang berada di tingkat tiga.Sambil itu,dia juga tertanya-tanya atas alasan apakah pengasas agensinya ingin berjumpanya.Apa yang diperkatakan oleh Chen tadi benar kerana sebelum ini Mr.Lee Soo Man tidak pernah memanggilnya.Hanya sekali sahaja Mr.Lee Soo Man ingin berjumpanya itupun kerana halnya dengan Taeyeon sewaktu mereka berpisah dulu.

Tiba-tiba,Baekhyun terfikir adakah Mr.Lee Soo Man ingin berjumpanya kerana Taeyeon telah mengadu bahawa dia telah menghina Taeyeon.Ahh..itu tidak mungkin.Atau...ada orang lain yang berada di tempat kejadian.Baekhyun risau.

Baekhyun menarik nafas sebelum memegang tombol pintu pejabat Mr.Lee Soo Man namun sebelum dia meletakkan tangannya ke tombol tersebut,ada tangan yang terlebih dahulu meletakkan tangannya.Jadi keadaannya,tangan Baekhyun berada di atas tangan orang tersebut.

Baekhyun menoleh ingin melihat gerangan si pemilik tangan untuk meminta maaf.Namun lidahnya seakan-akan terkunci apabila matanya bertembung dengan mata  pemilik tangan itu.

"Taeyeon..."kata Baekhyun perlahan.

Taeyeon yang juga sedang memandangnya berdeham untuk seketika sebelum melepaskan tangannya yang berada di bawah tangan Baekhyun.Dia memandang tempat lain.Tidak ingin menatap wajah suaminya saat ini.

"Saya mintak maaf.Hmm...awak nak jumpa Mr.Lee Soo Man jugak ker?"tanya Baekhyun.

"Ha'ah.Awak pun sama ker?"Tanya Taeyeon.

Baekhyun hanya mengangguk dan menghadiahkan sebuah senyuman nipis.

"Ooo...kalau macam tu,marilah kita masuk.Mesti ada sebab Mr.Lee Soo Man panggil kita."jawab Taeyeon.

Baekhyun memulas tombol pintu itu dan terserlah wajah pengasas agensi mereka yang sudah semakin tua.Mr.Lee Soo Man menghadiahi senyuman sebelum mempersilakan mereka duduk.Dia mengemaskan kotnya.

"Kamu berdua tahu tak kenapa saya panggil kamu berdua ni?"tanya Mr.Lee Soo Man sambil mengangkat keningnya.

Baekhyun dan Taeyeon yang memang tidak tahu menahu hanya menggelengkan kepala.

"OK,macam ni.Memandangkan kamu berdua memang tiada apa-apa aktiviti untuk beberapa bulan ni,saya ingin mencadangkan sesuatu."ujar Mr.Lee Soo Man sambil memandang reaksi mereka berdua.

"Cadangan apa tu?"tanya Baekhyun.

"Cadangan untuk musim sejuk akan datang.Kamu berdua..."

*************

"Mr.Lee Soo Man cakap macam tu?"tanya Tiffany kepada Taeyeon yang agak muram.

"Ya.dia kata itu semua untuk musim sejuk yang akan datang beberapa minggu je lagi."jelas Taeyeon

"Yelah,kalau ye pun,takkan kau dengan Baekhyun.Bukannya dia tak tahu status hubungan korang macam mana."tambah Jessica pula.

"Habistu,aku nak buat macam mana?"tanya Taeyeon.

------------------------

"Kalau difikirkan balik,betul juga apa yang kau cakap.Apa pilihan yang kau ada.Kita ni sapa jer,nak bantah cakap dia."kata Chanyeol.

Baekhyun tidak menjawab.Dia hanya mengangkat keningnya tanda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Chanyeol.

"Macam tak ada orang lain,jer.Banyak lagi artis dalam agensi kita tu untuk gantikan tempat diorang.Nak jugak Baekhyun dengan Taeyeon Sunbaenim."ujar Sehun pula.

"Habistu,Taeyeon cakap apa?Dia setuju ker?"tanya Xiumin.

"Macam yang Chanyeol cakap tadi,apa lagi pilihan kitorang.Jadi,dia setuju jelah..."jelas Baekhyun.

"Apa lagi yang korang bincangkan tadi?"Tanya Kris.

"Dia cuma cakap tu jelah.Untuk musim sejuk akan datang,kitorang akan digandingkan bersama untuk sebuah lagu."

"Kalau macam tulah cadangannya,hyung setuju sangat.Biar hubungan kamu dengan Taeyeon Sunbaenim berjalan lancar.Tak ada bermasam muka lagi.Kamu tahu tak,ramai hoobae bercakap tentang kamu dengan Taeyeon,kamu tahu tak?"tanya Suho dengan wajah yang agak serius.

"Ala hyung.Tapi..."Baekhyun jelas cuba membantah.

"Takde tapi-tapi.Muktamad."Suho memberi kata putus.






Sorilah kalo ada typo ke.Harap dimaafkan.hehehe





Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now