bab 21

294 33 0
                                    

Jessica melemparkan pandanganya ke arah Sungai Han yang terbentang luas di hadapannya ini.Ketenangan air yang mengalir perlahan membuatkan hatinya turut terbuai sama.Disusuli angin petang yang sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipinya.

Setiap kali hatinya dilanda ketidaksenangan,tumpuannya hanya satu iaitu di Sungai Han.Namun entah mengapa,tujuannya kali ini membuatkan dia terfikir apakah sebabnya dia datang ke sini?Adakah kerana dia terlalu letih berlatih hampir setiap hari untuk kemunculan semula mereka tidak lama lagi?Jessica tidak berfikir itu sebabnya...

Tiba-tiba,matanya tertarik pada dua orang gadis yang duduk berhampiran denganya.Mereka kelihatan gembira berbicara tentang minat dan hobi mereka kebelakangan ini.Kadang-kadang,terdengar juga mereka saling bertukar pendapat dan nasihat dalam meniti kehidupan masing-masing.Jessica tersenyum melihat kedekatan dan kemesraan anak gadis yang bagai isi dengan kuku itu.

Melihat mereka membuatkan dirinya terimbas kembali sewaktu dia dan Taeyeon masih lagi berada di alam menjadi trainee.Masih terasa bibit-bibit perkenalan yang menjadi lambang perkenalan mereka sehingga membentuk sebuah kumpulan yang terkenal di serata dunia.

Jessica tersenyum.Namun hanya seketika apabila ingatan tentang dirinya memarahi Taeyeon menjengah fikirannya.Perasaan bersalah terdetik di hatinya tetapi ego yang dimilikinya membuatkan sampai sekarang dia masih lagi belum meminta maaf.

"Jessica..."panggilan lembut itu berjaya mematikan lamunan panjang Jessica membuatkan dia tersentak.Pantas diurut perlahan dadanya sambil matanya dilemparkan ke arah pemanggil.

Insan tersebut tersenyum ke arahnya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Jessica.Insan tersebut turut melemparkan pandangannya ke arah Sungai Han yang mulai lengang dengan kedatangan manusia-manusia yang berkunjung di situ.

"Fany-ah..."Sungguh Jessica langsung tidak menjangkakan kedatangan Tiffany di situ.Sedarinya,dia tidak memberitahu sesiapa pun tentang kedatangannya di sini.

"Macam mana kau tahu aku ada kat sini?"tanya Jessica.Dia tidak betah jika persoalan yang bermain-main di fikirannya tidak dinyatakan.

"Kau fikir kau tu puteri raja ker sampaikan tempat kesayangan kau ni pun aku tak tahu?"Tiffany berjenaka membuatkan Jessica yang mendengarnya tergelak.

"Serius lah...Macam mana kau tahu sebab aku memang tak pernah bagitau orang kalau aku nak pergi mana-mana?"tanya Jessica buat kali kedua.

"Kita dah kenal hampir empat belas tahun,Sica...Tak memberitahu kitorang semua mana kau pergi tidak semestinya membuatkan kitorang tidak kisahkan kau.Aku tahu bila kau dalam kesedihan jer,mesti kau akan datang ke sini,kan?"serkap jarang Tiffany membuatkan Jessica tersenyum malu.Sangkanya,bila dia tidak memberitahu sesiapa pun kemana dia pergi,mereka akan selamanya tidak tahu.Namun dia tersilap,rakan-rakannya yang selama berdiam diri rupa-rupanya telah lama mengetahui akan hal ini.

"Tapi...aku sendiri pun tak tahu kenapa aku datang ke sini.Dah lama sebenarnya aku tak datang ke sini.Mungkin kerana aku rasa tak de sebab untuk aku datang sini.Masa waktu kita jadi trainee dulu,tempat ni dah jadi rumah kedua aku.Mungkin kerana dulu,aku pernah berputus asa untuk jadi seorang penyanyi tapi bila aku tengok ahli kumpulan kita tak ada seorang pun yang mengeluh bila letih ker pulang lewat ker membuatkan aku terus bertahan."ujar Jessica sambil mengingati semula memori mereka dahulu.

"Adakah kedatangan kau kali ni ada kaitan dengan Taeyeon?"pertanyaan yang membuatkan Jessica mengeluh.Perlahan-lahan,dia melemparkan pandangannya ke Tiffany.

"Mungkin..."jelasnya perlahan namun cukup didengari Tiffany.Tiffany merapatkan tubuhnya ke sisi Jessica lalu mengusap lembut bahu Jessica.

"Kalau kau nak tahu,aku sendiri pun nak sangat tanyakan pada Taeyeon apa masalah dia sebenarnya.Tapi...makin lama aku berfikir membuatkan aku sedar itu bukanlah jalan yang terbaik.Mungkin kita semua kena beri dia sedikit masa dan ruang untuk dia selesaikan masalah dia sendiri kerana semua orang ada hak untuk berdiam diri.Mungkin kebanyakan orang akan kata meluahkan itu lebih baik daripada terus menyimpannya dalam hati tapi bagi aku tak semua benda kita harus luahkan pada orang,kadang-kadang benda tu jugak adalah hal yang tak perlu kita hebahkan."ujar Tiffany panjang lebar.

"Tapi...aku cuma kesiankan Tae je.Aku tak sanggup,Fany.Kau sendiri tahu macam mana baiknya dia terhadap kita,kan?"tanya Jessica dengan linangan air mata.

"Aku tahu...Aku sendiri pun tak kuat tengok dia macam tu.Aku rasa macam nak marah jer bila tengok dia rahsiakan semua masalah dia.Tambahan pula,dia selalu terlihat kuat dan cuba sembunyikan semua masalahnya.Tapi...bila aku tengok perubahan keadaan dia sekarang,membuatkan aku lagi tak kuat.Dia dah banyak berubah.Dan semua tu,membuatkan aku rindu dengan suasana dorm yang dulu..."ujar Tiffany sambil turut mengalirkan air mata.Jessica di sebelahnya hanya mengangguk.

"Jadi...menurut kau,apa yang patut aku buat sekarang?"tanya Jessica sambil matanya memandang ke anak mata Tiffany dengan dalam.Mencari kekuatan di situ.

"Fahamilah dia dan minta maaflah pada Taeyeon."ujar Tiffany sepatah lalu keduanya pun berpelukan bersaksikan matahari yang hampir tenggelam dan Sungai Han yang terbentang luas dihadapan.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆

"Tuk...tuk..."ketukan di pintu membuatkan Taeyeon yang sedang menulis sesuatu terburu-buru menyimpannya sebelum dia bingkas berdiri lalu berjalan ke arah pintu biliknya.Taeyeon membuka pintu lalu terjengullah Jessica di balik pintu tersebut.Kedatangan Jessica itu membuatkan hatinya berdebar-debar.Dia takut Jessica memaksanya memberitahu masalah yang dihadapinya.

"Boleh aku masuk?"tanya Jessica membuatkan Taeyeon terpinga-pinga.Namun hanya sebentar,dia pun terus menjarakkan tubuhnya dari pintu lalu berlalu duduk di katil.Jessica hanya mengikutnya dari belakang lalu turut melabuhkan punggungnya di sisi Taeyeon.

"Kau okay?"tanya Jessica sambil matanya meliar melihat keadaan tubuh Taeyeon yang tidak seperti dahulu.Benar kata Tiffany,Taeyeon dah banyak berubah.Keadaannya membuatkan orang jadi tak sanggup nak memarahinya.

"A...ak..aku okay."ujar Taeyeon tergagap-gagap.Pelik dengan kedatangan Jessica di biliknya pada malam itu.

"Tae..."panggil Jessica membuatkan Taeyeon mendongakkan kepalanya memandang Jessica.

"Aku datang ni,sebenarnya nak mintak maaf dekat kau atas perbuatan aku semalam.Entah apalah yang merasuk aku sampai meroyan aku dibuatnya semalam."ujar Jessica sambil berjenaka membuatkan Taeyeon tersenyum.

"Aku dah lama maafkan kau.Bagi aku,kau tak ada salah pun pada aku.Jessica yang aku kenal selama ni sangat baik dengan aku.Bukan sahaja aku,ahli kumpulan yang lain pun sama.Aku faham,kenapa kau buat macam tu.Kau sayangkan aku,kan?"tanya Taeyeon.

"Mestilah aku sayangkan kau.Aku tak ada kawan lain selain dari ahli kumpulan ni.Aku dah anggap korang macam adik beradik aku sendiri.Kerana kenyataan kau selalu ada dengan aku bila aku perlukan kau membuatkan kadang-kadang aku rasa seperti aku ni orang yang tak berguna.Sebabnya,aku tak dapat buat apa-apa pun bila kau dalam masalah.Aku minta maaf,Tae.Aku janji lepas ni,aku takkan tanya apa-apa lagi pada kau."ujar Jessica sambil mengalirkan air mata.

"Aku tahu niat kau baik.Cuma satu jer yang aku harapkan agar kau dapat bagi aku sedikit ruang untuk aku selesaikan masalah aku sendiri.Aku tak mintak banyak pun,hanya itu yang aku pinta dan aku harap kau dapat tunaikannya."ujar Taeyeon turut menangis.Jessica di sebelahnya hanya mengangguk lalu memeluk tubuh Taeyeon.

"Kau maafkan aku,kan?"tanya Jessica untuk menginginkan kepastian sambil mereka masih lagi berpeluk.

"Ya,aku maafkan kau."ujar Taeyeon membuatkan Jessica kembali menitiskan air mata... kegembiraan.

Tanpa mereka sedari,Tiffany di sebalik pintu yang mendengar perbualan mereka turut mengalirkan air mata.Namun di sebalik semua itu,dia amat bersyukur kerana Taeyeon dan Jessica sudah berbaik.Jujur dia katakan,dia terlalu menyayangi ahli kumpulannya kerana mereka telah berkawan selama lebih 10 tahun dan mereka akan sentiasa ada setiap kali ada yang terluka.Perlahan-lahan,Tiffany menghembuskan nafas lega dan mengukir senyuman.

~'Sahabat...bukan tentang sesiapa yang telah kau kenal.Tapi tentang siapa yang menghampiri kau dan tidak pernah meninggalkan kau walau apa jua keadaan...kerana mereka ibarat matahari yang akan selalu datang di saat yang tepat..~





Saya mintak maaf la sebab lmbt update citer ni.Sesiapa yang comment suh smbung citer ni,saya ucpkan time kasih bnyak2 sebab sudi bca citer ni.terima kasih jugak kpd sesiapa yg mberi bnyk nasihat kpd saya.nasihat korng sngt membina.tq.Papepun hrp enjoy😉😉

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now