bab 10

513 44 0
                                    

Taeyeon membuka matanya perlahan-lahan apabila dirasakan ada tangan yang menyentuh pahanya.Seolah-olah ingin mengejutkan dia daripada lenanya.Dirinya yang masih mamai membuatkan dia mengedipkan matanya berulang kali untuk mengusir kantuk yang masih menguasai diri lantas pandangannya dilemparkan kepada seseorang yang mengejutnya tadi.Baekhyun!!!

"Bangunlah...kita dah sampai ni."ujar Baekhyun sepatah sambil membuka tali pinggang keledarnya lalu keluar dari perut kereta.Taeyeon masih lagi berada di dalam kereta.Di fikirannya tertanya-tanya di manakah dia berada sekarang?Memang seingatnya suaminya itu ada memberitahu ingin mengajak dia ke suatu tempat namun tidak pula diberitahu lokasinya.

"Awak memang nak duduk dalam kereta jer ker?Ke nak saya dukungkan?"tanya Baekhyun sambil menjengukkan kepalanya ke dalam kereta.Taeyeon membuat muka.Persoalan Baekhyun tadi dibiarkan berlalu.Dia yang malas hendak melayan Baekhyun turut membuka tali pinggang keledar lalu turun.

Taeyeon tergamam dengan apa yang dilihatnya saat ini.Sebuah rumah dua tingkat dipadankan dengan rona warna yang tenang.Dikelilingi pula dengan pasu-pasu bunga yang tersusun cantik.Sebuah kolam yang dibina bersama jambatan juga turut dipenuhi ikan yang berenang-renang bersama-sama mengindahkan rumah itu.Namun baru Taeyeon sedar,rumah itu agak jauh daripada orang sekeliling.Mungkin pemiliknya inginkan suasana yang tenang.

"Cantik tak rumah ni?Awak suka tak?"tanya Baekhyun namun matanya masih lagi melekap pada rumah tersebut.

"Cantik sangat.Suasananya tenang jer.Saya suka..."kata Taeyeon namun ada nada sedih di setiap bait perkataannya.Alangkah bagusnya jika dia dapat rumah seperti ini sebagai hadiah perkahwinannya namun dia sedar semenjak dia berkahwin dengan Baekhyun,tidak pernah suaminya itu memberi sesuatu.

"Rumah sapa sebenarnya ni?Kawan awak ek?"soal Taeyeon.

"Ada ker saya cakap ni rumah kawan saya?Saya rasa tak de."ulas Baekhyun sambil memasukkan sebentuk kunci ke tombol pintu.

"Jadi...ini rumah..."Taeyeon yang mula mengetahui sesuatu tidak dapat meneruskan kata-katanya.Dia yang sedari tadi berdiri di belakang Baekhyun hanya memerhati dengan khusyuk perbuatan suaminya itu.

"Yup.Ini rumah kita..."sepatah kata daripada Baekhyun membuatkan Taeyeon tersenyum lebar.Sungguh tak disangka,baru sahaja dia berharap agar rumah yang dipijaknya ini menjadi miliknya,tiba-tiba semuanya menjadi kenyataan.

Serentak dengan itu,pintu pun dibuka.Baekhyun memberi laluan agar Taeyeon dapat lalu dahulu.Taeyeon yang sudah pun melangkah mendongakkan kepalanya yang sedari tadi ditundukkannya agar dia dapat melihat ke arah jalannya.Namun,apa yang dilihatnya kini lebih memeranjatkannya.Lebih daripada ketika dia tahu bahawa rumah yang dimasukinya adalah miliknya bersama Baekhyun.Terlalu memeranjatkan sehingga Taeyeon mengalirkan air mata...

"Macam mana..."belum sempat Taeyeon ingin menyoal,Baekhyun terlebih dahulu memintas.

"Sebenarnya,rumah ni saya beli waktu kita masih bersama lagi.Saya beli pun sebab rumah ni jauh daripada orang lain jadi saya akan dapat sedikit privasi.Lepas tu,kita kahwin.Sebenarnya saya tak rancang pun nak letak gambar kahwin kita kat sini tapi atas sebab-sebab tertentu,jadi saya buat keputusan nak letakkan kat sini."kata Baekhyun tanpa sedikit pun menyedari akan kata-katanya.

Taeyeon hanya terdiam.Tak rancang?terpaksa?apa sebenarnya yang suaminya itu maksudkan?apa memang benar-benar ada hal yang tak dapat dielakkan ataupun sebenarnya hanya ingin menyakiti hatinya?Jika benar sekalipun,tidak bolehkah dijaga hatinya walaupun sedikit?

"Apa sebabnya?Oh ye,dan kenapa pulak awak bawak saya ke sini?"tanya Taeyeon.Walaupun hatinya masih terusik dek kata-kata Baekhyun tadi namun persoalan yang bermain di mindanya harus terjawab juga.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now