bab 18

387 51 27
                                    

"Bye..."ujar Taeyeon dan Baekhyun hampir serentak.Namun mata mereka masih lagi tidak lepas dari memandang kereta Encik Byun yang meluru keluar dari pintu pagar rumah.Hon yang dibunyikan menyedarkan mereka bahawa Encik Byun dan Puan Byun telah bersedia meninggalkan mereka.Lama-kelamaan,kereta tersebut hilang ditelan kegelapan malam.

Baik Baekhyun mahupun Taeyeon,masing-masing masih lagi tidak berganjak dari berdiri di hadapan pintu rumah.Ditinggalkan berdua membuatkan mereka kembali kepada keadaan asal mereka sebelum ini.Tambah-tambah lagi sejak kejadian di bilik tidur semalam.

Kilat yang memancar di langit membuatkan mereka saling berpandangan.Mata masing-masing menyimpan seribu satu perasaan yang hanya mereka sahaja yang tahu.Walaupun perasaan cinta membuak-buak dalam hati namun disebabkan sedikit salah faham,baik Taeyeon dan Baekhyun lebih memilih untuk memendam perasaan.

"Jomlah kita masuk.Hari macam dah nak hujan jer."kata Baekhyun apabila bunyi guruh seringkali kedengaran.

"Minggu ni selalu sangat hujan,kan?"ujar Taeyeon sekadar berbasa-basi.Namun memang kenyataannya,buktinya baru semalam hujan turun.

Baekhyun tidak menjawab.Dia hanya tersenyum lantas mengangguk.Kemudiannya,dia pun berlalu masuk diikuti Taeyeon di belakangnya.

"Baekhyun..."panggil Taeyeon membuatkan Baekhyun yang sedang menutup pintu menoleh ke arahnya.Dia hanya mengangkat keningnya tanda ingin bertanyakan kenapa.

"Hmm...macam mana dengan kita?"tanya Taeyeon teragak-agak.

"Kita?Kenapa?Macam mana apa?"tanya Baekhyun kembali.Jelas soalan tadi langsung tidak difahaminya.

"Yelah...macam mana dengan saya..."belum sempat Taeyeon ingin berkata,Baekhyun terlebih dahulu menyampuk.

"Ooo...awak risau tentang nak balik,ye?Sebenarnya,kalau nak ikutkan,saya nak hantar awak balik esok.Jadi,malam ni,boleh kan kalau awak tidur semalam sahaja lagi?"ujar Baekhyun.

Taeyeon terdiam.Bukan itu yang ingin ditanyakannya tadi.Bukan itu sepatutnya soalannya.Dia hanya ingin bertanyakan bagaimana hubungan mereka selepas ini?Selepas apa yang berlaku sepanjang minggu ini,dia pasti akan ada yang berubah namun kenapa Baekhyun melencongkan soalannya tadi?Bodohkah Baekhyun atau dia memang sengaja berpura-pura?

"Taeyeon..."panggil Baekhyun untuk kali ketiga.

"Y..ya.."panggilan itu nyata menyedarkan Taeyeon.

"Jadi macam mana?Awak setuju tak dengan cadangan saya tu?"tanya Baekhyun sekali lagi.Pelik dengan sikap Taeyeon yang tiba-tiba mendiamkan diri.

"Saya setuju.Saya ikut jer mana yang baik."putus Taeyeon sambil tersenyum hambar membuatkan Baekhyun mengangguk.

Namun Taeyeon berasa pelik apabila melihat suaminya itu terus-terusan memandangnya dengan senyuman yang...nakal?

"Awak ni dah kenapa?"dengan berani Taeyeon bertanya.Namun soalan yang diutarakannya hanya dibiar sepi.Sebaliknya membuatkan Baekhyun dengan perlahan melangkahkan kakinya ke arah Taeyeon.Setapak demi setapak.

"Aw...awak...na..nak buat a..pa..ni?"Taeyeon bertanya dengan tergagap-gagap sambil kakinya turut melangkah ke belakang.

"Awak rasa?"duga Baekhyun.

"Awa..awak..jan..jangan nak bu..at mac...macam-macam.Na..nanti..."Taeyeon cuba menganjakkan dirinya ke belakang namun dia sudah berada dekat dengan dinding membuatkan Baekhyun lebih tersenyum.Jadi,tiada tempat untuk isterinya itu lari memandangkan dia sudah berada di hadapan Taeyeon.

"Nanti...nanti apa?Awak nak jerit?Jeritlah.Itupun kalau ada orang dengarlah."cabar Baekhyun sambil mendekatkan mukanya ke telinga Taeyeon.

Taeyeon memejamkan matanya rapat-rapat.Sungguh dia tidak menyangka Baekhyun akan bersikap sedrastik ini.Namun tiba-tiba,telinganya menangkap gelak tawa dari seseorang.Pantas dia membuka matanya dan melihat Baekhyun sedang ketawa terbahak-bahak sambil memegang perutnya.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now