bab 28

221 38 8
                                    

Tangisan Baekhyun yang tiada tanda-tanda untuk berhenti membuatkan Chanyeol nekad untuk meluru ke arah biliknya.Sedari tadi,dia hanya membiarkan sahaja keletah rakannya yang asyik menangis secara tiba-tiba namun dia benar-benar tidak dapat menahan dirinya apabila dia terpaksa menadah telinga selama hampir 20 minit.Dia yang ketika itu sedang mencari inspirasi untuk menulis lagu tidak dapat meneruskan kosentrasinya apabila tangisan itu kerap berlarutan.Ketiadaan ahli-ahli yang lain pada hari ini amat tidak menguntungkan apabila dia terpaksa menghadap Baekhyun sendirian sedangkan sudah hampir sebulan mereka tidak bertegur sapa.

Chanyeol terus sahaja membuka pintu tanpa perlu dia mengetuknya terlebih dahulu.Dia tidak peduli dengan tanggapan Baekhyun yang akan mengatakan dia tidak tahu cara untuk menghormati orang lain kerana baginya Baekhyun juga seharusnya menghormati dirinya agar tidak berbuat bising sedangkan Baekhyun sendiri sudah maklum bahawa dia sedang menulis lagu.Namun baru beberapa tapak dia melangkah,dia tergamam dan seakan-akan kakinya turut digam malah mulutnya yang tadi sudah diisi dengan peluru-peluru makian tertutup rapat.Ketika itu,entah mengapa Chanyeol rasakan dia terlalu kasihan melihat Baekhyun yang sedang terduduk di tepi katil sambil menangis dengan sayunya.

"Y...ya...yah!Kau ni d...dah kena..pa?Ka...u boleh tak senyap si...kit?"tanya Chanyeol dengan tergagap-gagap namun dia masih lagi tidak berganjak dari tempat berdirinya.Dia benar-benar serba-salah untuk menuturkan kata-kata cacian apabila otaknya sudah tepu melihat Baekhyun seperti ini.Sebaliknya,ayat-ayat yang lain  pula terkeluar dari mulutnya.

"Chan...yeol-ah!!!To...tolong ak..aku.Aku dah buntu sekarang ni.Aku dah tak tahu apa yang harus aku lakukan?"Baekhyun tiba-tiba merayu sambil mengatakan perkara yang langsung tidak difahami oleh Chanyeol."Apa yang aku dah lakukan,Tuhan?Kenapa aku terlalu mengikut perasaan sendiri?Kenapa aku tak pernah nak fikir perasaan dia?Kenapa aku harus pentingkan ego aku hanya untuk mendengar penjelasan dia walau sekali...sedangkan dia langsung tak bersalah dalam hal ni.Aku yang patut dipersalahkan.Aku!Aku!"ujar Baekhyun dengan tersedu-sedu sambil menampar pipinya sendiri berulang-ulang kali,kiri dan kanan sehingga membuatkan Chanyeol terus meluru ke arahnya dan cuba untuk menghentikan perbuatannya.

"Baek...Baek..."Chanyeol cuba memanggil Baekhyun dengan nada yang lembut untuk menyedarkan dan menghalang Baekhyun yang ketika itu seolah-olah sedang dirasuk oleh sesuatu.Dirinya melutut di hadapan Baekhyun sambil tangannya cuba menghentikan setiap perbuatan Baekhyun.
"Byun Baekhyun!"jerit Chanyeol dengan lantangnya apabila dia sendiri sudah hilang sabar melihat kelakuan Baekhyun itu.Namun usahanya berjaya juga menyedarkan Baekhyun ke alam realiti.

"Chanyeol...aku bodoh...aku bodoh selama ni.Hanya kerana satu salah faham,aku sanggup halau dia...aku sanggup sakitkan hati dia.Aku suruh dia lupakan aku tetapi hakikatnya aku yang masih berharap pada dia...aku suruh dia pergi jauh dari hidup aku...tapi hakikatnya aku tercari-cari apabila dia tiada.Tanpa aku sangka,apa yang dikatakan oleh dia selama ni...semuanya betul.Aku..."ujar Baekhyun sambil jari telunjuknya tepat diarahkan ke dadanya.
"Aku yang musnahkan harapan kami...aku juga tak pandai nak menghargai dirinya.Kebenaran tu...kebenaran tu sangat menyakitkan.Jadi sekarang...katakan pada aku,Chanyeol...apa yang patut aku buat?"tanya Baekhyun sambil matanya tidak lepas dari memandang anak mata Chanyeol dengan lebih dalam.Mengharapkan ada sebuah jawapan yang dapat melegakan hatinya...hanya sebuah jawapan.

Chanyeol terdiam.Bukan kerana dia sedang menahan sabar mahupun malas untuk ikut campur dalam urusan rakannya ini namun kerana dia keliru tentang siapa yang menjadi topik perbualan mereka sekarang ini.Siapa orangnya?Siapa orang yang membuatkan Baekhyun merasa sangat bersalah?Tapi satu yang pasti...'dia' adalah orang yang istimewa bagi Baekhyun sehingga rakannya yang satu ini menjadi hilang pedoman.Namun,mengapa dia dan ahli yang lain langsung tidak tahu menahu tentang orang tersebut?Mengapa Baekhyun tidak pernah menyatakan apa-apa selama ni?Dan...apa yang terjadi antara mereka?Terlalu banyak persoalan yang sedang bermain-main di fikiran Chanyeol ketika ini namun dia tidak sanggup untuk bertanyakan dengan lebih lanjut pada Baekhyun.

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now