bab 13

409 52 13
                                    

Taeyeon membuka matanya akibat silauan dari pancaran matahari yang terbit di tingkap bilik.Dia menggeliat.Namun dia pelik,selalunya kalau tidur di atas sofa,pasti dia akan merasa sakit pinggang namun kenapa dia tidak merasakannya saat ini.Taeyeon membuka matanya seluas-luas.Dia membesarkan matanya apabila didapati dia sebenarnya berada di atas katil.

Namun itu bukanlah perkara yang mengejutkannya melainkan siapa yang sanggup mendukungnya ke atas katil ini.Atau adakah dia mempunyai tabiat berjalan ketika tidur?

'Takkanlah.Kalau ye,mesti member yang lain dah bagitau dekat aku,kan?Tak...aku pasti ada orang yang letakkan aku kat sini.Tapi siapa?Takkanlah...'sebaris nama itu membuatkan Taeyeon menelan air liurnya.Takkanlah Baekhyun sanggup mendukungnya waktu dia tidur?Haish...tak mungkin tapi tak mustahil,kan?Lagipun bukannya ada orang lain pun dalam bilik ni.

Orang yang dikatakan itu pun membuka pintu bilik air.Dia mengelap rambutnya yang basah dengan tuala kecil yang dipegangnya.Selepas itu,dia merenung ke arah Taeyeon yang turut merenungnya.

"Awak ni dah kenapa renung-renung saya bagai?"tanya Baekhyun kepada Taeyeon yang masih di atas katil.Kelihatan senyuman nakal di sebalik ayatnya.

"Mana ada saya renung awak.Perasan jer."kata Taeyeon pula.Merah mukanya melihat keadaan Baekhyun itu.Tanpa menunggu walau sesaat pun,dia terus menuju ke bilik air yang sudah tersedia di bilik itu.

"Baru tunjuk body sikit dah merah muka.Hahahah..."ujar Baekhyun sambil sibuk mencari bajunya di dalam almari.

"Kurang ajar punya Baekhyun.Dia pakai tuala jer?Haish...sajalah tu nak kenakan aku."ujar Taeyeon sambil berdiri di hadapan cermin.Habis merah mukanya menahan malu.Belum pun selesai kes kenapa Baekhyun mengangkatnya tambah pula hendak menyesakkan dirinya melihat suaminya seperti itu.Kalau macam ni alamatnya mati terkejut la dia.

❤❤❤❤❤❤❤❤

"Yeobo..."panggil Puan Byun kepada Encik Byun yang baru sahaja bangun.

"Waeyo?"tanya Encik Byun.Entah kenapa,dilihatnya seperti Puan Byun menyembunyikan sesuatu darinya.Hairan dia melihat wajah mendung yang lahir di balik wajah isterinya itu.

"Saya risaukan Taeyeon dan anak kita tu,Baekhyun."tutur Puan Byun perlahan.

"Kenapa dengan diorang?Diorang ada masalah ker?Tapi saya tengok diorang tu ok jer."kata Encik Byun.Aish...orang lelaki takkan pernah faham.

"Diorang tu sebenarnya tak pernah menjalankan kewajipan sebagai suami isteri."sepatah kata dari Puan Byun mengejutkan Encik Byun.Dia terpinga-pinga.Apa sebenarnya yang ingin diberitahu oleh isterinya ini.

"Saya tak faham.Cuba awak cakap dengan jelas.Tak payahlah nak berkias-kias dengan saya ni."ujar Encik Byun.

Puan Byun mengeluh perlahan.Dia memandang suaminya lalu semua hal diceritakan termasuklah hal pertemuannya dengan Taeyeon semalam.Encik Byun kelihatan marah.Kenapa anak lelakinya sanggup berbuat begitu?Di mana sikap tanggungjawabnya selama ni?Dia harus bercakap dengan anaknya itu.Ya...dia harus.

Puan Byun duduk di atas kerusi di dapur sambil memikirkan hal yang menimpa anaknya dan menantunya.Bukannya dia tidak sedih melihat air mata yang gugur tanpa belas ihsan dari pipi Taeyeon namun dia buntu...Betapa dia inginkan Taeyeon agar menjadi menantunya namun di satu sisi dia ingin lihat menantunya itu bahagia.

Masih terngiang-ngiang ayat yang keluar dari mulut Taeyeon.Betapa kasihnya Taeyeon pada Baekhyun.Andai sahaja Baekhyun tahu semua tu.Pasti dia tidak akan tega memperlakukan semua ini.Bagaimana selepas ini dia mahu berhadapan dengan Puan Kim,omma Taeyeon?

Tuhan...betapa tingginya kepercayaan yang diberikan oleh Puan Kim kepada aku sekeluarga supaya dapat menjaga anaknya tapi inikah balasannya?Kenapalah Baekhyun sanggup buat omma macam ni?

Suami Satu Agensi!!!(Baekyeon)Where stories live. Discover now