02 : Park Chanyeol

2.5K 220 11
                                    

Keesokan harinya, seperti biasa Yuri sudah pun bersiap untuk pergi ke sekolah. Setelah itu, dia pun turun ke tingkat bawah, menuju ke meja makan untuk menikmati sarapan paginya.

Seperti biasa, awal-awal pagi lagi omma dan appanya sudah berangkat menuju ke syarikat milik keluarga mereka. Kalau sudah namanya sibuk, ayat lapang pun sudah dilupakan maksudnya.

Selesai bersarapan, Yuri pun berjalan keluar dari rumah dan menghampiri pemandunya yang tengah setia menanti Yuri di hadapan kereta mewah hitam milik appanya itu.

"Cik dah sedia?" tanya si pemandu kepada Yuri. Yuri pun mengangguk sambil mengangkat ibu jarinya ke arah pemandunya itu. Mereka pun masuk ke dalam perut kereta dan perjalanan menuju ke sekolah pun dimulakan.

Dalam perjalanan, langsung tiada satu patah perkataan pun yang keluar dari mulut masing-masing. Barangkali si pemandu memahami tentang keadaan Yuri sekarang ini. Mungkin juga si pemandu terdengar perbualan mereka sekeluarga semalam.

Beberapa minit kemudian, kereta yang diapndu pun sampai di hadapan sekolah Yuri. Sekolah yang agak elit di Seoul semestinya.

"Thanks, ahjussi." ucap Yuri sebelum keluar dari perut kereta tersebut dan memulakan perjalanannya menuju ke kelas.

Sebaik sahaja Yuri melangkah ke kawasan sekolah, seseorang menerpa ke arahnya.
"Park Yuri!"

Mendengar sahaja namanya dipanggil, Yuri lantas menoleh. Senyuman terukir pada bibir merah jambunya.

( Yuri's pov )

"Kyungmi!" tangannya pun dirangkulkan pada bahu aku.

Min Kyungmi. Dia lah kawan baik aku. Kawan yang boleh dipercayai dalam apa jua situasi.

Bukan seperti kawan-kawan aku yang lain. Ramai kawan? Ya, aku memang ada ramai sangat kawan kat sekolah ni.

Ramai sangat kawan yang bertalam dua muka.

Kalau dah bersekolah di sekolah elit, memang dah jadi satu perkara biasa tentang kawan bertalam dua muka ni jadi aku endahkan. Biarlah mereka sendiri tunjukkan belangnya kepada aku suatu hari nanti.

"Yuri?"

Aku tersedar dari lamunan setelah mendengar suara Kyungmi memanggil nama aku.

"Awak ada masalah ke?"

Itulah perbezaan antara kawan baik dan kawan bertalam dua muka. Cepat je Kyungmi dapat tangkap yang aku tengah mengalami masalah. Masalah peribadi yang sememangnya membebankan diri.

"Tak. Saya tak ada masalah pun." jawabku.

Walaupun dia kawan baik aku, aku tak mahu kongsi tentang masalah aku kepada dia. Aku lebih suka pendam masalah yang aku alami seorang diri.

Kyungmi memandang wajahku seketika. Dia pun bersuara kembali.

"Are you serious, Park Yuri?"

Aku mengangguk.

"Yes. Dah, tak payah nak berspeaking kat sini. Lebih baik kita masuk ke kelas sekarang." kataku lalu melajukan lagi langkahku. Kyungmi pula hanya mengikut di sisi aku.

Sebelum masuk ke kelas, kami berjalan menuju ke loker milik kami yang terletak di laluan para pelajar. Nasib baik, loker aku dan Kyungmi diletakkan secara bersebelahan.

"Yuri, awak free tak petang nanti?" tanya Kyungmi sambil tangannya sibuk mencari buku rujukan dalam loker.

Aku mengeluh perlahan.

"Mianhae, Kyungmi. Saya ada kelas piano petang ni." bila difikirkan semula, aku memang langsung tak ada rehat sejak beberapa bulan yang lalu. Memang ada saja kelas ini, kelas itu yang perlu aku hadiri.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now