19 : Boyfriend

1.4K 149 7
                                    

( Yuri's pov )

Sebaik sahaja kelas piano tamat, aku pun terus pulang ke rumah seperti yang diarahkan oleh Chanyeol. Aku masih teringatkan ayat yang Chanyeol katakan kepada aku ketika dia call tadi.

Dia minta maaf?

Macam tak percaya.

Disebabkan hujan masih lagi lebat, aku terpaksa berlari sepanjang perjalanan menuju ke rumah. Nasib baik sweater Wonwoo ada bersama aku. Sekurang-kurangnya aku tak sejuk sangat.

Beberapa minit kemudian, aku pun tiba di hadapan pintu pagar rumah aku. Dengan pantas, aku membuka pintu pagar tersebut dan memecut laju menuju ke pintu utama.

Baru sahaja aku hendak membuka pintu, seseorang yang berada di dalam rumah terlebih dahulu membuka pintu tersebut. Dan bila aku lihat di sebalik pintu, wajah Chanyeol muncul.

Aku kaku buat seketika sebelum menunduk untuk meminta maaf. Rasanya, dia pasti akan marahkan aku sebab balik dalam keadaan yang hampir basah lecun ni.

"Cepat masuk. Hujan lebat tu, nanti kau sejuk." katanya dingin. Walaupun aku tidak menyangka ayat tersebut keluar dari mulutnya, aku tetap mengangguk dan mengatur langkahku untuk masuk ke dalam.

"Pergi bersihkan diri kau lepas tu minum coklat panas." tambahnya lagi sebelum berlalu pergi tanpa memandang wajah aku. Kenapa dia tiba-tiba ambil berat ni? Memanglah tadi dia minta maaf tapi aku masih tak dapat percaya.

Tanpa berlengah, aku pun menaiki anak       tangga menuju ke bilik untuk bersihkan diri. Setelah selesai membersihkan diri dan lengkap berpakaian tidur, aku pun turun ke dapur menuju ke meja makan. Kelihatan Chanyeol baru sahaja selesai membancuh coklat panas.

"Nah, minum." sebaik sahaja aku melabuhkan punggung aku pada kerusi, Chanyeol meletakkan secawan coklat panas di hadapan aku. Aku pandang cawan tersebut seketika sebelum memandang wajah Chanyeol yang tengah duduk berhadapan dengan aku.

"Apa pandang-pandang?" bahu aku terhinjut sedikit mendengar suaranya yang garau itu ditinggikan sedikit. Aku mengangguk sebelum mengambil cawan itu dan menghirup coklat panas sedikit.

"Sweater hitam tu siapa punya?"

Hampir tersedak aku apabila Chanyeol menyoal soalan berkenaan. Aku meletakkan cawan tadi ke atas meja semula sebelum memandang ke arahnya.

"Itu kawan Yuri yang pinjamkan." jawab aku lalu menundukkan kepala sedikit. Tak berani untuk bertentang mata dengan Chanyeol sekarang. Air muka Chanyeol sekarang memang sukar untuk ditafsirkan.

"Lelaki?"

Aku tak tahu kenapa Chanyeol banyak sangat menyoal hari ini tapi aku tetap mengangguk sebagai jawapan. Kalau aku tipu, nanti aku juga yang terima padahnya.

"Oh." balas Chanyeol pendek sebelum bangun dari kerusi tersebut dan terus berjalan keluar untuk ke ruang tamu. Aku hanya memandang figuranya berlalu pergi tanpa bersuara.

Pelik.

Aku menghabiskan coklat panas itu dengan pantas memandangkan aku perlu siapkan kerja sekolah sekarang. Aku ni memang tak biasa nak tangguhkan kerja sekolah.

---

( Wonwoo's pov )

Keesokan harinya seperti biasa aku dan Seulgi akan menaiki bas untuk ke sekolah. Entah kenapa hari ni Seulgi beria-ria nak naik bas dengan aku tapi aku biarkan memandangkan itu kehendak dia.

Setibanya di sekolah, kami bertembung pula dengan Yuri yang kebetulan baru sahaja berjalan keluar dari perut keretanya. Seulgi tiba-tiba sahaja menyiku lengan milikku.

Last Forever || WonwooWhere stories live. Discover now